Sekencang Angin

Apa yang kencangnya tu.. haaaa, meh sini nak habaq, macam-macam yang kencang laaa ni.  Pertama pada 1 Jun hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran anak sulungku Nur Hamizah, kedua pada hari itu juga ada pertandingan merentas desa sekolahnya, dan ketiganya sekarang musim angin bertiup kencang..:)

Apa yang memusykilkan aku, awatlah tak buat acara tu masa time summer atau spring, dahlah sekarang cuaca sejuk (dah masuk winter pun) kesian aku tengok budak-budak tu, kemudian tak pasal-pasal ramai yang kena athma. Kalau tak percaya jom layan gambar di bawah.

Budak yang pakai baju merah tu menangis-nangis sambil memegang dadanya..
Seorang lagi menangis sebab susah nak bernafas
..dan lagi sambil ditenangkan oleh guru-guru.
Ni lah rupa guru besarnya, sentiasa tersenyum dan bertepuk tangan untuk memberi sokongan pada anak-anak muridnya.. 
Cantiknya kasut boot cikgu ni :)
Ini pula kerusi yang bakal diduduki oleh pemenang-pemenang (nombor 1-5)

Bila musim sejuk ni yang paling tak tahan bila part angin bertiup ler. Peliknya cuaca di sini, bila hujan suhu biasanya lebih tinggi berbanding bila hari berangin, sebabnya bila hujan kebiasaannya angin tidak bertiup kencang. 

Jangan tak tahu, orang-orang di sini jakun bila ada petir, aku ingat lagi ketika tahun pertama aku tinggal di NZ ni dan ketika itu aku join kelas English di sini, malam tu ada petir, keesokannya harinya dalam kelas kecoh cerita pasal petir malam tadi..hehe, siap instruktor tu kata dia buka pintu sebab nak tengok petir.. (kita di Malaysia paling takut bila ada petir).

Berbalik pada cerita cross country, kalau tahun lepas Nur Hamizah berjaya dapat nombor 4, tapi tahun ini disebabkan Nur Hamizah bergabung kelas dengan year 6 maka dia hanya berjaya dapat nombor 10.. tapi kalau diikutkan senarai year 5, dia berada ditangga pertama... tahniah buat anak ibu..:)

Nur Hamizah sebelum memulakan larian
Hah! sapa sebelah tu????? hehe
Lihatlah saiz badan anakku ini... maklumlah orang Asia :)
 Nur Hamizah dengan aksinya
Pelajar ni dapat nombor satu.. tengoklah dah sama tinggi dengan cikgunya.

Kalau anak kedua aku pula, si Nur Hazirah tersengih memanjang jer bila lari..hehe. Apa-apapun tahniah juga buat Nur Hazirah sebab berjaya menghabiskan larian dan berada di tangga ke 14.

Nur Hazirah dengan wajah cerianya... 
Anakku ni memang suka berkawan...
Tengoklah Nur Hazirah ni (baju pink belakang), siap boleh main pondok-pondok lagi belakang tu..:)
Ramai ibu bapa yang datang memberikan sokongan...

Selepas acara tamat, aku pun pulang berjalan kaki ke rumah (dekat je sekolah dengan rumah), tapi ada sebuah kereta asyik mengekori aku dari belakang, yang peliknya sampai depan rumah kereta tu ikut aku.. naik seram dan takut aku tengok muka pemandunya memang macam muka penjenayah (perasaan aku je kot). Bila sampai je depan rumah, aku tak terus buka pintu sebaliknya aku lari ke kereta dan menyorok... aku lihat pemandu kereta tu macam mencari-cari, pastu dia beredar... berdegup kencang jantung aku ketika tu..

Ini laluan semasa aku pulang ke rumah, memang sunyi sebab ketika ini semua orang dah pergi kerja..

p/s: Tiada seorang pun yg dapat jawab dengan tepat soalan aku sebelum ini.. jawapannya ialah anak kelima dari sepuluh..hehe

(Gambar terbaru perkahwinan adikku itu.. uwaaaaaaaa, hanya aku dan anak-anak yang tiada dalam pic ni)

Soalan cepu emas untuk kali ini, sebutkan nama panggilan buat Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah serta dimana suamiku bekerja (di Malaysia)... cluenya, universiti baru di Pahang..:)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

25 comments:

kakcik said...

