God Defend New Zealand

Salam buat semua,


Hanya tinggal lagi sebulan kami akan meninggalkan bumi NZ dan kembali ke tanah air. Jika Malaysia adalah tanah air tercinta yang teramat kami sayangi, NZ pula adalah negara yang pastinya akan sangat kami rindui. Kehidupan kami di sini tidak lama, hanya tiga tahun setengah. Namun terlalu banyak yang kami pelajari tentang apa yang dikatakan negara yang aman, negara yang bersih, negara yang cantik, negara yang beretika. Ada yang mampu kami kongsi, ada yang hanya kami mampu simpan dalam diri. Khuatir ditutur nanti mungkin disalah erti.


Esok, insya'Allah kami akan menjejakan kaki ke Queenstown, salah satu tempat tercantik di dunia. Sepertimana yang kami coretkan dicatatan yang lepas, kami sangat teruja namun sedikit khuatir dengan percutian kali ini. Teruja kerana tempat yang sangat cantik, khuatir kerana kami akan menaiki campervan dan suhu akan dibawah tahap beku. Mohon para pembaca mendoakan segalanya dipermudahkan.


Sekali lagi, maaf tidak dapat mencoret panjang, begitu banyak yang perlu diuruskan. Akhir sekali, kami sangat mengesyorkan rakan sekelian menontot video ini. Sebagaimana tajuk entri kali ini "God Defend New Zealand", ianya adalah lagu kebangsaan NZ, dan video ini memaparkan kecantikan dan keindahan negara ini. Apa yang anda lihat di video tersebut itulah realitinya keindahan pemandangan yang kami saksikan di sini.


[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=j6qmdqvItkM&feature=related[/youtube]