Buatmu Ayah Tercinta....Damailah Engkau Di Sana



Setitis keringat yang tumpah ke bumi
Sejalur resah yang menghias di wajahmu
Kedut di mukamu seakan menggambar jerih hidupmu
Tidak tertanggung olehmu ayah
Dalam mendidik kami adik beradik
Dalam membesarkan zuriat amanah-Nya
Terlalu panjang kisah hidupmu
Terlalu besar jasamu ayah

Tanpa di duga
Airmata mengalir tanpa terseka
Lantas kenangan bersamamu menggamit pilu
Andai masa dapat diputarkan kembali
Andai ku punya waktu lagi
Ingin ku dakap dirimu seerat-eratnya
Ingin ku bisikkan ke telingamu..
'terima kasih atas segalanya'

Rindu ku tanggung tiada terjawab
Sakit menahan tiada terluah
Ku coret sajak bersama linangan air mata
Lantaran kukuhnya kasih anak pada ayahnya

Wahai adindaku kekanda berpesan
Landasan yang lurus ayah perturunkan
Agar kau menjadi anak berguna
Kelak ayah tersenyum di sana
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas segalanya..

Al-Fatihah ku kirim
Sedekah buatmu....
Aminnnnn.....

2 comments:

Asmida said...

Semoga hati kak Long tabah diperantauan sana...Alhamdulillah syukur arwah abah dikurniakan anak yang solehah ini kerana sentiasa mengingati ibu bapa... Mudah2an Kak Long dilimpahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah Dunia dan akhirat..

syuhada said...

ckgu...
sdih la pulak...
mak ayh sy pn jauh...
sy lg mude,tp duk jauh...
al fatihah utk ayh ckgu...