Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis airmata
Terbayang suasana permai desa
Aduh, sungguh menikam jiwa lagu ini. Bila mendengarnya pasti rasa macam nak jerit atas bukit je "Wahai orang kampung, aku rindu nak balik Malaysia ler oiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!". Tapi kalau sekadar jerit kemudian tekak aku yang sakit nak buat apa? Jadi kesimpulannya baik ler aku tak jerit dan terima je ler nasib beraya di perantauan dan Insya Allah kalau segalanya lancar Insya Allah tahun ini tahun terakhir kami beraya di sini.... doa-doakanlah segalanya lancar di sini ye kawan-kawan.
Kalau nak tahu pada tahun ini bermacam-macam perasaan yang aku rasa tatkala 1 Syawal tiba, perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ini (hahahaha... poyos sungguh ayat aku), perasaan pertama ialah aku sedih dan geram sebab dikala kami semua masih berpuasa, adik-adik aku boleh makan depan aku dalam skype sebabnya Malaysia raya awal sehari dari kami, perasaan kedua aku kesian melihat anak-anak sebab pakai baju recycle tahun lepas dan tak dapat kumpul duit raya (Alhamdulillah Mizah puasa penuh buat kesekian kalinya dan Azi buang sehari juga buat kesekian kalinya seperti tahun lepas),
Perasaan ketiga ialah gembira sebab dah dua kali beraya di perantauan dan aku rasa tahun ni paling best sebab raya sakan jugalah kami di sini, dan perasaan terakhir ialah sedih sebab lepas ni tak tahu lagi mungkinkan kami semua akan bersua lagi dengan adik beradik lain mak dan ayah kami yang sama-sama jauh di perantauan ini kerana ramai diantara kami yang masuk tahun terakhir di perantauan ini dan Insya Allah pada tahun depan masing-masing akan balik ke negeri masing-masing. Jadi kemungkinan untuk berjumpa adalah sangat tipis (hendak seribu daya taknak seribu dalih betul tak?).

Jeles juga aku tengok orang tepek gambar raya dalam blog masing-masing, so aku pun nak ler tepek juga... layan je ler ye...
Kami...♥♥♥
Wajah-wajah ceria di perantauan
Dah macam kat Malaysia juga... mat dan minah Salleh semua duk mengintai dari tingkap sebab pelik tengok kami..hahahah
Tengoklah wajah anak-anakku.. ceria sokmo.
Ala-ala open house di rumahku.
Inilah gambar keluarga tersayangku di tanah air pada 1 Syawal baru-baru ini..
(copy paste dari blog adikku Fairullah - Gambar nie pada hari raya pertama lepas sembahyang raya... tak cukup korum tanpa ketiadaan keluarga Faizzuan yang balik ke rumah mertua di Selangor, Kak Long Sekeluarga yang berada di New Zealand dan Fazdli yang sedang belayar.. masa nie dia di Vietnam .. ermm harap2 tahun depan kita dapat kumpul complete semua....)
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
12 comments:
sabar...sabar...selamat hariraya...nampak mcm meriah jugak tu...
slmat ari raya sis..
wah sakan jgk beraya di perantauan
masih ada kawan2 kan..
InsyaAllah tahun depan Nida akan berada dinegara sendiri dan beraya dengan keluarga tercinta.
insya Allah tahun depan dapatlah beraya di malaysia....meriah jugakkan beraya diperantauan bersama perantau2...
walau jauh tetap meriah...
selamat hari raya akak sekeluarga...
selamat hari raya nieda :-)) walaupun di perantauan tapi tetap meriah dgn cara tersendiri. Pengalaman & kenangan hidup yg tak ternilai kann..
selamat hari raya kak..
nampak meriah je tu kak.. :)
akak masak per tu? kemain lg masing2 makan.. :)
kakakkk.....rindunyer kat akakkk....sob3...:-(
bestnye raya,,,
nikmatilah segala2 yg ada kat sana sementara ada masa nih.. dh balik mesia tak tahu bila lagi dpt jejak kaki ke sana heheheh...
lawa gak baju raya recycle tu... kami pun recycle dh 3 tahun heheheh.. takde maknanya baju baru, janji barakah hari raya... muah2 utk 3 dara pingitan tu yea... heheheh

Post a Comment