Masa atas kapal terbang dulu, aku suka sangat tengok kat bawah..biru je nampak air laut... (tapi seram pun ada gak)...sampai je kat Auckland ni aku terpandang sign board "City Of Sails", dalam perjalanan ke rumah Abang Mie and Kak Asiah dengan menaiki serena dan dipandu oleh Azwan (lengkap sehh)..aku nampak banyaknya yacht kat laut..terpegun jap..tapi masa tu tak berapa nampak lagi keindahan pantai kat sini .
Kesian suamiku...kena jadi photographer jer..hehe
Hijaunya...boleh buat baring ni...
Pokok-pokok kat Long Bay ni pun cantik-cantikCuti empat hari minggu lepas (Good Friday + Easter Day, rakyat-rakyat Malaysia kat Albany ni (6 keluarga je...ramai gak tu) berjalan sakan...sampai sesat pun ada, tak jumpa cari Omaha Bay, hehe.. Mula-mula kami singgah di Orewa Beach...
Cantikkan Orewa Beach
Gaya seorang amatur mengambil gambar....chewah
Inilah keluarga Melayu Albany..Habis je sesi penggambaran (macam berlakon lak), kami bertolak ke Waiwera pula...Waiwera ni ala-ala tasik, aku ingatkan dalam sangat tapi tak dalam mana pun sebab ada orang leh jalan kat tengah-tengah tasik..takat lutut je..hehe. Apalagi lepas tu bermulalah sesi wajib aku......bergambar dan berposing..
Gambar kami sekeluarga...Pastu kami singgah kat sebuah tasik di tengah bandar pula...alamak lupa lak nama tasik tu..masa tu si Anis tido, so aku kenalah buat aktiviti duduk bertafakur (tapi sempat lagi berposing tau)..
Cuba teka mana Azi..
Gambar jangan tak gambar..heheAkhirnya setelah penat terpusing-pusing, sampai gak kami ke Omaha Beach....wah!acara kemuncak pada hari ini..MAKANNNNNNNN!... Masa tu dah lapar bangat. Tapi yang kelakarnya tengah asyik makan (tak toleh kiri kanan dah), hujan pun turun...selamatkan makanan dulu, anak nombor dua..hehe, semua makanan yang pada mulanya kat atas meja dah berpindah posisi kat bawah meja..berhenti je hujan, aku apalagi mengadap buat kali kedua.. (kuat makan juga rupanya aku ni ek)..pastu....hmmm....acara wajib ler...POSING!!!!!!
Pasirnya putih dan halus
Masa ni lah sesat...orang2 kuat Albany berbincang menyelesaikan masalah :-)
Ala tomel-tomelnyaOn the way balik, singgah lagi...tempatnya macam pekan cowboy, yang paling suka pada masa ni budak2 ler...playground depan mata...pastu siap boleh bergambar dengan pak cik kuda, nak naik cuma $20 jer seround...tapi lama sangat 20 minit..tu yang tak dapat jalan ngn kuda, dapat gambar ngn pak cik kuda pun jadilah...hehe
Sukanya pak cik tu..hehe
Aik..mana anak ibu lagi dua orang..Sebenarnya banyak lagi pantai-pantai yang indah di sini. Ini hanyalah sekadar pantai-pantai yang biasa aku pergi (bawa anak + lepak-lepak :-) )
12 comments:
Bila ler proposal nak beli kamera DSLR ni lulus...klu tak sure ngetop gambar2 tu...hehehe
Boleh....tunggu ongkosnya melimpah ruah..hehe
wah... cecatiknyer gambo2 nie... nie bebetul meng'uja' orang c ni nak ke sana nie.... he he he.. (berangan jerk)..sama gak lah... "tunggu ongkosnya melimpah ruah"....
Nak tunggu ongkos melimpah ruah..kot-kot Along dah balik Malaysia..hehe...
emmm ada rezeki, adalah kitorang kat sana... tunggu hehehheh... ko aku bagi assignment along, teroka lu n zealnd smpai jgn sesat.. kalo tak nanti rugik kitorang ke sana nanti heheheh
Jangan bimbang...khemah sentiasa ada dlm bonet...klu sesat kita bukak khemah...sesekali tido dalam khemah, best gak...
ni ruangan anak branak jer ke?
ruangan ini terbuka kepada semua pembaca, tiada had usia dan latar belakang...kepada yang sudi dan ikhlas silakan...
Meh ler dtg sini, pasal sesat jgn takut...sedangkan kat Msia lagikan sesat apatah lagi kat sini..hehehe. Jom kita sesat sama2. Bila lagi nak rasa sesat di rantau orang.
x hbs2 prmote auckland...
hehe..
gurau je...=)
hujan batu negeri sendiri, hujan emas negeri orang...lebih baik begeri sendiri...sekadar catatan pengalaman apa yang terzahir oleh mata, buat perkongsian bsama...
InsyaAllah.. ada rezeki sampai ler.. cita-cita tu ada...dapat sampai tu.. wallau'alam.. mudah2an...kalau tersesat x kan sampai msia kot...
Post a Comment