Fasa Perpindahan Rumah dan Pembelian Kereta



Sudah 3 hari kami menginap dan menetap di rumah Azwan dan Liza, kini pada tanggal 24 Feb kami pindah ke rumah sewa kami, thanx atas bantuan Liza and Nihra yang banyak membantu kami mengangkat barang-barang. Rumah sewa ni macam rumah apartment je, tapi dah lengkap dengan fridge, oven and dapur elektrik....dalam bilik air siap ada heater lagi, persiapan untuk musim winter nanti. Pesan kawan-kawan kalau nak cari rumah kat NZ ni kenalah cari yang dah siap berkarpet sebab kalau tak sejuk nanti.

Rumah kami ni takdelah besar mana, setakat 2 bilik jer,rumah aku ni d 1st floor, oklah xdelah banyak sangat mata anak tangga nak daki.. tapi yang menarik tentang rumah sewa aku ni viewnya yang mengadap tasik dan bukit-bukit.. pleasant scenery... Setiap malam aku akan ke balcony balakang rumah melihat bintang, pejamkan mata dan ingat wajah-wajah yang aku sayang..... Baru seminggu kat sini dah rindu kat Malaysia.

Pada 25 Feb, suami dan Nihra pergi survey kereta, aku dan tiga orang anak-anak daraku tak sabar-sabar nak lihat kereta apalah yang akan kami guna nanti... Jeng,jeng,jeng... panjangnya kereta ni, kalau kat Malaysia aku cuma ada kancil dan wira, kini kami ada Subaru Legacy (ala, kalau kat Malaysia aku suka panggil kereta jual sayur sebab belakangnya yang besar), kat sini ramai org yang pakai wagon, agaknya mereka suka bonet besar-besar kot.


Mizah berposing di balcony di belakang rumah...


Tanggal 27 Feb, iaitu pada hari lahirku, kami pergi ke kedai untuk membeli baju uniform Hamizah n Hazirah. Uniform kat sini bukan macam kat Malaysia sebab baju kat sini ada dua jenis iaitu musim summer and winter, kami hanya membeli baju lengan pendek (summer), lengan panjang (winter),skort (skirt + seluar pendek utk summer)n long pant (winter). topi (kena pakai utk musim summer ni) dan sweat cloth (mcm baju sejuk)....terkedu jap aku bila mendapat tahu harga semua pakaian tersebut $509 atau RM1018. Kami tidak membeli semua yang ada dalam pakej sebab harganya yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga kedai di luar, contohnya kasut di kedai ini berharga $70 manakala di luar hanya $30, tapi kena prihatin mengenai leather yang digunakan sebab kasut kat sini banyak dari pig leather.

(Gambar pertama menunjukkan pemandangan dari balcony belakang rumah aku manakala gambar bawah menunjukkan kawasan apartmen yang kami sewa)

4 comments:

Asmida said...

Hai kak Long....
macam mana sekarang?.. Mizah dan azi dah okey tak dia sekolah kat sana?... Mesti mula2 ada kejutan budaya kat sana kan... Emm... rindunya sume kat u all especially afiq... nampak kapal terbang je.. mesti dia kata.."mama.. Azi ada kan dat dalam kapal terbang tu".. cian dia rindu kat causin kesayangan dia...

Nida n' Hanafi said...

salam...
Terkezut kak long, ingatkan sapa yang bagi comment tadi. Hari ni baru dpt internet, insya'Allah lepas ni kitaorg share experience kat sini. Rajin2lah baca blog ni ye...kirim salam kat semua dan doakan utk kami. Tolong bagitau mak kami kat sini semua sihat dan tiada apa yg perlu dirisaukan.

Azwan said...

salam... semoga awk sihat slalu, ermmm kalau boring ajarlah anak mat salleh tu berpantun... sure dorang pandai..leh dorang wakil skolah masuk pertandingan pantun...huakhuak..

pucuh pauh delima batu
anak siamang di dalam taman
sungguh jauh 12ribu batu
hilang di mata di hati jangan...

haaa mcm tu arr (tingat cikgu Norhaini..geram btl!)

Asmida said...

he he he.. jangan terkezut tau... As memang rajin layan internet nie... send lah selalu blog terkini.. tapi as nie x blog lagi... baca ok.. buat x reti... so far kami kat sini memang merindui Along sekeluarga memikirkan Azie dan Mizah ok tak sekolah.. terutama mak... Dah cerita dengan mak pasal blog nie... sempat mak cakap dia nak baca gak nanti...ok take care...