Entri sambungan One Day Trip to Coromandel...
Sebelum lebih lanjut cerita tentang Hot Water Beach, nak buat tambahan sikit tentang aksi anak-anak di Cathedral Cove. Cuba lihat gambar di bawah ni. Kalau perasan, kami berdua tengah sibuk ajak Akak Mizah cara ambil gambar. Sekali tu Azi datang...
Ibu, Abah...look at this photo, Azi dan Anis yang ambil
Terkedu kejap kami, memang dia pernah tengok kami buat. Tapi tak pernah pula kami ajar cara nak ambil. Moralnya, jangan pandang rendah pada kemampuan anak-anak kita.
OK, sambung cerita...
Sejurus habis trip ke Cathedral Cove, kami bergesa ke Hot Water Beach. Ianya terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Cathedral Cove. Seperti entri lepas, sebelum kami bercerita panjang, jom layan klip pendek Hot Water Beach ni dari hasil carian google...
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=c3CnhL_Z44M[/youtube]
Sebenarnya kami sampai agak lewat. Untuk benar-benar menikmati kawasan ini, kita kena sampai pada masa air surut. Semasa kami semak di web, air surut jam 9.30 pagi, Namun kami sampai sekitar jam 10.30 pagi. Agak terlewat, tapi masih boleh dirasai.
Tanpa membuang masa, kami terus menggali pasir. Kami cuma bawa peralatan yang dibeli di kedai $2. Sekali tengok, orang lain datang dengan penyedok pasir untuk buat rumah. Takpelah, janji dapat buat lubang. Layannn....
Masing-masing sibuk menggali. Best, panas airnya.
Seronok bukan kepalang kami dan anak-anak. Dah puas berendam dalam SPA buatan sendiri ni, kami terus terjah ke laut pula. Ombaknya memang mengerunkan... cukup kuat, bayangkan di gigi pantai pun boleh ada ombak yang menggulung, bukan setakat anak-anak, si ayah pun boleh tertolak sampai dua meter ke darat. Paling uniknya tempat ini, walaupun angin di luar sangat sejuk, namun airnya sangat hangat, bayangkan sampai ada yang mengatakan andai merebus telur di dalam Hot Water Beach ini, telur pun boleh masak.
Duduk tepi gigi air pula.
Port kami duduk ni ada buih-buih kecil keluar dari pasir.
Satu ke dua meter tertolak ke pantai bila ombak melanda.
Untuk langkah keselamatan, kami mandi betul-betul di depan pengawal pantai. Selain itu, kami cuma mandi di air paras lutut sahaja, tapi bila ombak datang, ianya boleh mencecah sehingga paras dada. Layannn...
Sesuai jadi pegawal pantai, tinggi betul...
Papan amaran, patut kena tukar dah ni. Dah ler luntur, terlindung pula dengan dahan-dahan.
Kami rasa setakat ini, disinilah tempat paling best kami menikmati pantai NZ. Sukar untuk diceritakan, tapi itulah yang kami rasakan. Jom layan lagi beberapa keping gambar.
Sebelum ombak menghempas batu.
Bila ombak yang menghempas batu.
Lebih dekat dengan batu. Muka nampak je steady, tapi lepas tu terus lari...
Masa Akak Mizah dan Anis sibuk menggali kolam SPA, si Azi sibuk main air. Bila panggil ke darat, dia kata "5 more minutes kay". Last-last si ayah pun turut sama...hehehe.
Azi bermain air dengan Abah
Kami akhiri One Day Trip to Coromandel dengan melawat Driving Creek... Tunggu next entri ya...
21 comments:
Post a Comment