Bbbbeeeeekkkkuuuuuu.......

Kedinginan malam mula mencengkam hingga ke tulang, ketika ini ku terasa begitu rindu kepanasan dan kehangatan di Malaysia, sesekali aku terbangun dari tidur, ku lihat anak-anak, adakah mereka masih rapi berselubung, jika tidak akan ku selimuti mereka semula (sudah2 ler tu...karat benor bunyinya).
Bandingkan rumput yang berwarna hijau dan rumput yang telah beku menjadi ais (warna putih)
Sliding door di bilik pada pukul 10.00 pagi

Sekarang ni aku tengok buruk benar dah rupa ni, macam penguin dah, mana taknya pakai baju n seluar berlapis-lapis, nampak gemuk semacam jer..hehe. Pastu pakai lak topi snow, macam kura-kura pun ada..nak buat macam mana dah masuk musim winter. Dulu sebelum sampai NZ, ramai kawan2 kata "wah bestnya dapat main salji", tapi kat Auckland ni yang takde salji pun suhu pagi ni dah 2 darjah celcius, cakap pun dah keluar asap ikut mulut, kalau tempat yg ada salji tu....hish tak dapat aku bayangkan kesejukan yg melampau tu, bila difikirkan balik, baik ler takde salji dari ada salji, bukannya apa kesian kat budak2 (terutama anak2 ku ini, hingus tak pernah susut) Insya Allah cuti sekolah ni (bulan 7), kami ramai2 nak gi main salji kat gunung (lupa lak nama gunung tu, dalam 5 jam dari Albany)...sure terketo-keto (bahasa orang Muo [Muar]) ler anak-anakku terutama sekali ibunya ler...hehe. Pagi ni (kul 6)aku check suhu sekitar 2 darjah celcius, so inilah hasilnya kat kereta kami, ada bukti-bukti sejuk yang melampau, ice mula menyelaputi....layannnn

2 comments:

Asmida said...

wah...negara yang x de salji teringin lak nak merasa main salji..... emm, bilalah nak menjejakkan kaki ke oversea.... uwaaaah....kak long.. kat sana x sibuk pasal H1N1 tu ke?.. selamat ke kalau kita org g sana?....(he he hee...) takut gak naik fligt campur negara2 lain?...(niat semakin hampir nak kesana nie!...)

Nida said...

Wah Asmidah....bagus2, ku tunggu kedatanganmu dengan masakan dari air tanganku..hehe..

Sekarang ni senyap jer pasal H1N1 kat sini, Malaysia lak yang meningkat suspected person...Insya Allah, mudah2 an selamat (tak sabaunya nak bawak gi muzium ni..hehe)