Cuaca minggu ini begitu cantik. Baru betul-betul dapat menikmati musim summer. Sebelum ini, hampir sebulan Auckland ini dituruni dengan hujan rahmat hampir sepanjang hari.
Hari sabtu lepas, sehari sebelum kami berlelong di Browns Bay, kami melayan kehendak anak-anak bermain softball & baseball di sekolah mereka yang terletak sekitar 50 meter dari rumah. Sebenarnya dah lama kami belikan set peralatan softball & baseball untuk mereka. Tapi sebelum ini kami hanya bermain di sekitar rumah.
Persoalannya kenapa permainan itu yang kami pilih? Ini justifikasi kami...
- Kalau kami pilih bola jaring, atau permainan perempuan yang lain...rasanya semua orang pandai main, maka persaingan akan jadi lebih tinggi.
- Di sini tidak ada yang percuma untuk aktiviti ko-kurikulum. Nak main semua berbayar, manalah kami mampu. Jadi biarlah kami ajar permainan yang kami pandai.
- Bila kami pulang nanti, akak Mizah sudah darjah 5, dan kami cuma ada setengah tahun sahaja untuk mengasah bakat dia dalam sukan, kami tak banyak pilihan. Itu pun dengan andaian sekolah yang akan dia masuk ada pasukan softball.
- Ucu berpengalaman selaku pemain Softball, pernah mewakili negeri dan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) ke perlawanan antarabangsa di Thailand.
- Kami pernah bersama-sama membimbing pasukan SMK Pandan, Kuantan dari tanpa peralatan sehingga berjaya menjadi juara daerah Kuantan.
Jom layan kerenah mereka....
"Be Scared" pada anak dara kami ye... depa ni kaki pukul...hehehe
Ready Mizah....
Ini "glove" Anis yang punya....
"Sampai ker tak nak baling ni"...kata Anis dalam hati.
Aiyooo.... bila bola nak datang ni...
Guna bola training yang sebenar, tapi guna "bat" mainan untuk dia, ringan sikit.
Fokus...fokus...
Ready....
Hit!!!!!
Pejam mata mana nak kena Anis...hehe ;-)
Puas cakap jangan dipikul "bat" tu, dipikul juga.... Rasanya akak Azi tak faham, apa maksud "pikul"...kena ajar subjek BM pulak di padang..hehe.
Dengan muka-muka tu.
Satu-satunya mangsa kejadian...bola kena perut Akak Azi, kesian dia...tapi tak serik pun. Good girl...
Sampai mengetap bibir tu...
Here it comes... ready...
Jauh juga minah ni pukul, nasib takde orang lain.
Gaya badan masih keras lagi.
Good catch!
Gaya jurulatih tak bertauliah.
Abah dan Ibu doakan moga kalian semua berjaya dalam apa juga yang dibuat dalam kehidupan ini. Insya'Allah, Abah dan Ibu tidak akan berputus asa memberi yang terbaik buat Nur Hamizah, Nur Hazirah, dan Nur Hanisah...Insya Allah
31 comments:
Post a Comment