Seminggu ini hidup kami umpama dalam tongkang yang pecah sama ada dilanda garuda atau dipukul tsunami. Segala tok nenek barang yang ada dalam garaj telah kami keluarkan ke ruang tamu, sebabnya kini proses nak sort semula mana yang nak dibawa pulang, mana yang nak dibuang atau nak dijual bermula. Barang yang nak dibawa pulang pula terpaksa kami balut dengan plastik bubble sebab takut pecah pula bila sampai ke tanah air... adeiiiiiii.
Naik pening kepala aku melihat keadaan rumah sekarang, nak jalan pun tercari-cari ruang nak pijak, bukan setakat dalam rumah macam tongkang pecah habis ke backyard aku pun terpaksa jadi port letak barang. Kalau ada sesiapa yang sudi nak tolong....meh ke rumah aku, dialukan sesangat.. :-)
Basikal ni semua kami nak angkut bawak balik...
Dalam rumah diharamkan untuk ambil gambar sebab takut pembaca pengsan pulak nanti melihat keadaannya. Huru hara, tunggang langgang, tunggang terbalik , caca merba, haru biru semualah ada, dah terkata lagi dah.. hehe.
Oklah nak sambung mengemas... adiosssssss.
P/S- maaf pada rakan2 maya, tak sempat nak BW akhir2 ni.
39 comments:
Post a Comment