Bila Anak Belajar Berbakti..

Salam buat semua,

Entri sebelum ni tentang anak bongsuku, kini tentang si sulung pula. Si akak Mizah yang dah masuk level anak dara tu.... (terasa tua ler pulak...hehehe).

Kisahnya... baru masuk hari ketiga aku bertugas selepas cuti bersalin, aku diarahkan untuk jadi urusetia Kursus Jurulatih Pantun peringkat negeri Pahang di Temerloh. Nak tak nak terpaksalah dituruti arahan. Memang nak nangis rasanya sebab terpaksa tinggalkan family terutamanya si kecil tu.

Namun mengenali suamiku yang pernah menjaga anak sulung (akak Mizah ler tu) sendirian semasa baby, dan juga akak-akak si kecil tu, aku yakin, mereka boleh menguruskannya. Semasa bertugas, hampir setiap masa terluang, aku akan cuba hubungi mereka. Hati seorang ibu ni rasa sangat berbunga-bunga bila cik abang cakap, hampir sepanjang masa akak Mizah yang menguruskan adiknya, mandikan, pakaikan baju, bagi susu, malah tidurkan si kecil Izzah tu. Akak Azi dan Akak Anis pun turut sama membantu. Memang boleh harap dah si Mizah ni.

Buat anakanda Nur Hamizah, terima kasih sayang kerana cuba membantu meringankan tugas ibu dan abah. Pastinya adik-adik akan terikut sikap akak yang baik ini.

Gaya Akak Mizah lepas first day UPSR. Abah dia belanja makan durian... untung ler...hehehe

Mizah ni pun baru tamat peperiksaan UPSR. Hati kecil kami memang mengharapkan dia mendapat 5A. Namun dengan hanya setahun untuk dia pulun pelajaran di Malaysia, kami perlu realistik. Walaupun kami yakin dengan kemampuan beliau, tambahan lagi dengan usaha yang Mizah tunjukkan, kami hanya mampu berdoa semoga beliau mendapat keputusan yang terbaik.

Sekian.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

1 comment:

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah Akak Mizah akan menjadi anak yang cemerlang... :)