Wah... kakcik suka biru...

Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini terjadi terhadap Nida. Kena waspada selalu, tau...

Besar2 anak mat saleh tu, kan?

a kl citizen said...

alhamdulillah tak jadi apa masa perjalanan balik tu nida, kan..

Ardini Humaira said...

diorang suka petir ye kak. kalo dni nampak kilat ja rasa cam pucat lesi dah hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

anak2 akak kalo dengar bunyi guruh/kilat, kelam kabut lari sambil tutup telinga

Dewataraya Anumerta said...
This comment has been removed by the author.
Dewataraya Anumerta said...

sya pos komen, tp siap ader versi terjemahan, dtg dr mana tak sure..ayya...

mama shifa said...

bestnyer duk negara org
bercampur dgn org asing
teringin sgt ke luar negara
bila ler tu huhuhu
dlm mimpi kut

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cantek la pic akak...

HappyIrfa said...

komen saya:MENAKUTKAN..semoga Allah jauhkan kita semua dr mereka2 yg berniat jahat.amin

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

maiyah said...

assalam..

bahaya jg ya.. hati2 nida tp tgk anak lari tu sronoknya

siti murni said...

Seronok tengok Nur Hamizah masuk acara lumba lari..teringat zaman sekolah..kalau la sekarang boleh join sama..hehe..

amboi kak nida...sempat lagi noo usha boot cikgu tu..hehe

cantik foto pokok2 tu kak...redup dan sejuk mata memandang...

Zaitun said...

Tema biru pengantinnya...sweet.

Badan kecik tapi boleh juga menang.

Belleza~ said...

kak nida!!!su dtg nak bg akak ingat kat UKM! hahaha takde la. dtg jenguk blog akak. lama tak dtg cni. akak sihat? kirim salam anak2 akak yg comel2 belaka.heheh

Lady Lavender said...

kecik2 cili padi...tahniaahh!

p/s: nida, nak tanya nida pakai camera jenis apa?? Suka tengok gambar semua cantiikk..(ada yg tengah berangan nak guna DSLR jugak ni :-))

Kamsiah said...

cantik pemandangan...

Lana~Bulu said...

itu peminat tu..pasai tu dia mengekoq...hee

zaidah said...

alah ciannyer dia husband masih kat sini nida dah kat sane....meriahnyer acara sukan kat NZ....alhamdulillah nida tak ade apa2...agaknyer klu nida terus bukak pintu apalah yang akan jadik yerk..

ASaDa RyutaRo said...

kuat anak kak nida berlari. kalah jugak orang new zealand yang badan besar2 tu. huhu..

nama panggilan diorang, along, angah n adik. betul?

Zura said...

th nape drg jakun tgk petir...sbb drg ingat ade org nk snap gambar kot..hehe

Mario said...

gambar kusi tu lawa la...hehe
wah...handal jugak ek dorang race ngan anak2 mat saleh...

Ummi Hanie said...

nape bebudak tu nangis yer?sorry sy ni blur sikitt...sbb angin kncg tu kot...

nur hanisah,nama mcm saya cume sy takde Nur ;)

azieazah said...

Memang cuak juga kalu ada yg tidak dikenali dok ikut sampai ke rumah...Hati-hati ya...


*Soalan cepu emas untuk kali ini, sebutkan nama panggilan buat Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah serta dimana suamiku bekerja (di Malaysia)... cluenya, universiti baru di Pahang..:)

Jawapan cubaan:
Nur Hamizah = MIZAH
NURHAZIRAH = AZI
NURHANISAH = ANIS
Universiti Malaysia Pahang

Cute MuM said...

kak nida..
minta maaf hadiah belum pos lagi..
haritue dah cuba pakai pos laju, tapi diorang reject..
mungkin cuba pakai courier lain isnin nanti yer..
maaf lewat..

deena farhana said...

alahai...comelnye anak2 kak nida ni....