Pengeluar, Herbivor, Omnivor, Karnivor...

Sudah agak lama kami tak membawa anak-anak berholiday@berlibur. Dulu semasa pulang ke Malaysia pun tak sempat nak ajak anak-anak pi bercuti. Hubby sibuk, anak pada masa itu pun bersekolah, kemudian diriku pula yang menjadi guru ganti ketika itu membuatkan masa yang ada memanglah amat terhadnya (alasan je tu.. hendak seribu daya taknak seribu dalih..hehe).

Kebetulan Isnin lepas (25 Oktober), sini cuti Hari Buruh, jadi kami pun mengambillah kesempatan bawa anak-anak kenal perbezaan singa dan harimau. Orang yang berkunjung boleh tahan ramai, cuaca pun molek tak sejuk sangat (tapi masa baru sampai Anis merengek kesejukan). Paling seronok anak-anaklah, maklumlah dah lama tak tengok binatang-binatang, tapi tengok tarzan selalu (aku ler tu, maklumlah asyik menjerit je pagi-pagi..hahaha).

Masa ni minta orang Fiji tolong snapkan gambau.. (dialek Melaka ler pulok)
Jinak-jinak Kasawari
Eeeeiiiiiiiiiiiii gelinya... berbulu-bulu
Elehhhh... kat gambar berani ler... cuba betul-betul mahu cabut langkah berjuta
Amboi...... sedapnya beradu....
Apa tengok-tengok??????
"Orang ni pun satu, ada ke buat jambatan kecik macam ni... aku ni dah ler besau, mana ler lepasnya." kata harimau melepaskan kemarahannya di dalam hati.
Olorrrr kesiannya takde partner...
Dilarang berdua-duaan antara bukan muhrim dikawasan ini ye.. nanti kena tangkap...hehe
Bukan muhrim yang dah nikah dibenarkan berdua-duaan selagi aksi tak menjolok mata (mat salleh dengan minah salleh di sini bukan kira... tak kira tempat kalau nak bercium :-/ )

Sebenarnya tak banyak beza pun antara zoo sini dan Zoo Negara atau Zoo Melaka. Cuma yang mungkin berbeza binatangnya, kalau di sini ada kanggaroo dan anjing laut serta burung kiwi. Di tengah-tengah kawasan zoo pula ada tempat untuk berkelah dan bentang tikar (menarikkan?).

Kebetulan sekarang ini musim spring, maka bermekarlah bunga-bunga di sini... sangat cantik! Jom lihat hasil keras tangan aku mengambil gambar bunga-bunga....

Inilah silver ferns, kalau nak tengok rupa bila ia dah kembang silalah lihat di jersi All Blacks ye..
Sekian sahaja dari saya yang melaporkan dari Auckland Zoo, New Zealand. Bak kata pepatah "Jinak-jinak merpati, senang didekat ditangkap lari".... hehe.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Satu Lagi Ke Depan...

Dari tiga menjadi empat usia anakku yang kecil ini (kecil setakat ini, akan datang tak tahu lagi..hehe). Dah hampir seminggu pun tarikh 16 Oktober berlalu, tapi sebab dah tak tahu nak update blog cerita mengenai apa, so aku masukkanlah gambar Anis ketika 16 Oktober 2010 tempoh hari.
Selamat ulang tahun kelahiran sayang... semoga membesar sebagai anak yang cemerlang dunia dan akhirat..aminnn
Anis dan Humaira yang berkongsi tarikh lahir
Hubby dan anak-anak serta anak-anak jiran :)
Sabar ye pakcik dan makcik... jangan bimbang kek pasti cukup..hehe
Belon ni aku beli kat Malaysia tau, jauh ia terbang..
Silalah.. jangan malu-malu (thanks abg. Mie n Kak Asiah kerana sudi jadi tuan rumah)
Makanan wajib di sini... kupang!!!!!
(Pak Lan@Lanabulu... hensem tak kupang ni???hehe)
Thanks buat semua yang sudi bagi hadiah buat si kecil kami..... suka bangat si Anis dengan koleksi hadiahnya, ibu dia pulak yang geram tengok hadiah yg comel2 ini...
Olorrrrr tomelnya... nak jugak!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ini dah masuk minggu kedua Anis pergi Oaktree Kindergarten. Minggu pertama aku temankan sekejap (2 jam), tapi hari ini (minggu kedua) hubby yang pergi hantar.. agaknya masih belum serasi dengan suasana baru, apalagi melalak ler si kecil kami pagi tadi... hmmmmm harap-harap selepas ini Anis ok.

