Berita ini sangat mengejutkan aku, dan aku percaya mesti ramai yang di luar sana turut terkejut dan terkilan. Mana taknya, bukan perkara main-main, ini berkaitan dengan hukum agama.
Aku bukanlah peminat tegar air kopi ni, sebabnya bila aku minum secawan mulalah perut meragam (angin), lepas tu puaslah mencari minyak angin sebab nak hilanglah sakit yang dialami. Tapi disebabkan nak sangat rasa kopi Kluang Railway Station yang glamour yang amat tu, alkisahnya masa balik 3 bulan ke Malaysia tempohari sempatlah aku, cik hubby dan si kecil kami pi pekena secawan kopi kat sana. Kemudian siap beli berbungkus-bungkus kopi untuk dibawa pulang ke NZ + bagi sedara mara. Adeiiiiiiii, ni buktinya kopi yang masih ada berbaki.. sekilo kami beli, 500 gm dah selamat masuk dalam perut...
Apa-apapun, kita tunggu dan lihat perkara yang sebenar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang laporan dari JAIJ, klik sini.
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
15 comments:
salam....
ishhh..keputusan nya cukup memualkan.....ni la relitinya...bab halal-haram ni bab berat ni..
dni pon turut sama terkejut sebab teringin nak ke sana... belum penah rasa lagi kesedapan kopi tu. dni penggemar kopi tegar. tapi kalo betullah.. kena batalkan niat ni..
YA ALLAH... MINTAK DIJAUHKAN BENDA HARAM TU.... MINTAK2 TAK DAK APA2 DLM KOPI TU KAN....
as-salam...
kopi diorang terkenal..belum pernah rasa..tup tup keluar isu ni..haih..menimbulkan kemarahan betul lah...
salam ziarah
Kopi kluang railway memang sangat terkenal. Mana2 pergi pun orang cari..
tp bila dah jadi macam nie....sapa perlu di persalahkan.
eemmm tu la.. pernah gak kesana pekena roti bakar... tapi tak minum kopi.. bila dgr isu cenggini.. addduuhhhh rasa nya cam nak muntah plak
tula...buang jela yg belen tu...
tunggu la,nieda..
sama jg kes myk sapi QBB..saya dah buang br tau halal..
xpernah minum akak...
minum kopi di rumah ajer.. kopi che nak keluaran bumiputera... ;)
Confused jugak ye. Kopi kluang ni mmg jenama ke apa? Kalau jual kat warong2 di railway tu semestinya kopi kluang ke? Dulu masa belajar dulu (lebih sepuluh tahun dahulu....oh, kertu sudah) ada la juga order kopi dari warong2 berdekatan tapi takdelah pulak masa tu timbul nama kopi kluang ni? Nasib kopi 333 ada tanda halal jakim
saya xreti minum kopi..kat lau pernah juga beli.
tp xpernah juga try kopi ni.
pnah dengo tapi tak pnah ada pluang mencuba
kena siasat bebetul sama ada sabotaj atau memang sah haramnya
tak pernah minum kopi ni.. sejak timbul isu halal haram kopitiam kat msia ni, chik na dah x pergi kopitiam owner chinesse .. walaupun dah disahkan halal
Pak Long:
bukan setakat keputusan memualkan.. tekak ni sampai sekarang rasa mual
Dini:
kita tunggulah nanti.. mungkin pemilik kedai akan ambil iktibar
Alimaz:
harap-harapnya begitulah
Siti murni:
marah sebab tak peka langsung sensitiviti umat Islam
Zana:
betul tu... jangan dituding pada satu pihak sahaja..
Cutemiut:
nasib baik dah lama telan... baru baru tahu, mahu dijolok semula tekak tu
Mario:
selamat dah pun bagi kawan non muslim
Hamizah:
harap2 betullah telahan Mizah
Ceroi:
ooo.. rugi tu..hehe
Kak Ying:
betul tu... :)
Cik Bakh:
ala... yg jual kat railway tu.. haaaa, cik bakh org kluangkan.. mesti lagi arif kot
Ummi Salsabila:
samalah... tapi takdelah tak minum, cuma tak minat
cemomoi:
betul tu.. laaa ni banyak sangat isu mensabotaj.. kena siasat betul2
Chik Na:
tindakan yang bijak... Nida pun nak ikut cara Chik Na jugalah..:)
Post a Comment