Bila Anak Belajar Berbakti..

Salam buat semua,

Entri sebelum ni tentang anak bongsuku, kini tentang si sulung pula. Si akak Mizah yang dah masuk level anak dara tu.... (terasa tua ler pulak...hehehe).

Kisahnya... baru masuk hari ketiga aku bertugas selepas cuti bersalin, aku diarahkan untuk jadi urusetia Kursus Jurulatih Pantun peringkat negeri Pahang di Temerloh. Nak tak nak terpaksalah dituruti arahan. Memang nak nangis rasanya sebab terpaksa tinggalkan family terutamanya si kecil tu.

Namun mengenali suamiku yang pernah menjaga anak sulung (akak Mizah ler tu) sendirian semasa baby, dan juga akak-akak si kecil tu, aku yakin, mereka boleh menguruskannya. Semasa bertugas, hampir setiap masa terluang, aku akan cuba hubungi mereka. Hati seorang ibu ni rasa sangat berbunga-bunga bila cik abang cakap, hampir sepanjang masa akak Mizah yang menguruskan adiknya, mandikan, pakaikan baju, bagi susu, malah tidurkan si kecil Izzah tu. Akak Azi dan Akak Anis pun turut sama membantu. Memang boleh harap dah si Mizah ni.

Buat anakanda Nur Hamizah, terima kasih sayang kerana cuba membantu meringankan tugas ibu dan abah. Pastinya adik-adik akan terikut sikap akak yang baik ini.

Gaya Akak Mizah lepas first day UPSR. Abah dia belanja makan durian... untung ler...hehehe

Mizah ni pun baru tamat peperiksaan UPSR. Hati kecil kami memang mengharapkan dia mendapat 5A. Namun dengan hanya setahun untuk dia pulun pelajaran di Malaysia, kami perlu realistik. Walaupun kami yakin dengan kemampuan beliau, tambahan lagi dengan usaha yang Mizah tunjukkan, kami hanya mampu berdoa semoga beliau mendapat keputusan yang terbaik.

Sekian.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Kami Kini


Salam buat semua,

Wah... mimpi apakah ini? Setelah berbulan-bulan blog ini terabai akhirnya aku terpanggil untuk mencoret sesuatu juga akhirnya di sini. Kesibukan lantaran Kakak Mizah nak UPSR pada tahun ini, juga tatkala diri berbadan dua, nak mengadap komputer pun pening dan yang terakhir apabila dalam pantang baru-baru ini menyebabkan keterbatasan diri untuk menjengah blog sendiri.

Si kecil kami yang lahir pada 22 Jun lalu telah kami namakan dengan nama Nur Harizah (Cahaya, Kubu/benteng). Hari ini masuk hari ketiga aku mula bertugas setelah 90 hari bercuti. Tekak sakit tak usah nak cerita ler, maklumlah dah lama tak jadi tarzan di kelas..hehe.

Esok (25 September 2013), buat pertama kalinya aku akan meninggalkan Izzah (nama panggilan buat Harizah) untuk berbengkel selama tiga hari di Temerloh, Pahang.. uwaaaaa. Pastinya aku akan rindu buntatku itu. Tapi nasib baik juga Kakak Mizah, Akak Azi dan Akak Anis dah besar, bolehlah diharap juga melayan karenah si kecil kami itu.

Lastly jom layan wajah Izzah, ahli keluarga baru kami... tadaaaaaa




p/s: maaf ye rakan-rakan kerana lama tak jengah dan bersua sapa dengan kalian di alam maya.. salam rindu buat semua.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut