Pernah tak tersalah bayar di kedai??? Atau pernah tak terdengar, terkena, atau tersilap ala-ala macam ni...
Dua puluh ringgit kak, bukan dua ringgit..
Uiiii murah tu bang (bila nampak tanya harga 50¢) bila pergi dekat baru perasan rupa-rupanya ada $2 kat pangkal yang ditulis kecillllll jer.
Banyak lagi contoh-contoh lain. OK, apa yang nak dikongsi kali ni... Pertamanya, biasa tak dengan pembelian online? Pastinya biasa kan, tapi biasa tak membeli secara online? Macam mana pula kalau kita tersilap semasa pembelian online?
Kalau di NZ ni, urusan pembelian online sangat tinggi terutamanya melalui laman web trade me. Sebut jer apa nak...rasanya hampir semua ada.
Pada dasarnya bila beli secara online ni, kita terikat dengan terma dan syarat dan kemungkinan untuk kita akur dengannya adalah lebih tinggi disebabkan kita bukan berdepan secara langsung dengan penjual. Kita perlu buat kajian dan perbandingan terlebih dahulu untuk pastikan kesilapan diminimumkan.
Namun yang lebih menarik ialah dihujung-hujung tempoh penjualan dibuat. Sebelum masa penjualan hampir tamat, pembeli akan bersaing-saing meletakkan harga (bidding), dan dikala itulah kita perlu bertenang dan tidak gopoh. Tersilap klik, abis kita....
Semalam kami berhasrat untuk beli "cokin filter" untuk kamera kami secara online. Untuk faham apa itu cokin filter, jom layan ni...
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=DrtJ4d7rg3s[/youtube]
Kat trade me ada juga orang jual second hand. OK, ni barang yang dijual tu...
Set lengkap Cokin P Series dengan dua filter. Harga pasaran second hand sepatutnya tidak lebih dari $100NZD.
Kami tidak beli sebab sebahagian dari set ni kami dah ada. Kami cuma nak filter yang dalam kotak tu je. Bila masa penjualan online dah tamat, kami buka semula, saja nak tengok harga akhir berapa... sekali tu... mak aiiiii.....
Tu dia.... $6,500 tuuuuu
Terkedu kejap kami dibuatnya...
Cuba tengok dari jam 8.40 pm hingga 8.42 pm, dalam masa dua minit harga mendadak naik. Harga asal yang ditawarkan cuma $45 je, tapi harga akhir $6,500 ... Fuhhhh untung betul penjual tersebut... :)
Kalau nak tengok tranksaksi kat trade me tu secara live, klik sini. Tapi tak pasti kalau dah diremove.
Rasanya mungkin pembeli terakhir tu kalut masa tu atau terlalu nak sangat barang tu. Hanya dia jer yang tahu.... ;-). Tak tahulah apa akhirnya urusan jual beli barang ni, yang pasti...moga kami dijauhkan dari kesilapan begini.
17 comments:
Post a Comment