Main, main dan terus main

"Ibu, kakak Azi sukalah duk sini sebab asyik main je" "A'ahlah, Kakak mizah pun suka sebab boleh main panjat-panjat"....

Sekarang cuti sekolah, anak-anak dah mula pandai merungut sebab tak dapat main kat sekolah, maklumlah kalau tak, ada je luka kat mana-mana sebab asyik panjat pastu jatuh, pastu panjat lagi, pastu jatuh lagi......jadi aku dan suami terpaksalah penuhkan masa + kerinduan mereka nak memanjat dengan bawa ke playground je. Nasib baik kat sini banyak playground and pantai nak pergi picnic..tapi yang tak tahannya cuaca kat sini boleh tahan sejuk.. (maklumlah kurang sangat saturated fat kat badan ni..hehe)


Kadang-kadang kesian juga kat anak-anak bila mereka tarik muncung kalau tak dapat jalan, pada masa yang sama kesian juga kat hubby sebab baru balik dari universiti, badan pun tak hilang penat lagi, tapi nasib baiklah rumah ni banyak mainan beli kat car boot sale, jadi adalah juga aktiviti mereka, tengoklah gambar si Anis habis periuk aku pun jadi mangsa main masak-masak...(nasib baik mainan second hand murah)... Kadang-kadang aku pun terpaksa layan mereka main pondok-pondok, kejap-kejap jadi mak, kejap-kejap jadi mak cik kantin, kejap-kejap jadi cikgu....macam-macam lagilah (bila malam diaorang asyik layan cerita keliwon je dlm internet, aku lak yang seram)....teringat pulak zaman kecik-kecik, selalu main kombat-kombat dengan kawan-kawan adik (maklumlah kawan-kawanku adalah kawan-kawan adikku Yu..so kenalah main permainan lelaki, hehe)...

12 comments:

Azwan said...

tak pun men tangkap ikan...pastu kena tegur dgn cik yah muka merah padan ..hehehe...

Nida n' Hanafi said...

hehe...."tangkap apa tu As, meh bagi cik yah, boleh buat lauk"....wakaka.. Ingat lagi... pastu balik je.. "Along balik, ni lencun-lencun mesti pergi tangkap lagi".... Indahnya kenangan tu....

Azwan said...

hahaha....time kenduri awk rajin btl... mak cik Tik siap puji...hahaha...

Nida n' Hanafi said...

yelah kena rajin, jiran sekampung, nanti kalau malas-malas kena kutuk.. (kecut tangan pas basuh pinggan mangkuk...hehe)

fairullah_apai said...

wahh nampaknya mizah dan azi dah semakin serasi kat sana.....

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah...gembira memanjang je dorang

Asmida said...

kalau tengok gambo nampak mereka gembira disana.... mudah2an.. gambo2 tu very nice lah tengok... pandai mereka posing.....suka sangat tengok gambo mereka especially mizah + azie... Nampak friendly...sejuk perut ibu mengandung tengok anak mesra bersama....

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah..tapi ada masanya angin juga...macam Afiq a Azim juga ada time baik ada time berebut..hehe.. Zulfan n Abby mungkin kurang gaduh kot, lain jantina takkan si Zulfan nak men masak2... Anak2 kita ni permainan sama, maklumlah semua sama jantina..

Unknown said...

hehehe..kat sini mcm tak pernah je tengok diorg main kat playground tu...hehehe..maybe kat sana sejuk..sini panas nak kuar petang2 kan...

Nida n' Hanafi said...

mungkinlah...tapi kat sini takleh men petang2...sejuk bangat dalam kul 10 pg sampai kul 3 oklah (tu pun still sejuk...sekarang ni autumn season)..klu ujung minggu dlu tu rajin gak bawak budak2 ni ke taman bandar, Indera Mahkota...ada je tak perasan (lum bangun tido)..hehe

syuhada said...

klau sy jd ank ckgu pn sy nk maen je...hihihi

Nida n' Hanafi said...

nak main boleh......tapi belajar tetap kena belajar...terutama sains..hehe