Posto... Posto

Bukan main gigih aku sekarang mencari bahan cerita tentang negara New Zealand ni. Maklumlah bulan Januari ni cuti tanpa gaji aku dah tamat (tapi aku sedang mohon untuk dilanjutkan), dan tak sampai setahun lagi kami tinggal di negara Kiwi ni.. tu yang sekarang ni tukar profession jap jadi penyiasat...hehe.

Jadi cerita aku kali ni ialah tentang posmen di sini. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini dahulu, aku memang sangat kagum dengan depa ni.. ye ler mana taknya dah lah kawasan tempat aku tinggal ni berbukit bukau, mereka boleh dengan selambanya naik basikal menghantar surat dari satu rumah ke rumah yang lain.

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku selama menetap dikawasan Auckland ni... tak tahulah aku bagaimana keadaannya di tempat lain, jadi kalau fakta tu bercanggah dengan tempat lain... ianya bukan salah aku ye... sebab aku berkongsi pengalaman atas apa yang aku nampak dan alami sepanjang hampir tiga tahun aku di bumi Auckland ni.... :).

Ok berbalik pada tajuk di atas... alkisahnya dah lama sebenarnya aku nak berkongsi cerita ni. Tapi bila jumpa posmen mesti dah terlepas, takpun kami lupa bawa kamera atau handphone untuk snap gambar mereka. Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ikut cik hubby pulang CD yang kami sewa.. tuptup nampaklah kereta posmen ni... apalagi senyum memanjang ler aku dengan cik hubby sebab posmen tu parking betul-betul sebelah kami (rezeki....)

Kalau nak tahu posmen di sini akan bawa basikal di belakang kereta mereka, kemudian mereka akan port kereta mereka dimana-mana dan mereka akan memulakan tugas menghantar surat-surat dengan berbasikal.

Kalau ler di Malaysia buat lagu ni... mahu sebuah dua rumah dah basah ketiak dengan peluh.....

Inilah basikal posmen NZ.


Mereka mula menjalankan tugas... dan inilah pakaian posmen di sini.


Cik hubby menemuramah posmen di sini..hehe (sempat lagi tu)


Seksi tak posmen di sini...hehe. Ni sebab sekarang tengah musim summer, tu yang agak seksi.. kalau musim sejuk takdenya pakai lagu ni.

Kata cik hubby, bila tengok posmen di sini, teringat pula zaman kecil dahulu.... nak tahu kenapa.. jom layan gambar di bawah.

Inilah basikal posmen Malaysia zaman dahulu kala.. 
(Sumber gambar dari blog ini:  nostalgiabasikaltua.wordpress.com)

Jadi aku rasa sebenarnya beruntung sesangat posmen Malaysia ni.... mereka ada motor, tak perlu nak naik basikal macam dulu-dulu (walaupun sebenarnya naik basikal lebih bagus untuk kesihatan dan tidak memerlukan bahan api yang boleh mencemarkan alam sekitar). Apa-apapun.. untung-untung juga namun keselamatan perlu diutamakan.... jom layan youtube di bawah...... 

Apa kata anda?

Akhir sekali dari aku buat semua posmen di dunia... setitis keringatmu, selautan jasa yang diberikan.. Terima Kasih. 





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

29 comments:

Diana @ BKKC said...

aah kak..beruntung posmen mesia...cuba bayangkan kalau posemn mesia kena kayuh beskal dan hantar surat ke rumah satu2..(dgn kwsn berbukitnye lah,,,tu belum ditambah cuaca panas...) mahu berpeluh diorang.. last2 surat tak sampai kat penerima..posmen dah pengsan

fieda said...

ooo gitu yer posmen kat sana..mcm nak masuk acara lumba beskal la plk pakaiannya...

fieda said...

ehh..beskal posmen zaman dulu mcm sama jer dgn beskal posmen omputeh tu...

Amirah Fathiyah said...

dekat christchurch ada posmen naik motor. tapi ada jugak yang naik basikal.

Diana @ BKKC said...

kak..perkampungan penulis muda? mintak JPN jd guru pengiring?...hehe..sy bukan cikgu kak..Sy buat master kat upm (terikat ngan uitm - young lecturer scheme..) Boleh ke?

EmbunRosaliza said...

Assalam Nida, tq kongsi2 kat sini, dapat gak tgk rupa besikal posmen kat sana tu, ya lah jln dpn umah kecil, guna besikal lagi selamat.

Kat KL pun ada lagi yg guna basikal, klo tak silap akk sekitar Jalan Tar, dia antar surat ke kedai2.

