PBS oh PBS

Salam buat semua.

Sebelum nak jump into the story, di sini aku nak ambil kesempatan untuk membuat ucapan "Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tersayang". Semoga Allah panjangkan usia dalam beribadat kepadaNYA dan diluaskan rezeki penuh keberkatan....ameeeeennnnnn.

OK, kali ni aku nak berceloteh tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang kini hangat diperkatakan dalam kalangan kami warga guru, dan aku yakin tak semua ibubapa memahami dasar ini. Apabila terlaksananya sistem ini maka secara automatik anak-anak pelajar tidak terikat lagi dengan sistem "exam oriented". Mereka dinilai 100% berdasarkan perkembangan mereka di sekolah sepanjang tahun.

Secara peribadi, aku memang amat menyokong sistem PBS ini 110% kerana anak-anak aku telah pun melalui sistem PBS ini semasa belajar di NZ dulu. Apa yang aku lihat mereka akan seronok ke sekolah kerana tidak ada lagi istilah exam dan sebenarnya secara jangka masa panjang secara tidak langsung kita juga membentuk sifat peribadi dan sahsiah mereka kerana  mereka juga akan terdidik untuk menjadi seorang yang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut untuk mencuba.. tidaklah hanya seratus peratus mengikut buku yang terpaksa dibaca untuk exam, ruanglingkup pemikiran mereka begitu terhad dan terbatas dan tidak boleh berfikir di luar kotak pemikiran... (sebab itu anak Mat Salleh di sana lebih berani untuk cuba jawap walaupun salah, tak seperti anak-anakku pada mula persekolahan mereka di sana, walaupun tahu jawapannya tapi takut untuk mencuba).

Namun begitu ada beberapa perkara yang aku kurang bersetuju atau tidak bersetuju dengan sistem PBS di Malaysia ini. Bagi aku kalau nak ikut sistem luar negara itu, maka perlulah ikut sepenuhnya takpun kalau tak sepenuhnya mana yang wajib perlu diikut perlulah diambil perhatian, contohnya seperti bilangan murid dalam satu kelas. Kalau di luar negara rata-rata bilangan pelajar adalah kurang dari 30 orang, misalnya anak ketigaku bilangan kelasnya hanya 15 orang, Azi anak keduaku bilangan kelasnya 24 orang dan Mizah anak sulungku bilangan kelasnya 28 orang. Bayangkan bilangan pelajar-pelajar di Malaysia dalam satu kelas, kadangkala sampai mencecah 40 orang lebih!!! dan bayangkan juga bagaimana gurunya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan segala evidens bagi pelajar-pelajarnya, aku rasa ramai yang tidak tidur malam semata-mata kerana ini. Sudah semestinya ketika itu keutamaan terhadap keluarga terpaksa diketepikan demi menyiapkan kerja sekolah... (kesian suami dan anak yang terabai).

Seperkara lagi ialah beban tugas guru terutama guru kelas. Contoh paling mudah ialah kutipan duit (yuran, derma dan lain-lain), kalau di luar negara bab kutip duit ni kebanyakan pejabat yang akan uruskan contohnya semasa kami nak bayar yuran aktiviti dan "donation" sekolah, segalanya berurusan dengan pihak pejabat dan guru tidak terlibat langsung.. kita di Malaysia?? malas nak ulas lanjut.. faham-faham sendiri ajelah.

Perkara seterusnya yang melibatkan beban tugas guru ialah aktiviti-aktiviti sekolah, kalau di luar negara segalanya buat seringkas mungkin, tak perlu berprotokol bagai (kalau ada pun minima sangat).. kita di sini kalau boleh nak segalanya gah. Kisah perbandingan ni aku ada coretkan sebelum ini di entri ini (berapa banyak ini daaaa). Sistem volunteer dari ibubapa yang dilaksanakan di luar negara sebenarnya amat membantu beban tugas guru, contohnya sekiranya ada aktiviti perkhemahan atau lawatan ke luar, ibubapa perlu sama menyertai pelajar-pelajar ini malah sekiranya kuota ibubapa tak mencukupi maka aktiviti tersebut akan terbatal.... jadi hendak tak hendak terpaksalah ibubapa turut serta. Tapi sebaliknya di sini, segalanya guru.. guru di sana, guru di sini dimana-mana guru terpaksa bertugas..

Sebenarnya banyak lagi kalau nak dibuat perbandingan namun rasanya dah berjela-jela aku menaip..hehe. Apa-apapun sistem PBS ini merupakan langkah pertama ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara, dan aku amat menyokongnya. Moga anak bangsa kita nanti mampu bersaing ke peringkat antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju kelak.. Insya Allah.

 Alangkah syoknya kalau sekolah di Malaysia bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 3 petang seperti di NZ..

p/s: ini adalah luahan peribadi aku berdasarkan pengalaman sebagai anak rantau dahulu... mungkin benar atau mungkin silap... sekadar pandangan dan cadangan... wallahualam