Hidup Seorang Perantau + Terima Kasih Adikku..

Ya Allah, kepadaMu jua tempat hambamu meminta pertolongan ya Allah. Kau berilah kesihatan kepada ibu mertuaku Zauyah binti Abdullah, semoga beliau sihat dan cergas seperti sebelumnya.

Maafkan Ida emak kerana tak mampu berada di sisimu ketika ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa jiwa ini meronta ingin terbang untuk berada di sisimu. Semoga emak pulih dan diberikan kekuatan olehNya...

Kini ibu mertuaku berada di hospital... menurut doktor ada batu karang dalam hempedunya, namun disebabkan usia beliau yang sudah menjangkau 80++ ditambah pula dengan tekanan darahnya yang begitu rendah, pihak hospital tidak mahu menanggung risiko untuk membuat operation terhadap ibu mertuaku..

Begitu berat rasanya dugaan ini... kesedihan atas kehilangan atuk tersayang masih belum pulih kini ditambah pula dengan berita yang menimpa MIL. Pada masa ini suamiku telah berada di bumi Malaysia... mudah-mudahan kehadiran suamiku di sisi bondanya dapat meringankan kesakitan dan beban rindu yang ditanggung oleh ibu mertuaku.. Kami di sini tidak putus memanjangkan doa buat kesejahteraan dan kesihatan emak, cucu2 terlalu rindu pada atuknya, mereka juga sentiasa mendoakan atuk semoga cepat sihat...
Pada hari ketika kami ingin terbang jauh ke New Zealand (Airport Senai).. bersama yang tersayang bonda Hajah Zauyah binti Abdullah (baju biru)

Hidup seorang perantau adakala terlalu perit dan adakala terlalu indah... perit apabila menerima berita yang menyedihkan... hanya doa sahajalah yang mampu dipanjatkan pada Ilahi semoga segala-galanya selamat...

Namun di dalam keperitan, aku juga bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan-rakan yang sangat memahami jiwa ini.. yang kini kuanggap seperti saudara kandungku sendiri... rakan2 di alam nyata mahupun di alam maya inilah tempat aku meluah segala, tempat berkongsi suka dan duka. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan perasaan remehku ini...

Buat adik Nurul Hidayah, Kak Nida bersyukur di atas pertemuan dan jalinan ukhuwah ini. Semoga ikatan persahabatan yang dibina akan terus harum subur mewangi. Terima kasih atas pemberian yang terlalu berharga ini. Akak akan sentiasa doakan yang terbaik buat Hidayah. Terima kasih sekali lagi.. semoga Allah melimpahkan rezeki buatmu dan juga rakan-rakan di luar sana..aminnnn
Terima kasih atas pemberianmu.. terharu Kak Nida menerimanya.. terima kasih sekali lagi

p/s: buat emak tercinta.. Rohani bt. Hj. Ibrahim... anakmu sudah tidak tertahan menanggung rindu, semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu... Along sayang emak.. sayang sangat
:'-(


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

26 comments:

Ain said...

sedihnya baca n3 nida nie....

peritnya bila berjauhan kan...

andai waktu ni kita punya sayap, dah lama kita balik ke pangkuan....

moga mil nida cepat sembuh dan moga nida terus tabah....

Ena said...

huhu..

tetibe rase sebak pulak bace n3 kak nida nie..
sabar ye!

deena farhana said...

moga kak nida dan famly terus tabah...

Siti said...

sedihnya..
MIL siti pernah kena batu dlm hempedu ni..mmg sakit sgt kalau tak keluarkan batu tu..sian siti tgk..
terus bwk MIL gi hospital teluk intan pastu diorg transfer pergi hospital ipoh tuk kelarkan batu tu. Doc keluarkan ikut mulut, takde la operate2. Lepas tu terus OK. Alhamdulillah.
Siti doakan moga MIL Nida cepat sembuh yer.

Murni Alfathunnisa said...

salam nida..
harap nida ok..sabar...dugaan Tuhan tu. Mudah2an ibu mertua nida cepat sembuh....aminnn..

Maiyah said...

ya Allah, berilah kesembuhan pd bonda zauyah

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rindu mak???
sadis nye...
huhuhu...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Semoga cepat sembuh dan banyakkan bersabar...

