Kenapa Tidak Diragut Si Tua Itu...

Saban hari kita di Malaysia mendengar kes ragut, malah yang lebih menyedihkan ada melibatkan kes kematian. Aku (Along@Nida) pernah mengalami pengalaman diragut ketika belajar di UKM dahulu. Pada masa itu aku menunggang motosikal ke Kajang bersama kawanku. Masa tu takdelah banyak sangat isu ragut ni, jadi dengan selambanya aku boleh  letak beg duit aku dalam bakul motor dan kawan aku pula letak organisernya.


Aku perasan ketika itu ada orang sedang mengekori kami dari belakang, tapi taklah terfikir yang buruk-buruk.. andaian aku, depa ni nak mengurat agaknya. Sehinggalah ke persimpangan jalan dan secara kebetulan traffic light tengah merah, dengan sepantas kilat orang yang mengekori kami tadi meluncur laju ke depan kami dan sempat mereka mengambil sesuatu dalam bakul aku... Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu kepanikan aku ketika itu, nak kejar apalah daya motor Honda C70 aku tu ditambah pula lampu traffic light masih lagi merah. Alhamdulillah, nasib baik yang diambil bukannya beg duit aku tu, tapi organiser kawan aku yang bentuknya seakan-akan macam beg duit, nak tergelak pun ada sebab peragut tu telah tertipu. Tapi kesian juga kawan aku tu sebab segala maklumat peribadi tertulis dalam buku organisernya.


Kita tinggalkan kisah yang dah jadi sejarah pun. sekarang ni aku nak kongsi satu lagi pengalaman hidup di perantauan ni. Semalam sewaktu menunggu suami dan anak-anak ke perpustakaan Browns Bay untuk meminjam buku, aku sempat snap beberapa keping gambar yang aku nak kongsi dengan pembaca sekelian. Sebenarnya situasi ini selalu aku lihat di NZ ni, cuma tak terfikir nak mencoretkannya di dalam blog. Sebelum aku kupas isu ini lebih lanjut, jom layan dulu beberapa keping gambar yang sempat aku snap semalam...




 



 



 

Aku tak tahu nama alat yang selalu orang tua di sini gunakan untuk membantu mereka bergerak, rupanya seperti troli supermarket tapi ia lebih kecil.  Yang bagusnya, alat ini mempunyai brek. Ianya seolah barangan dan keperluan yang sangat berguna bagi orang-orang tua di sini. Rasanya setakat ini aku belum pernah jumpa di Malaysia, kalau tongkat tu biasalah.


Bila diamati gambar-gambar di atas, mereka adalah insan yang tak lagi punya kudrat segagah kita. Namun mereka masih mampu keluar rumah dengan rasa selesa dan selamat tanpa memikirkan bahaya menimpa seperti diragut atau sebagainya. Lihatlah cara mereka, tanpa khuatir meletakkan handbag atau barangan berharga di dalam bakul, ketika itu aku terfikir, andailah di Malaysia buat cara begini mahu dah lama diragut atau masuk hospital nenek-nenek ni sebab terjatuh akibat ditolak peragut, takpun sebab usaha nak mengejar peragut tersebut.


Bilalah Malaysia nak bersih dari peragut ye. Sedih bila memikirkan insan yang tak bersalah menjadi korban ragut :-(. Aku selitkan kisah kejadian benar kes ragut suatu masa dahulu di Malaysia...


 

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=uBS6WK6Ij5s&feature=related[/youtube]