Setahun sudah usia blog UcuAlong

Salam buat semua...

Semalam genaplah sudah setahun blog UcuAlong ni. Semasa kami merantau di NZ blog ni agak aktif dengan pelbagai perkongsian. Namun sejak pulang ke tanahair produktiviti begitu merundum... kalau nak diberi alasan tu, 1001 macam ada.

Anyway... blog ucualong.com ni mesti diteruskan (sebenarnya sebab baru renew hosting dgn domain...heheh). Insya Allah kami rancang untuk buat beberapa entri tentang revisi diri. Rasanya entri begitu penting, sebab pastinya selepas merantau banyak perbandingan yang boleh dibuat, untuk improvement diri, keluarga dan mungkin berguna untuk orang lain. Cuma untuk menghasilkan entri yang kritis sebegini pastinya agak sukar.... maka tersadailah blog ini tanpa entri baru...hehehehe.

Anyway, disebabkan idea untuk entri baru masih difikir-fikirkan, kita layan dulu gambar sawah bendang di Pantai Sepat Kuantan. (psstttt....Kami baru tau kat Kuantan ni ada sawah padi...hehehe).