Auckland Domain

Dulu sebelum pergi ke perlawanan futsal (bukan aku tapi suamiku yang main, kalau aku main sure MU lantik aku sebagai jurulatih dah), sempat lagi kami singgah ke satu tempat ni..Namanya Auckland Domain. Masa tu terpusing-pusing nak cari parking, maklumlah hujung minggu tu yang ramai orang. Aku pergi bersama dengan family Liza (merangkap pemandu pelancong kami kat sini ..thanks ye). Sampai je aku kat situ, aku nampak punyalah ramai orang yang bersantai macam kat tepi pantai lak (padahal tengah padang tu). Apa yang menarik kat sini selain tempat bersantai (ala-ala berkelah ler konon) ialah terdapatnya rumah-rumah yang mengandungi pokok-pokok mengikut musim, tapi sebab masa suntuk so aku cuma sempat pergi dua rumah jer, tak sempat nak explore semua. (p/s, semua bunga-bunga adalah original belaka..tak main plastik2)Masa tu kebetulan kami baru beli kamera, apalagi dengan rakusnya pun snap ler ntah gambar apa2 jer (apa punya bahasa daa), then kami pun masuk ler kat satu kawasan tu (tak tau lak apa nama rumah tu)...mak oii, punyalah panjang lense kamera satu minah salleh ni (sedepa kot), nak tergelak pun ada sebab ni first time aku tengok lense sepanjang tu (sebenarnya jakun, hehe).
(Masa ni cari emas...ikan emas..hehe)
Tak berapa minit kemudian setelah puas berlagak model (dalam ertikata lain amik2 gambar), adalah satu mamat salleh ni ushar (betul ke eja macam ni ek) je kat kami, pastu dia pun datang tanya "where do you come from", bermulah sesi menjalinkan ukhuwah (ceh...tingginya aras bahasa :-)), tapi yang aku nak cerita bukanlah pasal sesi perkenalan yang tak diduga tu, yang aku nak cerita ialah kamera dia sikit punya canggih, siap bawa laptop untuk edit gambar tu..hehe, masa tu barulah tau langit tu tinggi ke rendah..hehe (sebenarnya memang dah tau pun langit tu tinggi, kalau tak takkan takleh capai). Jadi moral of the story "kalau dengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan"...(ada perkaitan ker?ermmmm :-/)...

6 comments:

muqay said...

Salam Maksu,

Nak tanya, banyak gambar bunga yang cantik-cantik tapi gambar kumbang takde ker?

Nida said...

W.Salam Muqay.

ermmm...payah soalan tu nak jawab, nak tangkap gambar bunga senang sebab ia statik, tapi gambar kumbang tak sempat nak press button dah terbang dah kumbang tu...

Takpun cuba Muqay check kat celah2 bunga tu, mana ler tau kumbang tu malu nyorok kat situ.. maklumlah, kumbang zaman sekarang ni malu2 belaka.. :-p

Asmida said...

banyak tu bunga2an... boleh petik tak?.....kena saman ke kalau petik?...

Nida said...

ntah ye..takde lak nampak orang petik... takpe, kat sini tepi jalan pun bersepah bunga2..petik je ler..free of charge

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

fenin ah long ko nyer peribahasa ..kui kui kui

Nida said...

hehe..aku pun pening gaks...kuang3x