Pasar Lambak Takapuna..

Sepatutnya tajuk entri kali ni Takapuna Sunday Market, tapi sebab aku nak wujudkan suasana ala-ala Malaysia kat sini, gunakanlah ayat pasar lambak (uwaaaaa.....rindunya nak pi pasar lambak)....teringat lak pasar lambak kat Malaysia, antara perkara yang wajib aku beli ialah kebab, keropok lekor, air soya, laksa penang, ayam goreng, murtabak dll (amboi, badan kecik..makan boleh tahan..ermmm).

Sepanjang pergeselen kami kat pasar tu (Aik..apsal gesel ?...sebab ramai orang, tu yang kadang2 tergesel gak tu), telinga ni tak putus-putus didengarkan dengan alunan muzik yang aku rasa oklah, bolehlah....sedaplah juga kalau nak dibandingkan dengan kalau aku menyanyi (macam katak puru panggil hujan kot..hehe). Masuk je kat dalam pasar tu, perkara pertama aku jumpa ialah mamat ni....ni kalau kat Malaysia dah aku beli kayu tu (murah gak mamat tu jual), kalau aku beli nanti takkan nak angkut dalam kapal terbang kot...mau kena gelak dengan ngn orang, macam kat Malaysia takde kayu dah..hehe (tapi memang lawa mamat tu buat)

Nak juga interframe....sabau je lah (kata mamat tu dalam hati) :-)
Budak2 kat sini pandai cari duit, guna bakat yang mereka ada untuk expose kat public. Mana taknya, sekolah-sekolah kat sini selalu buat fundraising, tu yang semangat enterpreneur dah meresap dalam diri...(terfikir gak nak suh anak-anakku berpantun kat tengah-tengah pasar lambak tu, sure pelik mat salleh n minah salleh kat sini tak faham "benda apa ler budak ni buat" [ayat setelah diterjemahkan oleh pakar bahasa]...hehe)
Bagus betul atuk ni...kagum aku melihat kesungguhannya
Baca note ke bang...semibrif, krocet...

Duduk kat New Zealand yang bestnya sayur dan buah bolehlah...murah + fresh ler juga (tapi sebiji mempelam {ulang suara sebiji mempelam} berharga $7 atau RM 14...., sebab import dari Thailand) kalau kat Malaysia baru RM3 sekilo.

Haa...yang ni bukan kategori barang-barang makanan ye... tiup kuat sikit bang ye...kasi gegar satu Takapuna....( takut lak aku tengok topeng kat belakang tu...eeeee serammmm)

4 comments:

muqay said...

Salam Maksu & Paknep,

Dalam cerita ni kelihatannya maksu yang makan banyak, tapi bila tengok gambar macam Paknep terlebih makan. hehe.

Mana yang sahih ni?

Rumus? Mungkin Paknep happy MU juara kot?

Mana yang sahih ni?

Nida said...

W.salam...

huhuhuhuhuhu (sakit perut Mak Su gelak), kadar metabolisme Mak Su ni tinggi, tu yang makan banyak tak gemuk-gemuk. Kata orang lambang kemewahan lelaki ialah pada perut, tu yang Mak Su suh Pak Nep buncit....So pastikan Muqay kena buncit gak.

Juara? Huahuahuahua....(ketawa sambil berguling-guling).....

muqay said...

Maksu,

Miq sedang kawal, masih maintain, nanti perut naik kurang macho, pelajar sebut siapa ustaz miqdad? Nanti diorang cakap ustaz miq yg buncit tu..hehe tak sanggup.

Nida said...

JANGANLAH BUNCIT SAMPAI TAK NAMPAK HUJUNG KAKI....TU BUKAN LAMBANG KEMEWAHAN LAGI, LAMBANG PENYAKIT DAH TU..