Desa Yang Tenang

Kini diriku besiaran dari Auckland, New Zealand. Sudah hampir seminggu kami meninggalkan bumi tercinta buat kali kedua. Namun kedamaian dan ketenangan suasana kampung masih kukuh terpateri dalam ingatan.

Kalau sebut sahaja Kampung Telok Ramunia, Pengerang pasti ramai yang mengaitkan dengan bijih bauksit, tapi sebenarnya banyak lagi yang istimewanya tentang kawasan Pengerang ni, pemandangannya, keunikannya, kesegaran makanan lautnya dan macam-macam lagilah.. kalau nak tahu jom layan gambar-gambar di bawah.....zaasssssssss

Ostrich pun ada di sini tau... :)
Kawasan Pengerang adalah kawasan persisiran pantai
Pemandangan biasa dipersisiran pantai kawasan Pengerang

Nelayan dan rezekinya

Hasil tangkapan untuk dijual (segar dan sedap bangat hingga menjilat jari ketam..hehe)


Senja nan merah (sempat berangan lagi tu.... :p )
Kubu yang terdapat di Tanjung Pengelih, Pengerang... Nak tahu sejarahnya sila klik sini
Dahulunya tempat ini adalah Pusat Serenti, kini digantikan dengan Pangkalan TLDM

Rumah yang banyak menyimpan kenangan... rumah yang pernah menjadi tempat kami berteduh (Kuarters Guru SK Telok Ramunia)
Tempat aku belajar membaca dan mengira.. terima kasih buatmu guru...
Rumah atuk di Kg. Baru, Telok Ramunia, tempat kami berhimpun saudara mara..
Perigi di rumah atuk yang banyak berjasa suatu masa dahulu.

Kasih isteri hingga ke hujung nyawa...
Damailah dirimu di sana.... suatu hari nanti kami jua akan menyusul. Al-Fatihah buat insan tersayang, Muhammadon bin Juhari.

Indahkan kampungku... kelembutan bayu yang berhembus sangat menenangkan fikiran... pada desir yang terpaut dan pada ombak yang tidak pernah jemu menerjah pantai membuatkan hati ini begitu rindu untuk menyelami panorama ini semula, menyelongkar khazanah ciptaan Ilahi dan yang paling penting aku sayang pada tanah airku... pada kenangan yang ditinggalkan..... Telok Ramunia, tempat aku mula belajar erti kehidupan.

Nak tahu sejarah Telok Ramunia... jom baca sini.


p/s: esok (16 Oktober) hari ulang tahun kelahiran si kecilku, Anis.... Semoga Anis menjadi anak yang solehah dan membahagiakan semua orang, berjaya dunia dan akhirat..aminnnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

19 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sgt sgt sgt tenang...

Wan Nurdiana said...

Nid,
aku pernah sampai ke Pusat Serenti Pengerang masa aku sek rendah lagi. Time tu ada rombongan kakitangan pusat serenti tampoi ( tempat ayah aku bekerja) ke sana. Mmg cantik teluk ramunia tu...tapi jauhnyaa nak sampai.... :-)

Ummi Humaira said...

salam Nida..

kak chaq blm pernah sampai lg ke Pengerang . maknanya Suatu Perjalanan belum habis pusing Malaysia laaa...

hmmmm kempunan tak sempat jumpa Nida...kereta kak chaq lum dpt di ambil semula lg...x dpt nk kemana2

nikzairfan said...

sayu lah baca blog akakni..perantau yang sedih meninggalkan bumi kelahiran saya baca diiringi muzik kump netto ini...

Oyis said...

oo dah balik NZ, just in time for spring ye kak nida. sini plak dah nak masuk winter, sejuk!
anak2 mcm mana? suka balik Auckland ke sedih tinggalkan msia?

ardinihumaira said...

cantiklah pemandangan kat sana sis... dni belum pernah agi ke sana ;)

ASaDa RyutaRo said...

wah.. siap ada kubu lama lak kat sana ea.. cam penuh bersejarah je tempat ni..

jeep said...

lawo gak kampong ko ni....bile aku nk sampai daerah ni?

Hamizah said...

cantiknya kg nieda..
happy birthday utk anis..

Chik Na said...

nida still rindukan kampung halaman yerr... yer la kan tempat membesar.

ps: hepi besday buat anis

siti murni said...

Salam kak nida..
baca entry kak nida, teringat saya subjek geografi..tlk ramunia dan sinonim nya dgn perlombongan bauksit..heee:)

teluk ramunia ada chalet tak? mcm penah dgr ada...

sonata anak kancil said...

pernah satu ketika dulu - sampai ke Pengerang...sudah lupa - kalau tak silap program univ. lepas tu semua sudah lupa dingatan ini ! tak dapat nak recall....ohhh lemah sungguh ingatan ini

nurulazham said...

kak nida org pengerang ke?
hubby seblom ni sempatla keje kat JKR pengerang (Kem)..setahun jugak dia kat sana...

Lana~Bulu said...

Alhamdulillah selamat segalanya..pi dan balik..
simpan lagi rindu2 kat tanah air tu...bila dah cukup 'haul' bawak balik mai malaysia naa..maksu..hee

Mario said...

eh...happy belated birthday tuk anis..

cemomoi said...

tempat jatuh lagi dikenang.... terbaek gambo waktu senja tu... memang damai...

Asmida said...

Kampung yang indah lagi permai... aku juga suka balik kampung disini.... seronok dan mendamaikan jiwa......

Nurimo said...

Salam Nida ,maaflahlah tak sempat nak gi Johor masa Nida dan keluarga balik.Mula-mula berhajat juga nak pergi tapi bunyi sibuk sokmo,tapi tak mengapa panjang umur jumpalah lahtu.

Emmm tengok gambar kampung sudah cukup tenang ,tu belum lagi tengok tempat.

Betulah kata orang bila berda jauh bertambah mesra bila balik tak sempat nak ziarah.

en_me said...

been here done that.. ihiks