Laparnya..

Pagi tadi tangan ni gatal-gatal buka web gambar-gambar makanan kat Malaysia... Wah! Rindunya nak makan masakan Malaysia, terliur lak rasanya... Semalam aku tanya anak-anak aku apa yang mereka rindu nak makan, Kakak Azi cakap dia rindu nak makan ketam masak merah, Kakak Mizah lak rindu nak makan sate...aku lak teringinnya nak makan makanan laut + tom yam + kai lan ikan masin + telur dadar + udang celup tepung + udang masak merah+ kuih tradisional+ayam percik (banyaknya), suamiku lak tak habis-habis dengan sup ekornya + nasi goreng kampung (sini susah nak cari kangkung)...

Kat sini bukannya tak boleh buat, cuma rasanya kurang 'kick' berbanding kalau masak kat Malaysia (maklumlah rempah amat terhad kat sini + mahal). Kalau kat Malaysia agak-agak malas nak masak, kedai makan tepi jalan banyak, pilih ajelah. Kalau kat Tanjung Lumpur tu, punyalah banyak pilihan.....pilih je ler yang mana satu.

6 comments:

NURUL IZZA said...

adoii mak su...melelh air liur tgk makanan tu..nak makan jugek...hari tu dok buat masak lemak..tp xkick mgkn sbb santan dlm tin.. buat rendang pulak xsedap..sebb xde daun kunyit dan limau purut..kerisik yang dibuat dr kelapa parut jugak xmenjadi sbb kelapa parut dlm kotak..huaaaaaaaa bila nak balik nih???hihihi

Nida n' Hanafi said...

Betullah Izza, mak su buat rendang pun xde daun limau purut n daun kunyit...masak nasi lemak pakai santan serbuk.....x best..hehe

Asmida said...

Ala ciannya... aik?.. kat sana kan ada laut.. apa?.. x der pokok kelapa eh?.. Kat m'sia jerk eh suka makan santan?.. Patut ah org m'sia nie byk lemak....

Nida n' Hanafi said...

hehehe....kat sini santan semua pakai dalam tin...tak fresh dari pokok kelapa....hehe. Teringat rumah tok atan kg.baru, bestnya byk pokok kelapa...ikan pun fresh2......

Azwan said...

tumpang lalu...

makan sate sedap woo... tak pun ikan bakar, ketam bakar, makan jemput² ikan bilis lagi sedap.. yang meleleh air liur tu tolong la lap yer... kang nampak dek orang buat malu jer.. haha.. kg.baru ke kg. dato Hj.Abd.Ghani Osman ek? tingat ada orang tangkap ikan... huakhuakhuak... hehe

Nida n' Hanafi said...

Sedapnyer......ada tak sesiapa yang boleh poskan...hehe (nak Kg. Baru juga, ada sentimental value)