Salah Siapa Mereka Jadi Begini?

Salam buat semua.


Kalau kita imbas zaman kanak-kanak dulu pasti syok.. dan terasa ingin kembali ke zaman itu semula. Kalau dulu, sebut je parit mana yang aku dan adik-adik tak harung untuk tangkap ikan, bukit mana yang kami tak panjat... dan paling best  bila hujung minggu kami adik beradik banyak menghabiskan masa di atas pokok berbanding di dalam rumah..hehe.


Bukan setakat parit, bukit dan pokok malah dalam semak pun kami jadikan port main pondok-pondok, selalunya aku dan kawan-kawan adikku selalu main perang-perang ala-ala combat ler konon (kawan adikku adalah kawan rapat aku masa di kampung sebab tu aku tak ramai kawanperempuan dulu) . Tapi yang paling aku tak boleh lupa setiap kali itu juga akan ada jeritan panggil nama aku suruh balik "Along!!! Balik!!!!" dan dah dapat aku agak mesti balik kena rotan dengan abah sebab ajar adik-adik main dalam parit dengan semak...hehe. Bukannya apa, arwah abah risau kalau kami duk main dalam semak, takut kena patuk dengan ular kata arwah abah..  tapi masa tu manalah aku tahu takut, tahu nak main je.


Tapi kini bila aku ada anak dan bergelar ibu, aku dapat lihat perbezaan anak-anak zaman sekarang. Mereka tidak selincah waktu kita kecil dahulu. Dunia mereka banyak dihabiskan di depan televisyen ataupun komputer. Social skill mereka terbatas, setiap hujung minggu pasti ada sahaja kelas tambahan atau tuition berbayar yang perlu dihadiri. Pelbagai aktiviti yang sudah siap diatur seperti kokurikulum sekolah terpaksa diikuti. Kalau dulu ikut suka hati kita nak main tanpa disuruh kini nak cari masa senggang untuk bermain pun agak sukar dan terhad.


Di sini aku nak kongsi keratan akhbar yang sempat aku potong beberapa minggu lalu, dan apa yang menarik perhatian kami ialah menurut kajian pakar, kanak-kanak yang kurang bermain  menyebabkan mereka kurang cerdik, perkembangan otak mereka terbatas kerana kekurangan kemahiran yang dikutip melalui bermain, mereka lebih cenderung untuk menjadi remaja yang pasif dan pelbagai lagi kesan negatif akibat daripada menjadi kanak-kanak yang tidak aktif ini.





Jadi tidak hairanlah mengapa sistem pendidikan sekolah rendah di New Zealand ini amat santai, tiada peperiksaan bulanan atau tahunan, tiada buku teks yang berat perlu dibawa, pelbagai aktiviti lawatan sambil belajar telah dibuat dan pelbagai kemahiran seperti renang, cara menunggang basikal yang betul, belajar secara hands-on dan macam-macam lagi telah disediakan di dalam kurikulum mereka. Maka sebab itulah anak-anakku terlalu berat nak tinggalkan sekolah di sini untuk kembali ke tanah air, sebabnya mereka enjoy dengan sekolah. Bila pelajar-pelajar suka dengan sekolah maka secara tak langsung masalah disiplin dapat dikurangkan, fokus terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan dan yang paling penting mereka akan menyintai  sekolah tanpa dipaksa (belonging).....  dan itulah sebenarnya harapan para ibubapa dan guru.


Ini sekadar pemerhatian dan pendapat aku, lain orang lain pandangannya... :-)




Aku yang bertoncit