Pemanas Badan
Jenuh juga bila dah lama tak menulis ni, terkial-kial nak mulakan ayat. Ini pun terpaksa menulis sebab dah bertimbun cerita nak dikongsi. Dah ler kena tegur dengan Nuri bila nak update, suamiku pagi tadi pun tumpang sama men'sound' aku.. "berkarat ler nanti nak menulis bila dah lama tak update blog"... hehehe, ye ler minta maaf bebanyak ye tuan-tuan sekelian..
Cerita basi pertama yang aku nak cerita ialah mengenai sambutan Hari Raya (dah nak habis Syawal pun), memang seronok yang amat ler dapat beraya di Malaysia pada tahun ini. Sampai sekarang ni pun kami tak habis beraya lagi, open house di sana sini, dan yang paling syoknya berat badan aku pun dah naik 4 kilo hasil makan tak berhenti ni....yeeehhhhhaaaaaaaa (kalau boleh target nak cari lagi 5 kilo, ada sesiapa yg nak dermakan berat untuk aku..hehe).
Al-Fatihah Buat Yang Tiada
Malam Raya pertama kenduri tahlil dilakukan khusus buat arwah mertuaku (1 Syawal genap 40 hari pemergiannya), biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya...
Meriah Dimalam Raya
Selepas kenduri, bermulalah acara kanak-kanak. Permainan pertama ialah baling-baling selipar. Aku pula yang gian nak main, tapi terpaksa kawal keinginan yang melonjak almaklumlah sejak jadi mak orang ni kena kawal cun woooo.....
Sudah puas main baling-baling, mereka main asap-asap pula, yang kelakarnya bukan setakat budak-budak yang main, bakal bapak-bapak pun join sekali...
Fakta Keluargaku
Aku dan suami memang dari keturunan yang ramai ahli keluarganya.. bila part raya memang sangat ler meriahnya. Kalau nak tahu aku ni anak sulung manakala suami pula anak bongsu malah kakak dan abang iparku juga lebih tua dari ibuku, anak saudara suami pula umurnya lebih kurang dengan aku (malah kami ni dah jadi nenek dengan atuk saudara pun). Kalau sebelah aku pula kamilah paling berkuasa, maklumlah anak sulung ler katakan..... Kalau sebelah aku pula, bapa saudara aku yang bongsu lebih muda dari suamiku, Pak Jang aku pula tua setahun dari suamiku, jadi kalau bab mengacau dodol memang takde masalah ler.. ramai yang menyumbang tenaga.
Kisah Anak-anak Dan Kucing.
Andai di NZ anjing di sana sini, amat payah untuk lihat kucing. Jadi bila balik Malaysia, si Anis ler paling jakun bila melihat ada anak kucing yang nak bermanja dengannya (maklumlah kat NZ takkan nak bermanja-manja dengan anjing pulak..hehe). Suka bukan main si Anis, malah kakak-kakaknya pun tumpang jakun sekali..hehe.
Sebentar Yang Berkesan Dihati
Walaupun hanya hampir sebulan setengah aku di sini... SMK Benut, namun memori yang terakam cukup indah sekali. Malah semakin lama keserasian aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian sudah mula terjalin. Terima kasih rakan-rakan seperjuangan kerana jalinan ukhuwah yang terpahat ini, kenangan indah bersama kalian tidak akan aku lupakan. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa Alhamdulillah aku berkesempatan menjadi guru ganti (menggantikan guru yang bersalin) di SMK Benut (sekolah lama suamiku).
Buat anak-anak pelajar di SMK Benut, cikgu ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama anda semua. Cikgu sayang semua, sukar juga nak tinggalkan anak-anak yang pelajar yang cikgu sayang ini, terutamanya kelas-kelas yang cikgu ajar, 5 Sina, 4 Sina, 2 Sina, 3 Rusyd, 3 Biruni, 2 Farabi dan 2 Rusyd. Lepas ler rindu aku yang dah tepu untuk mengajar...membebel...hehehe
Malah pada hari semalam aku sempat menjalankan eksperimen pembedahan katak dan ikan (Biologi Tingkatan 4 dan 5). Kelakar bangat apabila melihat pelajar-pelajar perempuan menjerit sakan apabila ada seekor katak yang terlepas di dalam makmal..hahaha, memang sangat gamat. Nasib baik ler pelajar-pelajar lelaki menjadi hero, jadi tak ler kisah histeria ini terus berlarutan.
Tapi kekecohan bukan setakat itu sahaja, sedang mereka leka membelah katak, tiba-tiba ada seekor katak yang terjaga dari pengsan, apalagi menjerit lagi ler budak-budak ni bila bila katak tersebut bergerak-gerak..hehe. Memang happening bangat ler ketika itu (5 ekor katak dan 5 ekor ikan yang terkorban). Nanti cikgu uploadkan gambar kalian ye.
Ku Akan Pergi
Hari ini genaplah lagi seminggu kami akan terbang semula ke NZ menaiki Royal Brunei Airlines. Berat sungguh untuk aku melangkah lagi apabila melihat insan-insan tersayang yang semakin uzur dimamah usia. Malah ketika aku menulis coretan ini, airmata mengalir dipipi. Ya Allah, Kau berilah kesihatan buat mereka, aku terlalu menyayangi keluargaku, ibuku, datukku, adik beradikku dan saudara maraku.
