Gamat sungguh, kawasanku diserang oleh Darth Vader... sangat mengerikan... nasib baiklah dia dah insaf jadi baik sekarang.. Haaa, jangan tak tahu filem Star Wars tu dibikin depan rumah aku. Percaya tak??? Kalau tak percaya jom lihat bukti-bukti yang kukuh di bawah.
Siap lambai tangan kat aku lagi tu... :)
Budak-budak takut nak bergambar dengan makhluk ni...
Haa, dah percaya belum. Sebenarnya memang budaya mat salleh ni menyambut Hari Halloween setiap 31 Oktober, pada hari tersebut mereka akan memakai costume yang pelik-pelik dan mengetuk setiap rumah untuk minta gula-gula, pada masa ini aku rasa macam kat Malaysia pula. Mana taknya, kalau di Malaysia setiap Hari Raya kanak-kanak akan memakai baju baru dan mengetuk setiap rumah meminta duit raya.. sini pun mereka berjalan ramai-ramai mengetuk dan meminta gula2...
Pada 31 oktober juga rumah aku didatangi oleh tetamu-tetamu dari Hamilton... buat kali pertama mereka ni datang ke rumah aku. Rupa-rupanya ada yang sekampung dengan cik hubbyku (cuma lain parit je)... Apa-apapun memang meriah bila berkumpul ramai-ramai ni, dan buat kali pertama tempat bbq yang baru kami beli dirasmikan secara umum (buat bakar ayam)...hehe.
Terima kasih daun keladi kerana sudi singgah ke teratak kami, lain kali datang lagi ek.....
p/s: suka sesangat tengok muka Anakin Skywalker....
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
13 comments:
lain padang lain belalang..lain tempat lain lah budayanya...sangat bagus untuk mengutip pengalaman di rantau orang
bila dengar lagu kat blog Nida tiba2 rasa hiba... tengok gambar2 hallowen teringat masa akak mula2 sampai dulu... suka tengok org hamilton ke rmh Nida... rasa semuanya dekat di hati
kim salam kat patung tue akak..
hehehe...
Memang seronok dapat berkumpul apa lagi kalau tetamu tu datangnya dari satu negara dan sekampung pula.
hehe...mak budak tak takut ke amik gmbr ngan darth vader?ekeke
ari tu pun budak2 kat sini dtg rumah nak kutip candy..eheh..
wah!berangan nak beli alat bbq..nieda dah beli..
stakat ni blm penah kena serang kat hantu halloween.kawan2 ada yg pernah..
dah 4 kali halloween kat sini tp x pernah kena serbu dek budak2 lg...
emm macam-macam kat sana,seronok betul ya.
Kalau ana dapat pergi boleh ikut serbu rumah anis
pic last tu ingatkan keta starwars
Wahh suatu pengalaman baru melihat kostum begitu di depan mata...
mujur tak dipeluknya.
yeay i like anakin too. hihi...
wah... best gak kan bila budak2 ni dtg meriah gitu
Post a Comment