Bangganya Aku Sebagai Rakyat Malaysia!!!!!!!!!

Akhirnya All Black berjaya juga menjadi juara Rugby World Cup 2011.  Walau dah beberapa hari berlalu, kehangatan menjuarai perlawanan 4 tahun sekali ini masih terasa. Game memang mencemaskan, menang dengan France pun 8-7 jer, satu mata jer bezakan.  Mizah, anak sulung kami beberapa kali tutup mata taknak tengok bila saat mencemaskan. 

Aku suka betul lihat gambar try yang dibuat oleh Tony Woodcock (gambar dari FB RWC).  Tapi yang lebih menarik lagi...cuba lihat betul-betul kat belakang tu...ada bendera Malaysia lagi....Persoalan aku...siapakah yang tergamak keluarkan duit ribu riban (NZD) untuk tengok game final ni.  Apa-apa hal pun tabik spring kat mamat@minah ni yang tak lupa kibarkan bendera Malaysia di bumi Kiwi ini.









Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Buat Kali Pertama Dalam Sejarah, Di Hari Ulangtahun Anis

Umpama dalam mimpi pula....Tak pernah-pernah aku duduk makan di meja makan di luar negara dan inilah kali pertama dalam sejarah hidupku dapat makan di restoran di New Zealand ni, bukan setakat makan di kedai lagi sebabnya keseronokan kami bersambung lagi apabila terus menonton wayang...hehe. 

Yelah, manalah kami mampu nak makan kat kedai, duit yang ada pun sekadar cukup-cukup untuk menampung kehidupan kami di sini, tapi sebab kesian pada anak-anak + nak sambut besday si Anis, jadi kami pun berkorbanlah sikit demi membahagiakan hati anak-anak... chewaaahhhh, ibu dan bapa mithali gitu.

Tak boleh tulis panjang-panjang sebab hari ni dah masuk tiga hari aku tak sihat, demam + batuk + selsema semuanya ada... adeiiiiiiiiiiiiiiii....

Jom layan gambar dari kamera handphone cik hubby...:)

Posing dulu...
Macam-macam ada... masakan Malaysia yang terbaik di Auckland..:)
Tu dia, Mee Goreng Mamak yang superb.
Tauhu goreng... nyum..nyum, kata Anis
Nasi berlauk... 
Cik hubby memcukai makanan anak...hahaha, muka tak puas hati dari Akak Azi.
Haaa.. jangan tak tahu roti tisu pun ada tau.
Jom ke wayang pula.
Kemudian ke Rugby Fan Zone.
Malamnya... kita makan kek harijadi pula..:)

p/s: Hari ini hatiku berbunga-bunga sebab All Blacks muncul juara dunia rugbi malam tadi... yeeeehhhhaaaaaa.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Catatan Terakhir

Di blog ini aku jadikan ia sebagai jurnal kehidupan kami di sini, moga suatu masa nanti ianya dapat ditatap semula oleh anak-anakku. Terutama mengenai persekolahan mereka di sini, dan semoga pengalaman yang kami coretkan ini dapat dikongsi bersama dengan pembaca.

Di sini kanak-kanak seawal lima tahun sudah memulakan persekolahan di primary school. Mereka akan masuk sekolah rendah pada tarikh hari jadi mereka, bukannya pad awal tahun (sistem yang berbeza dengan Malaysia). 


Tarikh hari jadi Anis jatuh pada cuti sekolah, dan minggu ini adalah minggu akhir persekolahan. Jadi secara rasminya semalam merupakan hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten. Jom layan gambar hari terakhir Anis di Oaktree Kindergarten.

Anis bersama rakan baiknya, Jordyn. Pada hari ini Jordyn menangis sebab tak sanggup berpisah dengan Anis. Aku pun turut sama menangis apabila melihat keakraban mereka dan mungkin selepas ini entah bila mereka akan berjumpa lagi (Jordyn akan ke sekolah berlainan dengan Anis)..:(

Mereka sentiasa bersama, malah dalam ulasan terakhir oleh guru-guru Anis ada menyatakan bahawa Anis dan Jordyn adalah sahabat yang sangat baik, ke mana pergi mereka sentiasa bersama.

Birthday girl/boy akan dipakaikan dengan topi yang dibuat oleh mereka sendiri..:)

Latarbelakang keluarga kami yang ditampal di dinding sekolah :)


Antara wajah-wajah Anis yang digantung di dalam kelas :)

Anis bersama sebahagian gurunya (6 orang kesemuanya)

Anis meniup replika kek harijadi.

Kim (head teacher) memberikan kad birthday dari pihak guru-guru kepada Anis.

Anis memilih rakan-rakan yang ingin membuat wish kepadanya.

Ini adalah hadiah dari kami kepada pihak Oaktree Kindergarten.

Setiap pelajar akan dibekalkan dengan portfolio tentang perkembangan pelajar-pelajar dari sejak hari pertama mereka datang ke Oaktree Kindergarten sehingga hari terakhir mereka di situ.

"Main keretapi".. pelajar-pelajar mengangkat tangan untuk menjadi salah seorang penumpang.

Kalau nak tahu sebelum mereka ke sekolah sebenar, mereka perlu menghadiri dua lawatan yang pihak sekolah telah tetapkan. Satu pada sesi sebelah pagi (sebelum morning tea) dan satu lagi pada sebelah tengahari (antara waktu morning tea dan lunch). Parents boleh menemani mereka semasa sesi lawatan ini dilakukan. 

Pada pendapat aku sistem ini sangat-sangat bagus, sebabnya anak-anak ini tidaklah terperanjat bila masuk ke sekolah sebenar nanti, lagipun secara tidak langsung ibubapa boleh melihat bagaimana sistem pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pada masa visit ini dilakukan hanya Anis bersama seorang lagi pelajar (yang sama tarikh visit dengan Anis) yang perlu berada bersama-sama dengan pelajar yang sedia ada di dalam kelasnya. Pelajar yang sedia ada ini sama-sama membantu agar Anis tidak kekok berada di dalam kelas.  Bila lihat Anis gembira, kami pun tumpang gembira....:).. jom layan Anis di Oteha School (sori, gambar dari kamera telefon cik hubby..)

Anis bersedia untuk ke sekolah.

Anis yang manja.

Morning tea time. Makan di luar kelas, takde kantin, bekal perlu dibawa sendiri.  Duduk atas lantai, tak perlu risau..bersih.

Anis bersama kawan barunya dari Korea.

Anis pada sesi perkenalan oleh gurunya. ( Lihatlah bendera di belakang, demam rugbi dimana-mana)

Sesi discussion, kanak-kanak seawal usia lima tahun sudah diajar untuk berdiskusi. Pelajar-pelajar membentuk satu kumpulan kecil dan seorang ketua akan dilantik bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar perlu membuat pembentangan (sharing info apa yang mereka suka) dan ahli yang lain akan bertanya berdasarkan keywords di bawah.... 


Sesi pembelajaran.. Anis cuba menjawab... bila cikgu tanya "yes Anis what's your answer", dan dengan confident Anis menjawab "I don't know"...hahahahahah.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut