Di Bumi Auckland


Sudah 3 hari aku di sini, masih menetap di rumah kawan yang baru kami kenali, Azwan dan Liza... Agak sukar untuk mencari rumah sewa di sini, disebabkan aku mempunyai 3 orang anak maka agak sukar landlord untuk membenarkan kami menyewa di rumah yang hanya mempunyai 2 bilik, Masyarakat di NZ amat cerewet, takut rumah sewa mereka akan kotor dan messy...Alhamdulillah, dengan bantuan Azwan dan LIza isterinya yang tak putus-putus menolong kami akhirnya dapatlah kami rumah sewa yang mempunyai 2 bilik dengan sewanya $345 per week, atau RM690 per minggu, atau boleh juga aku katakan RM690 x 4 minggu. Rumah-rumah sewa di NZ dibayar mengikut minggu tidak seperti di Malaysia mengikut bulan.
Walaupun sewa rumah di sini amat mahal namun kereta-kereta second hand amat murah, contohnya Odyssey kat sini cuma $3200 atau RM6400 sahaja, bagi kereta-kereta sedan harganya dari ratusan ringgit hinggalah dalam RM2 ribu sahaja, kondisinya pun masih elok lagi.
Buah epal and pear kat sini amat murah malah di sini ada sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok2 tersebut yang mana aku lihat buah-buah tersebut bertaburan di atas tanah, kepada sesiapa yang datang boleh panjat dan ambil sahaja buah-buah itu. Kami telah diraikan oleh beberapa pelajar-pelajar Malaysia setibanya kami di sini. Azwan yang mengambil kami dari airport membawa kami ke rumah Abang Suhaimi n Kak Asiah, pelajar Malaysia yang paling lama kat sini, kami dihidangkan dengan roti capati, nasi dan kari. Alhamdulillah kat sini hampir kesemua rempah dari Malaysia ada di jual. Kami sampai pada musim hujung summer, tak lama lagi musim autumn, dan winter...walaupun musim summer tapi cuaca malam amat sejuk....
(Gambar kat sebelah tu aku n family di KLIA)

2 comments:

MR. TARANNUM said...

erm boleh kirim epal 3kg tak? ermm pear bagi lah 2kg cukup arr.. hehe..

lagi satu nak kirim jersey All Black arr, agak² mahal x ek?

Asmida said...

wah.. best nye... send lah gambar kat kami especially gambar anak2... mesti afiq suka tengok gambar causin dia dengan pokok epal...