uwaaaaaaa... kenapa masa berjalan begitu pantas, rasa sekejap sangat mak datang sini...tuptup dah balik Malaysia. Tak puas rasanya nak beronggeng dan bergossip bersama.
Perjalanan ibuku dan adikku sekeluarga ke bumi New Zealand ini penuh dengan dugaan. Sepatutnya ketibaan mereka ke Christchurch pada 12 Jun (sebab naik Air Asia tu yg kena ke Chch dulu) disambut oleh cik hubby, namun takdir telah menentukan segala, penerbangan Jetstar dari Auckland ke Chch (singkatan Christchurch) yang sepatutnya dinaiki oleh cik hubby dibatalkan atas sebab debu gunung berapi... ayoyo...
Sesampai sahaja mereka di Chch, keluargaku itu terus menelefon cik hubby bertanyakan dimana cik hubby sebab puas mereka cari tak jumpa... adeiiiii, kasihan sungguh mereka.. Alhamdulillah nasib baik keluarga Sabariah dan Hanef (pelajar PhD di Chch) sudah sedia menanti menyambut kehadiran mereka di airport Chch... terima kasih Saba dan Hanef keluarga.
Keesokan harinya Hanef sempat membawa ibu dan adikku sekeluarga berjalan di sekitar Chch, ketika mereka berada di bandar Chch satu gempa bumi telah melanda (6.0 scala Richter)... ya Allah apabila berita ini sampai ke pengetahuan kami, betapa risaunya aku akan keadaan mereka di sana... namun apabila Sabariah menyatakan bahawa mereka selamat, aku sedikit menarik nafas lega. Menurut ibuku mereka berpelukan sesama sendiri kerana ketakutan dan menurut mereka lagi, kereta di atas jalan ibarat bola yang sedang melantun.... Ya Allah, betapa besarnya kuasaMu.
Kami diuji lagi dengan dugaan, sepatutnya penerbangan ibuku dijadualkan pukul 6.30 petang (menaiki Jetstar), namun pada pukul 3.30 petang, kami dimaklumkan bahawa penerbangan Jetstar pada hari tersebut semuanya batal.... hmmmmm, terkedu kami sebentar.
Alhamdulillah, kerana aku ada sedikit simpanan (hasil menjadi babysitter di sini), kami gunakan duit itu untuk membeli tiket Air New Zealand yang berkali-kali ganda mahalnya berbanding tambang Jetstar, bayangkan harga tiket Jetstar bagi 3 dewasa + 1 kanak-kanak baru $250 tapi harga bagi Air New Zealand ialah $1500 sehala!!!!!!. Bagiku duit boleh dicari, tapi usaha mereka untuk sampai ke New Zealand ini adalah lebih utama, biarlah percutian mereka dipenuhi dengan kenangan-kenangan manis di sini.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Auckland pada 14 Jun, dan hanya beberapa jam mereka sempat berehat kami terus membawa mereka berjalan ke Hamilton (terpaksa mengikut perancangan yang telah diatur). Terima kasih buat Azila dan Jamli sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami tidur. Alhamdulillah cuaca sangat elok ketika mereka berada di sini, dan perjalanan mereka kembali ke tanah air juga berjalan dengan lancar....
Inilah hikmah di sebalik semua yang berlaku...Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....
Kami di Waitomo Caves
Kami di Kiwi 360
Kami di Hamilton Garden
Kami di Huka Falls
Kami di Lake Taupo
Kami di Wai O Tapu
Kami di Blue Lake
Kami di Redwood Forest
Kami di Skyline Rotorua
Kami di Shakespear Regional Park
Kami di Sartors
Kami di Auckland Museum
Kami di Hot Water Beach
Kami di Huntly
Kami di Karangahake
Kami di Paeroa
p/s: Khas buat Nisa'Azman@ Nisa' Ijal.. terima kasih kerana sudi memenuhi ruang persahabatan dalam hati ini... semoga ikatan ukhuwah yang terjalin ini akan kekal dan terus harum subur mewangi..
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
16 comments:
cantiknya pemandangan kat sana, bestkan. sronok kalo dpt bwk family jln2 camtu, meriah suasana
Salam Kak Nida..
Wah... thanx coz mention name sy kat dlm entri nie, bangga2..hehe..
Dah la akak ltak award yg sy bg tue kat sidebar.. patut la sy cr kat bwh blog akak xde.. huhu..terharunye sy.. thanx a milion kak!! >_<
wahhhh... dpt berjimba2 dgn mak... best tuh... klu dah duk jauh dgn family, jmpa sebulan pon tetap tak cukup kan nida????
gambar seme cantik2.... suke tgk...
sy ade mention akak gak dlm new post sy, hehehe.. XP
owh sungguh best, bila pula giliran kita nakterbang jauh ke sana ye kakNida. insya-Allah.
THANKS ATAS LAYANAN DI SANA. RASA CAM NAK RETURN JEK LAGI GI NEW ZEALAND.. MEMANG BETUL2 CANTIK NEGARA NEW ZEALAND... TAHUN DEPAN KITA WAT ROMBONGAN KE MANA ??
seronoknya famili berkunjung..
wah... sungguh menarik pemandangan2 di sana.. syukuur alhamdulilah... dpt berkumpul sefamily
Walau pun banyak halangan tapi akhirnya dapat juga berkumpul. Terasa seronok kan bila mak ada bersama.
kak nida rupa mmg mcm emak eh. Alhamdulillah semua slmt, walaupon tidak spt plan asal. kak nida di sana jd babysitter ye? Alangkah bagusnya kalo ada di plymouth ni yg nak jd bbsitter. sini yg pompuan semua buat PhD, x de chance lah. nak x nak kena byr nursery private dan half day saje T_T
aa aa la...muka sama ngan mak...
salam...lama tak ke sini...anak saya tak sempat agaknya contact cikgu Nida...bulan 11 ni dia balik for 3 mths
cantik gambar-gambar kat blog kak nida nih...ada je pemandangan indah kat NZ. kalau bestfriend saya tengok, mesti frust ni, terpaksa batalkan holiday merangkap cuti honeymoon dan birthday kat NZ sebab husband dia risaukan keadaan kat sana...tapi apa pun, Alhamdulillah tengok kak nida & family kat sana okay semuanya...:)
seronok nya nida di samping family....nida duk kat nz kerana ikut husband keje kat sana ke...jauhnya nida duk ye tp di alam maya ni kita rasa mcm dkt jer kan..nida raya ni balik malaysia...?
meriahnyerr uoolsss.. ehehe
ooooo...ptut la rasa mcm nk tanya umor sbb terasa sgt mcm dekat dgn nida dan rasa mcm sebaya...rupanya ye btul.....kak fieda taun ni 34 taun,kira lahir taun 77....kira sebaya la tu beza setahun jer...hehehe...bila dh lbih kurang umor ni yg buat lagi seronok giler ni...ok apakata nida panggil fieda jer lagi kita akan rasa dekat....btul tak...ok start dari arini fieda nk kenal lebih rapat lagi dgn nida...ni email fieda
fieda.rafli@yahoo.com.....kita ber email la ye....
Post a Comment