Dua Rumpun Budaya Bersatu

Dua, tiga hari ni aku (Nida@Along) asyik senyum memanjang je. Entah kenapa orang lain yang pergi melancong aku pulak yang happy sesangat. Sebenarnya suami aku ada seorang rakan PhD yang bernama Sri Wahyuni, beliau berasal dari Semarang. Nak dijadikan cerita, keluarga aku (mak,  adik keduaku dan keluarganya, Mak Lang dan Ecah) pergi berlibur ke Semarang tempoh hari. Sebelum mereka berlepas ke Semarang, Sri telah menawarkan rumah abangnya untuk dijadikan tempat penginapan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, keluargaku amat gembira dengan berita ini.. sekurang-kurangnya kuranglah pening adik aku untuk mencari hotel@rumah di sana.


Alhamdulillah bukan setakat rumah yang dijadikan tempat berteduh, malah abang Sri yang kami panggil Mas Anto dan isterinya sudi  juga menjadi pemandu pelancong buat keluargaku. Apa yang aku nak ceritakan di sini, mereka tak pernah mengenali satu sama lain, namun keakraban selama hanya tiga hari berkenalan telah membibitkan rasa kekeluargaan buat mereka. Adik dan ibuku tak habis-habis memuji keramahan dan kebaikan Mas Anto dan isterinya, malah adik dan ibuku juga merasakan seolah-olah mereka telah lama kenal. Inilah suratan yang telah tertulis, hubungan yang terjalin atas inisiatif  Sri Wahyuni dan suamiku telah memanjangkan lagi ukhuwah  antara dua rumpun budaya ini.


Paling menggembirakan aku (yang buat aku tersenyum memanjang) ialah niat adikku Ecah untuk naik kapalterbang akhirnya termakbul. Ecah seorang adik yang istimewa (down syndrome), dah lama dia berangan nak naik kapal terbang sebenarnya sejak dari menonton cerita Awan Dania, dan Alhamdulillah akhirnya termakbul juga.. syukurrrrr. Kisah Ecah ada di sini... kalau rajin silalah baca ye :-).


Jom layan percutian mereka di Semarang, Indonesia (gambar dicilok dari FB adikku..hehe)....




Mas Anto dikanan sekali.





Isteri Mas Anto (kanan berbaju merah)





Di Candi Prambanan.. kita serumpun



Akhir sekali, moga hubungan dua negara ini terus terjalin harmoni dan terima kasih buat Sri, Mas Anto dan isteri atas jalinan ukhuwah yang terpateri ini. Walau tak pernah mengenali antara satu sama lain, namun suratan takdir telah menemukan mereka.

Sebelum aku menutup coretan, aku ingin masukkan sebuah sajak yang pernah aku karang buat Ecah suatu masa dahulu...layannnn

Andai aku menyusahkan...
Maaf ku pinta sepenuh hati
Biarlah aku berlalu
Atas kekurangan ini ku membawa diri
Bukanlah mahuku begini
Kecacatan diri usah tangisi
Atas nama takdir terciptanya aku


Terima kasih padamu tuan
Yang masih boleh menitis rasa
Yang menyalur segala jasa
Pada tulusnya hati yang membantu
ketika aku melangkah
pada tangan yang sudi memimpin
dan ketika aku terjatuh
masih lagi ada tangan yang sudi menolong
Ku merintih kasih pada yang sudi
Ku mencari kekuatan pada yang memberi..


Walau langkahku kabur
Hanya disinari dian yang sebatang
Namun cahaya itu cukup terang bagiku
Buat memandu perjalanan hidup
Dalam meniti hari yang berliku
Yang entah mana hujungnya
Tapi ku tahu..
Tuhan tetap berada di sisi
hingga ajal datang menjemputku
Wallahua'lam....


~nida~




 

 

Along sayang Ecah