Buat suamiku, isteri dan anak-anakmu sentiasa di sisi memberikan sokongan dan dorongan. Di kala dirimu sedang menaiki tangga mengejar kejayaan, namun aku sedang menuruni tangga dalam kerjayaku, namun bagiku berada disisimu disaat susah dan senang adalah saat yang paling berharga kerana wang ringgit bukanlah segalanya buatku. Kenangan bersama adalah satu anugerah yang terindah dalam hidup ini....
26 comments:
Salam NIDA. Rindunya pada cerita dia.
Gembira tengokkan betapa seronoknya NIDA sekeluarga beraya di kampung halaman. Bersama sanak saudara, kawan2 dan anak murid. Best giler!
Sangat bermakna cuti kali ini ya...
Terharu, sebab NIDA akan kembali ke NZ semula. Takpa, pengorbanan NIDA ni sangat besar ertinya. Ganjarannya pasti manis sekali, nanti.
Semoga tabah dan terus ceria di tempat orang.
tentunya masih seronok berhari raya...masih lama lagi ke di NZ? insyaAllah anak saya akan ke Auckland awal next year...InsyaAllah besar kemungkinan saya akan ke sana untuk ziarah ... maybe boleh jumpa kot ( di mana tinggal??? ) ....mungkin juga saya akan ke Wellington ke rumah hubby's cousin dulu....
( tiket belum order lagi pun - angan2 dulu )
meriahnya raya katmsia,kan..
memang banyak tul crita tu, segala topik ada nih
slamat terbang dengan mmori
meriah2..
:)
salam.
memang bermakna hari raya kali ini buat nida dan juga keluarga disini.
selamat hari raya, maaf zahir batin, walaupun dah agak lewat.
kak..
dah nak balik NZ ker??
xsedr mase dah berlalu..
slma akk xupdate blog ni,
akak jdi cikgu kat benut ea..
dlu kt sekoalh kat SKB..
tak pulak skolah kat SMKB..
hhehehhe..
Haaaa..timboi jugak akhirnya..ingatkan dah blog dah hangit bersama lemang hari raya..heee
selamat berangkat dan jumpa lagi NZ..dan selamat kembali kesana..
jgn lupa tau..nengok2kan adinda mouri tu..hee
Kak Azie..
w.salam..
Terima kasih Kak Azie atas kata2 semangat.. adakala kesedihan memang tak dapat dibendung lagi, namun kata2 perangsang dari keluarga dan teman dapat menguatkan semula hati yg sedih...
Insya allah lagi setahun setengah... anak dapat uni mana? Kami di Albany, jemputlah ke rumah, bermalam pun takpe, apa2 hal nanti email saya (radinsah@gmail.com). Welli dengan Auckland ahak jauh juga tu..
Hamizah:
sangat setuju.. tapi takpe ada kenangan beraya di perantauan, kenangan yg manis dikemudian hari
cemomoi..
hamba sangat terharu, terima kasih tuan kerana sentiasa sudi membaca coretan hamba
meniti senja..
heheh.. part paling meriah bila tengok anak2 gembira berbaju raya..
Pak Ngah Hamzah:
Selamat Hari Raya juga buat Pak Ngah, banyak ke lemang yg dimasak tahun ni??? :)
Fara@Paro:
laaa ye ke sekolah di SKB... Kat mana sekarang ni, akak ada seminggu lagi di Ayer Baloi...
haah, tu yg payah akak nk update sejak ngajar ni, lagipun laptop ni hubby akak yg bawa outstation
Pak Lan:
bukan setakat hangit lagi dah... dah rentung dah blog saya ni Pak Lan, tu yg cik hubby asyik dok bising je.. Pak Lan apa khabar? Perut ada kemajuan ke depan tak sejak raya ni???? hehe..
Moari ek??? hahahahaha
Selamat Hari Raya!
Juga rindu sama kalian.. :)
bestnya dpt kumpul ramai2 camtu ek...
selamat kembali ke albany...:)
ada dengar khabar angin, mizah, azie dan anis dah nak dpt adik soon.... kalau betul alhamdulillah tahniah dulu kami ucapkan...
:)
suka gambar nida dan hubby yg last sekali tuh
salam.
selamat kembali keNZ. mesti rindu sgt saat manis beraya kat Malaysia bersama keluarga tersayang.
Salam caiyang
Belum baca cerita, nengok gambar beramai2, main baling2 selipar, kacau dodol dah rasa kemeriahan yg indah. Bestnyer... Tak lupa alfatihah buat yg pergi terdahulu.
Salam Nida
Terharu dengan statemen ni,
"Di kala dirimu sedang menaiki tangga mengejar kejayaan, namun aku sedang menuruni tangga dalam kerjayaku, namun bagiku berada disisimu disaat susah dan senang adalah saat yang paling berharga kerana wang ringgit bukanlah segalanya buatku."
Semoga Allah menilai pengorbanan kita ini di dunia dan akhirat dan semoga suami kita tidak akan lupakan kita pada ketika dia di bawah apatah lagi kala dirinya di puncak.
suka baca entry ni :)
dh agak lama nida tak aktif dlm blog contest kan..tak nampak nama nida..
salam nida..
wah lama tak menjengah sini...
ni kira n3 tuk semua citer...
rupanya kita ni serupa.. anak sulung bertemu bongsu.. memang meriah kan bila dah ramai2 ni
salam dinda Nida....
rindunya....
kak chaq nk derma berat badan nie , nak takk??????
Post a Comment