Kembali ke blogspot :)

Salam buat semua...

Jika anda yang follow blog kami... mungkin anda terkejut dengan tindakan kami ini. Bagi yg baru first time baca, mungkin anda blur apa yang berlaku...hehehe


OK sahabat sekelian, setelah kami berbincang anak beranak, maka kami mengambil keputusan untuk kembali ke blog kami yang pertama iaitu radinsah.blogspot.com. Meh kami share apa yang bermain difikiran kami...

Sebelum ini kami banyak berkongsi pengalaman kami di blog radinsah.blogspot.com ini. Namun, sekitar setahun sebulan yang lepas... kami beralih ke blog berbayar ucualong.com yang menggunakan enjin wordpress. Blog tersebut kami gunakan setelah mendapat tempat pertama dalam salah satu pertandingan kontest yang menyediakan hadian domain dan hosting. Entri kami di ucualong.com tetap rancak ketika itu, namun setelah pulang ke tanah air, terlalu banyak batasan alasan yang ada. Kami teragak-agak dengan apa hala tuju ucualong.com tersebut.

Namun hari ini kami membuat keputusan untuk kembali semula ke radinsah untuk penceritaan harian kami atas alasan yang simple. Sekiranya kami mati... maka blog ucualong juga akan mati :) Itulah realitinya bila menggunakan blog berbayar ni. Bila kita tak renew domain & hosting tersebut dalam tempoh tertentu, maka ianya akan menyebabkan blog tersebut akan ditamatkan dan pembaca langsung tidak dapat membaca catatan silam. Saya tidak begitu pasti dengan blogger, tapi sangat yakin blog ini akan tetap wujud (sebab free) walaupun sekian lama tidak di "update".

OK, apa akan jadi dengan ucualong.com? Semua entri di ucualong.com telah berjaya kami transfer ke blog ini. cuma masalah yang timbul hanya satu, iaitu komen bagi setiap entri tak mahu ikut sama...huhuhu.... Tapi oklah, kami rasa dapat import entri pun dah cukup baik. Nak transfer pun tak lah susah mana, kami follow instruction dari youtube jer.

Blog ucualong.com akan kami fokuskan untuk portfolio photography kami. Selepas ini kami akan remove semua entri yang ada dan entri di ucualong nanti akan hanya fokus pada entri berkaitan dengan hobi kami...mengambil gambar. Harap-harap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ni :)

Akhirkata, terima kasih pada sahabat yang sudi membaca coretan kami ini. Moga persahabatan maya akan terus berkekalan...

7 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

lepas ni akak boleh tgk gambar yg cantik2, best ni

Nadiah Sidek said...

yay! selamat kembali ke blogspot kak :)

al-lavendari said...

terima kasih kerana sudi singgah dan memberitahu perkembangan berblogging Nida .. saya sekarang di hospital. masuk jumaat lepas. ada saya update kisahnya di fesbuk saya.

Kakcik Nur said...

Selamat kembali ke blogspot, Nida. :)

Marya Yusof said...

As salam Nida & keluarga,

Rindunye nak tgk gambar2 yg cantik hasil tembakan kamu sekeluarga... Welcome back! :)

Terima kasih krn masih ingat saya di sini :)

fuad ansari said...

selamat berkhidmat di bumi Malaysia, kak nida... (",)

jauh perjalanan, byk pengalaman, luas pandangan..

sy rasa, orang2 yg byk pengalaman di tempat lain macam kak nida memang diperlukan dalam penambahbaikan sistem perkhidmatan di Malaysia... (",)

Ummu Muhammad said...

rindu kak nida n co! blogspot mcm lebih mudah kan