Perlukah Begitu?

Salam buat semua.


Serba salah rasanya nak menaip entri ni, takut ada yang tersalah faham. Namun ingin aku nyatakan di sini bahawa entri ini dibuat atas dasar perkongsian kami di bumi rantau. Mana yang elok tu ambillah dan mana yang sebaliknya jadikanlah sempadan. Sebenarnya dah lama aku nak kongsi cerita ni, tapi asyik bertangguh sahaja.. jadi hari ini aku curilah sedikit masa untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca semua.


Mungkin pembaca sekelian pernah menjadi AJK atau menganjurkan pelbagai majlis, dan pasti sudah masak dengan karenah birokrasi dan protokol yang perlu dijaga. Kadangkala perkara yang simple jadi rumit akibat terpaksa mengikut protokol yang entah apa-apa. Aku sendiri pernah kena tegur oleh boss akibat terlupa letak gelas minuman di meja VIP, bila dah letak masih lagi ditegur sebabnya tak letak straw.. alasannya mana ler tahu kot-kot VIP tu nak minum guna straw.. adeiiii, masa tu memang temperature badan aku dah mula nak naik.. dahlah kene berjemur di padang (masa tu acara sukan tahunan sekolah), tapi bila mengenangkan inilah hakikatnya.. VIP kena ditatang bagai minyak yang penuh, maka nak taknak terpaksalah aku akur dan bersabar.


Jadi kali ini aku nak pembaca semua lihat perbezaan yang bagi aku bagai langit dan bumi di bumi yang aku jejak ini (berapa banyak bumi daaaa). Untuk makluman semua perhimpunan sekolah di sini adalah terbuka, ibubapa boleh hadir dan lihat sendiri bagaimana perhimpunan ini berjalan.. setiap minggu mereka akan bagi award pada murid-murid yang terpilih bagi setiap kelas, dan akhir tahun "Prizes Giving" bagi mereka yang selected akan dilakukan. Apa yang mengkagumkan aku ialah majlis mereka amat simple namun berjaya. Guru Besar yang menyampaikan hadiah tak perlu diiringi, beliau berucap di depan tak perlu menggunakan rostrum dan tak perlulah kerusi atau sofa yang empuk perlu disediakan,  cukuplah sekadar ada kerusi untuk diduduki. Kadang-kadang bukannya apa, nak menyediakan tempat tu je dah makan masa... kan senang kalau make it simple, betul tak?.  Tapi ini sekadar pendapat aku ler, lain orang lain persepsinya.


Di sini aku selitkan beberapa keping gambar yang ada dalam koleksi album kami....layannnn



Guru Penolong Kanan sekolah Oteha.. sendiri menyampaikan hadiah dan sijil.



Beliau adalah Guru Besar baru di sekolah Oteha.. juga tidak ada yang mengiringi ketika menyampaikan hadiah dan sijil.



Ini pula Guru Besar Sekolah Pinehill.. segalanya dibuat sendiri, tiada rostrum ketika berucap mahupun pembantu tatkala menyampaikan sijil.



Ketika sukan tahunan, tiada khemah atau kerusi empuk yang disediakan buat VVIP... mungkin cuaca sini sejuk kot jadi  VVIP boleh duduk dimana-mana mereka suka, ketika Cross Country 2010 (Guru Besar yang memakai skirt)



Wajah ceria seorang Guru Besar , ke hulu ke hilir mengawasi pelajarnya.. ketika Cross Country 2011



Ini pula ketika majlis tahunan "Prizes Giving" yang dilakukan di luar sekolah. Ketika ini anak-anakku bersekolah di Pinehill School dan Mizah berjaya menjadi salah seorang penerima hadiah. Di atas pentas  adalah VVIP... dan lihatlah kerusi yang mereka duduk, sama seperti kerusi yang pelajar-pelajar duduk.. tiada meja, tiada bunga di hadapan.. yang penting majlis berjalan seperti yang dirancang. Guru pun tak pening kepala..hehe.


Bukan setakat ini sahaja, pilihanraya mereka pun amat simple dan berjalan dengan lancar tanpa provokasi yang melampau dari mana-mana parti politik, kalau nak baca kisah yang pernah kami tulis meh klik sini http://ucualong.com/2011/12/01/bersihkan-politik-negara/.


Sebelum aku mengakhiri entri ini, ingin aku tegaskan sekali lagi bahawa tulisan aku ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang dilalui di bumi asing, mana yang elok ambillah ye.. dan kalau tak elok campak jauh-jauh. Mana yang terasa hati aku menyusun sepuluh jari atas kekhilafan diri (chewaaah, macam ayat nak raya pulak..hehe). Bak kata omputih Less Is More...  renung-renungkanlah.

32 comments:

ecadwinkyasha said...

siti murni said...

ucualong said...

chik na said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

hilmirda said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

zakiepurvit said...

ummu muhammad said...

raff said...

fieda said...

oyis08 said...

maiyah said...

akak su said...

salhasmidah said...

mario said...

kakcik said...

Nadiah Sidek said...

Nadiah Sidek said...

~azatie~ said...