Akak terpaksa tutup blog akak sbb dasyatnya sindiran yg kwn2 akak terima..

linkkan blog akak yg baru..
http://duniacik.blogspot.com/

Nadiah Sidek said...

takziah buat akk sekeluarga. smg mak mertua akk terus diberi kekuatan..

pak long said...

salam...
teruskan berdoa moga org yang kita sayangi akan sentiasa dalam limpahan berkat ALLAH..

Wasatiah Gurlzz said...

slm...time chat ngan akak hari tuh, sya dh rs sebak..kesian kat akak..tak dpt bygkan mcm mn kalo sya brada kat tmpat akak...itulah slh satu sbb naper sya sgt takut utk berjauhan dgn family..sya tak cukup kuat utk tuh kak..:-( moga ALLAH merahmati dn melindungi keluarga akak n suami di Malaysia..ameen..

p/s: gembira sgt, hadiah slmt smpai kat akak..maap, sya tak pasti akak suka kolor tuh atau tak..sya main amik jerk, sbb rs mcm sesuai ngan karektor n warna kulit akak yg cerah walopun, kemudiannya sya terpikir, tu kan nk wat semayang, bknnya nk bwk pakai jln2..haha

Oyis said...

smg MIL nida cpt sembuh. ni lah dia antara dugaan hidup di perantauan. mmg sedih baca entry ni, sbb bole relate. masa balik msia baru2 ni kitaorg sekeluarga felt really sad (lebih sedih drpd kali 1st dtg mula2 tu) sbb it was obvious this time that ahli2 keluarga yg tua2 dah semakin menua, and jelas jg that their health are failing. semoga Allah lindungi ahli keluarga kita yg tersayang, amin...

Nur Asna said...

Baca blog Nida kali ni buatkan akak rasa segera nak balik kg...akak juga amat merindui mereka di kampung...tak tahulah Nida...duit simpanan pun tak banyak...mampu ke tak nak beli tiket flight nanti...semoga kita sama2 dapat sampai ke kg halaman pd tahun 2010 ni...InsyaAllah

Unknown said...

insya allah yu doakan semoga mak abang anep cepat sembuh .. amin

Unknown said...

alahmdulilah dapat yu jumpa abang anep dan melawat mak abang anep di hospital dengan mak

Guru said...

assalammualaikum nida

ameen, ameen, ameen

moga dipermudahkan semua urusan dan diringankan semua beban. ameen

Ummu Muslikhah said...

Ass. Ikut sedih, semoga ibunda mertua segera pulih kembali ya Nida, amin. Semoga Nida dan keluarga sabar...Wss

Hamizah said...

rasanya inilah situasi plg perit utk dihadapi bila berada di tempat org..mdh2an Nida tabah Dan MIL cepat2 sembuh..

terokai seni said...

semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi getir ujian... moga mertua pon cepat sembuh, amin

Ummu Ammar said...

Semoga Nida sekeluarga tabah menempuhi dugaan ini..Moga Allah permudahkan segala2nya..Insya Allah..

Unknown said...

Sampai masa nanti bertemulah tu..tak pi kemana pun..
Keredhaan tu sangat penting..
Pahala berkoyan melimpah ruah..berbandingkan dgn sebaliknya..peristiwa tu tetap terjadi dan akan terjadi..
kita semua hanya sementara..sampai masa berjumpalah dgn titik nokhtahnya..
Moga RahmatNYA sentiasa bersama kita semua..

Ini Cerita Saya said...

semoga Allah memberi kesembuhan & kesihatan kpd ibunda mertua kak nida..

ainnur juga doakan yg terbaik...=)

InshaAllah...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida...banyak2 berdoa untuk emak mertua...semoga dia cepat sembuh....

hazeleyed lady said...

Ass salam dear sis Nida
i could imagine what you are going through...
but dear...Kak hazel want you to be strong and let's wish for the best...
Semuga kedua dua bonda di sini selamat dan sehat kembali...
Take care

Anonymous said...

sungguh sedih kanns,

salamm,

Nurimo said...

Salam Nida,

Dikesempatan ini saya mendoakan agar ibu mentua Nida cepat sembuh.Usah risau sangat banyak2lah mendoakan ....sampaikan salam saya buat hubby.