Fasa Persekolahan Anak-anak



Hari ini genap dua hari Hamizah dan Hazirah bersekolah di Pinehill School. Jika semalam aku tidak sempat menghantar mereka tapi kali ini aku turut sama menghantar mereka hingga ke pintu kelas. Pemandu-pemandu di sini amat 'hormat' dengan pejalan-pejalan kaki, dari jauh lagi mereka akan berhenti jika ada orang yang melintas jalan.

Jika di Malaysia sesi pembelajaran sekolah rendah akan berakhir dalam pukul 1.00 tghari tapi di New Zealand, sekolah rendah di sini kelasnya akan tamat pada pukul 3.00 ptg, jadi pelajar-pelajar perlulah membawa lunch box masing-masing dan aku perlu menyediakan 2 jenis makanan iaitu untuk breakfast dan lunch pada satu lunch box yang multipurpose gunanya, bekas ini agak besar dan amat jarang di jual di Malaysia. Harga bagi satu bekas lunch box ini dlm lingkungan $20.

Sekolah di sini membenarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka hingga ke dalam kelas, aku sungguh kagum melihat kelas-kelas di sekolah ini kerana ia amat cantik. Lantai bagi semua kelas dilengkapi dengan karpet dan di atas meja pelajar diletakkan pencil case. Aku dapat simpulkan suasana kelas di sini ala-ala prasekolah di Malaysia kerana dindingnya penuh dengan tampalan lukisan dari pelajar-pelajar. Setiap pelajar dibekalkan dengan kabinet bagi mereka mengisi buku-buku dan topi, pelajar-pelajar hanya membawa pulang homework sahaja di dalam beg mereka, jadi takdelah berat sangat beg yang di bawa.

Setiap kelas dilengkapi dengan tv dan dvd, bagi anak aku di year 1(kat sini umur 6 thn dah year 1) di kelasnya diletakkan bantal besar di depan tv, jadi pembelajaran di sini mungkin takdelah stress sangat. Minggu ini, Hazirah akan mengikuti rombongan kelasnya ke Browns Bay dengan menaiki bas (aku pun tak pernah pergi lagi), dan temanya ialah Pirates and fairies, pening juga kepala kami nak mencari baju untuk Hazirah. Hamizah pula akan pergi berpicnic dengan kawan-kawan sekelasnya ke Okuha Bay (aku pun belum sampai lagi) minggu depan juga dengan menaiki bas, tapi Alhamdulillah tiada tema yang dikenakan.

Tapi yang kelakarnya, semalam sebaik sahaja anak-anak pulang dari sekolah, aku pun bertanya pada mereka faham atau tidak apa yang diperkatakan oleh guru dan kawan-kawan, mereka memberitahu ku mereka tak faham dan hanya sengeh je sepanjang masa...hehe.

3 comments:

MR. TARANNUM said...

mesti seronok pdpt pg tmpt org kan? nek kapal terbang.. sy xtau la bila boleh smpai sana..

Asmida said...

Wah.. seronoklah dia org dapat jalan2 sambil belajar.. mesti seronok....

admie said...

hi kak ida..ni ADA...hehehe...nasib baik azi n miza sengeh memanjang dlm class...kalo nangis memanjang tak ke haru..hehehe...