Browns Bay first pantai yang kami pergi kat sini, dekat jer dengan rumah aku (dlm 10 minit je)..ingat lagi terketar-ketar aku masa tu..mana taknya cuaca punyalah sejuk...sekarang bila boring jer, jom ke Browns Bay, apalagi sure melompat anak-anak dengar je perkataan tu..dah terbayang nak gi playground + kutip kulit kerang..
Playground yang ada di Browns Bay...mana pulak le Miza, Azi and Anis ni ekk...
Pemandangan di Browns BayKeunikan di Browns Bay (uniknya pantai di sini, pokok-pokoknya begitu seni dan terjaga)Playground yang ada di Browns Bay...mana pulak le Miza, Azi and Anis ni ekk...
Indah dan unik
Long Bay pula pantai kedua kami...sangat cantik...persekitarannya sangat cantik dan bersih..siap ada itik berenang lagi...playground kat sini pun besar (mmmm...anak-anak aku ni memang takleh jauh ngn playground)..padangnya luas, ramai anak-anak yang main bola kat sini ngn bapa masing2. Sedang suami mentelaah nota kat sini, akulah jadi goal keeper buat anak-anakku..(yang pasti aku selalu menang sebab bola tak pernah bolos....bolos saja dinding itu...hihi)..
Kesian suamiku...kena jadi photographer jer..hehe
Hijaunya...boleh buat baring ni...
Pokok-pokok kat Long Bay ni pun cantik-cantik
Cuti empat hari minggu lepas (Good Friday + Easter Day, rakyat-rakyat Malaysia kat Albany ni (6 keluarga je...ramai gak tu) berjalan sakan...sampai sesat pun ada, tak jumpa cari Omaha Bay, hehe.. Mula-mula kami singgah di Orewa Beach... Habis je sesi penggambaran (macam berlakon lak), kami bertolak ke Waiwera pula...Waiwera ni ala-ala tasik, aku ingatkan dalam sangat tapi tak dalam mana pun sebab ada orang leh jalan kat tengah-tengah tasik..takat lutut je..hehe. Apalagi lepas tu bermulalah sesi wajib aku......bergambar dan berposing..Hijaunya...boleh buat baring ni...
Pokok-pokok kat Long Bay ni pun cantik-cantik
Pastu kami singgah kat sebuah tasik di tengah bandar pula...alamak lupa lak nama tasik tu..masa tu si Anis tido, so aku kenalah buat aktiviti duduk bertafakur (tapi sempat lagi berposing tau)..
Pasirnya putih dan halus
Masa ni lah sesat...orang2 kuat Albany berbincang menyelesaikan masalah :-)
Ala tomel-tomelnya
On the way balik, singgah lagi...tempatnya macam pekan cowboy, yang paling suka pada masa ni budak2 ler...playground depan mata...pastu siap boleh bergambar dengan pak cik kuda, nak naik cuma $20 jer seround...tapi lama sangat 20 minit..tu yang tak dapat jalan ngn kuda, dapat gambar ngn pak cik kuda pun jadilah...heheMasa ni lah sesat...orang2 kuat Albany berbincang menyelesaikan masalah :-)
Ala tomel-tomelnya
Sebenarnya banyak lagi pantai-pantai yang indah di sini. Ini hanyalah sekadar pantai-pantai yang biasa aku pergi (bawa anak + lepak-lepak :-) )
12 comments:
Bila ler proposal nak beli kamera DSLR ni lulus...klu tak sure ngetop gambar2 tu...hehehe
Boleh....tunggu ongkosnya melimpah ruah..hehe
wah... cecatiknyer gambo2 nie... nie bebetul meng'uja' orang c ni nak ke sana nie.... he he he.. (berangan jerk)..sama gak lah... "tunggu ongkosnya melimpah ruah"....
Nak tunggu ongkos melimpah ruah..kot-kot Along dah balik Malaysia..hehe...
emmm ada rezeki, adalah kitorang kat sana... tunggu hehehheh... ko aku bagi assignment along, teroka lu n zealnd smpai jgn sesat.. kalo tak nanti rugik kitorang ke sana nanti heheheh
Jangan bimbang...khemah sentiasa ada dlm bonet...klu sesat kita bukak khemah...sesekali tido dalam khemah, best gak...
ni ruangan anak branak jer ke?
ruangan ini terbuka kepada semua pembaca, tiada had usia dan latar belakang...kepada yang sudi dan ikhlas silakan...
Meh ler dtg sini, pasal sesat jgn takut...sedangkan kat Msia lagikan sesat apatah lagi kat sini..hehehe. Jom kita sesat sama2. Bila lagi nak rasa sesat di rantau orang.
x hbs2 prmote auckland...
hehe..
gurau je...=)
hujan batu negeri sendiri, hujan emas negeri orang...lebih baik begeri sendiri...sekadar catatan pengalaman apa yang terzahir oleh mata, buat perkongsian bsama...
InsyaAllah.. ada rezeki sampai ler.. cita-cita tu ada...dapat sampai tu.. wallau'alam.. mudah2an...kalau tersesat x kan sampai msia kot...
Post a Comment