Salam buat semua,
OK, ni part terakhir untuk One Day Trip to Coromandel. Sebenarnya banyak tempat yang menarik untuk dilawati di sini. Tetapi disebabkan kekangan waktu selain beberapa tempat pernah kami lawati sebelum ini, kami memilih untuk melawat Driving Creek. Jom tengok dulu short clip ni...
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ejuoKY7mHwo[/youtube]
Kami menaiki keretapi mini menrentasi kawasan hutan hingga ke puncak bukit. Memang menyeronokkan, namun keletihan sangat-sangat terserlah di muka anak-anak. Jom layan beberapa keping gambar...
Bersama pemandu keretapi, dia kata KL cantik, tapi seperti masuk sauna...hehehe
Anis yang keletihan selepas penat mendaki bukit ke Cathedral Cove dan bermain air di Hot Water Beach
Wajah-wajah keletihan
Sampai di puncak
Mendengar taklimat
Salah satu terowong yang dilalui
Di penghujung landasan
Sebelum pulang, kami lihat demonstrasi dari tukang besi ni
Kami pulang lewat jam 7 petang dan sampai jam 9.30 malam...penattt...rehat kejap, mandi, solat dan terus zzzzzz.....
22 comments:
Post a Comment