suami, isteri dan empat orang puteri bercerita kisah mereka dan penginapan homestay di Kuantan
Fasa Baru Kehidupan Di Auckland
Hari ini bermulalah kehidupan baru kami sekeluarga kerana kami akan berpindah ke rumah sewa kami. Pagi-pagi lagi aku sudah tidak sabar untuk masuk ke rumah baru kami, bukannya apa kerana aku sudah tidak sabar untuk mengemas barang-barang yang dah lama terperuk di dalam kotak dan beg.
Budaya masyarakat di sini biasanya mereka membeli barang-barang melalui trade me menerusi internet, bagi mereka yang pandai bid harga sudah pasti akan mendapat barang yang jauh murah harganya dengan kondisi yang agak ok.
Pagi ni, aku survey kereta dlm trade me, tapi agak sukar juga untuk mendapat kereta mengikut kriteria yang kami nak. Walaupun agak murah tapi lokasinya agak jauh, ada yang dekat tapi agak mahal (takdelah mahal sangat cuma kenalah berjimat-cermat), tambahan lagi kami masih menumpang kereta kawan-kawan, so taknaklah menyusahkan sangat mereka untuk ikut survey kereta walaupun mereka tak kisah untuk membantu....terima kasih kawan-kawan.
Hari ni seorang lagi kawan baru kami akan turut sama membantu kami mencari barang-barang harian dan sambung survey kereta...Nihra thanx a lots...
Alhamdulillah komuniti masyarakat Malaysia kat Albany ni mudah mesra dan suka menolong orang-orang baru seperti aku dan keluarga. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami di sini..aminnnnnnn.....
(Gambar atas, Hazirah dalam business class dari KLIA ke Auckland)
(Gambar d Auckland International Airport, semua muka keletihan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah.. Azie.. macam seronok naik kapal terbang jauh kan... Nanti Mak Ngah tunjuk kat Afiq ye biar dia baca...Afiq rindu kat Azie tau.. selalu dia tanya bila nampak kapal terbang.. MESTI dia kata "Azie ada dalam kapal terbang tu kan mama..."..
Post a Comment