Kongsilah lagi kalo ada cerita tentang auckland tu

mrs.ecam said...

bestnyer kn....xdekla membazir mnyk moto...bdn pong sehat...heeeee

Ardini Humaira said...

lama dni tak naik basikal.. rindunya beskal :)

IntaNBerliaN said...

oo mcm gitu ke posmen kt sana.. bwk kete n park kt mana2 pastu naik basikal.. patutlah dorg ni kuat walaupun dh tua... ala2 bejoging la kiranya.. hihii

lady lavender said...

posmen kat sini pun naik beskal..paling kagum time dorang mengayuh masa winter yg snow tebal berinci-inci..postwomen pun ada :-)

Zaitun said...

Ada posmen yang begitu prihatin,setiap kali masukan surat kedalam peti bunyikan hon motor.

sonata anak kancil said...

assalamualaikum - lama tak singgah sini...bila balik M'sia? anak di NZ akan balik 25 Nov ni. So next May 2012 - akan ke Melborne - Sydney tempat anak di sana - end of the year mungkin ke NZ la...

Anonymous said...

suka plak tengok basikal tu.hehe
tp posmen sana takde uniform plak kan..seksi nya..kalau dtg umah lari sy tu...hehe

azieazah said...

Cute kan beskal depa? Warna merah tu sungguh ori... I like.

Dulu posmen semua kayuh beskal. Sekarang ni dah ramai yang bawa motor, mudah dan cepat. Tu belum lagi kira masalah depa kena kejar anjing lagi...

Kat kampung Kak Azie dulu, selalu tunggu posmen sebab itulah perhubungan dgn kengkawan (pakwe pun).. hehehe sampai posmen pun kenal. Malah, nak kirim surat takda stem pun posmen tu leh tolong belikan stem untuk kita. Baik hati depa.

Oyis said...

santai betul pakaian posmen tu heheheh

Nisa Greennnpanda said...

Wah... tue ke uniform diorg? hehe..best gak eh keje posmen tue, leh exercise gak.. ^_^

btw, Kak Nida, blog sy dh xleh nk access, so sy ade wat blog br lak..huhu..

http://greennnpanda88.blogspot.com

Kakcik Seroja said...

Tak silpa kakcik, masih ada posmen berbasikal di Malaysia ni, cuma tak seramai tahun 70an dan 80an dulu.

Hehehe... cuba posmen Malaysia berpakaian begitu!

mummyrinazone beauty said...

wahh aniknya basikaltuh..owh mcm2 ek kak?bagus2.agaknya bape ek umur posmen2?rasa dalam 70an adaker?tapi tgk sbb dorg senaman nampak tak tua.sihatjerk.mautaknya berbasikal naik bukit mmg penat

Ruse Sulaiman said...

menarik. seksinya posmen..

Chik Na said...

betul tu kakcik, kalau kat area KL seperti Daratan merdeka, jln hang tuah still ada posmen yg berbasikal, dah banyak kali Chik Na tengok :D

Mario said...

ekeke...posmen tu seksi...tapi mmg bestla kan...berbasikal...

terokai seni said...

kalu posmen mesia pakai beskal, tak dibenarkan masuk opis... hangit nanti

zura aini said...

salam nida

selalu baca blog nida,
baru2 ni saya ke NZ tapi tak sampai Auckland, tidak boleh jumpakan.
saya tengok kat qtown posmen jalan kaki je, saya rasa sebab cuaca dia org sejuk, tak berpeluh pun. kalau di malaysia berjalan, mau pitam posmen tu.

Nieda said...

EH ! NAMA KITA SAMA.
SALAM KENAL.

Anonymous said...

salam akak...

untung posmen mlysia xyah nak kayuh neskal g anta surat..kalau x, kompom bawah ketiak melecet..hihihi

akak dah nak balik mlysia ke? yeahhh!!

al-lavendari said...

sebenarnya posmen Malaysia tu nak jimatkan duit syarikat. dengan bawa motor macam tu, tayar depan lambat sikit botak.

mungkin cara pakaian posmen di sana tak sesuai dgn budaya kita walaupun mungkin lebih selesa.

wakgelas said...

wak pon dah lama tak nunggang basikal begituuuu... eeee wak dh datang niii nk komen komennnn..........

CuTeMiUt78 said...

wah.. tu dah cam nak lumba beskal plak... tapi ok gak kan.. naik beskal tuk kesihatan

Murni Alfathunnisa said...

memang betul2 entri mahal ni kak nida..:)

dah boleh jadi wartawan majalah...hehe.

tq kak nida..berkongsi pengalaman ni...