p/s: terima kasih buat insan-insan yang banyak membantu kami semasa kami ingin pulang ke Malaysia (bagi mereka2 yang menghantar kami ke airport), semasa kami di Malaysia (bantuan kewangan, penginapan, pengangkutan, sokongan dan doa), dan semasa kami menjejakkan kaki semula ke bumi NZ (yang mengambil kami, yang menjamu kami dan sebagainya).... juga buat semua semua insan yang sudi membantu kami.... hanya doa yang mampu kami panjatkan agar kalian dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan kehidupan...aminnn



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Desa Yang Tenang

Kini diriku besiaran dari Auckland, New Zealand. Sudah hampir seminggu kami meninggalkan bumi tercinta buat kali kedua. Namun kedamaian dan ketenangan suasana kampung masih kukuh terpateri dalam ingatan.

Kalau sebut sahaja Kampung Telok Ramunia, Pengerang pasti ramai yang mengaitkan dengan bijih bauksit, tapi sebenarnya banyak lagi yang istimewanya tentang kawasan Pengerang ni, pemandangannya, keunikannya, kesegaran makanan lautnya dan macam-macam lagilah.. kalau nak tahu jom layan gambar-gambar di bawah.....zaasssssssss

Ostrich pun ada di sini tau... :)
Kawasan Pengerang adalah kawasan persisiran pantai
Pemandangan biasa dipersisiran pantai kawasan Pengerang

Nelayan dan rezekinya

Hasil tangkapan untuk dijual (segar dan sedap bangat hingga menjilat jari ketam..hehe)


Senja nan merah (sempat berangan lagi tu.... :p )
Kubu yang terdapat di Tanjung Pengelih, Pengerang... Nak tahu sejarahnya sila klik sini
Dahulunya tempat ini adalah Pusat Serenti, kini digantikan dengan Pangkalan TLDM

Rumah yang banyak menyimpan kenangan... rumah yang pernah menjadi tempat kami berteduh (Kuarters Guru SK Telok Ramunia)
Tempat aku belajar membaca dan mengira.. terima kasih buatmu guru...
Rumah atuk di Kg. Baru, Telok Ramunia, tempat kami berhimpun saudara mara..
Perigi di rumah atuk yang banyak berjasa suatu masa dahulu.

Kasih isteri hingga ke hujung nyawa...
Damailah dirimu di sana.... suatu hari nanti kami jua akan menyusul. Al-Fatihah buat insan tersayang, Muhammadon bin Juhari.

Indahkan kampungku... kelembutan bayu yang berhembus sangat menenangkan fikiran... pada desir yang terpaut dan pada ombak yang tidak pernah jemu menerjah pantai membuatkan hati ini begitu rindu untuk menyelami panorama ini semula, menyelongkar khazanah ciptaan Ilahi dan yang paling penting aku sayang pada tanah airku... pada kenangan yang ditinggalkan..... Telok Ramunia, tempat aku mula belajar erti kehidupan.

Nak tahu sejarah Telok Ramunia... jom baca sini.


p/s: esok (16 Oktober) hari ulang tahun kelahiran si kecilku, Anis.... Semoga Anis menjadi anak yang solehah dan membahagiakan semua orang, berjaya dunia dan akhirat..aminnnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut