Adoiiiiii... peningnya ler kepala ni bila memikirkan perbelanjaan yang kami terpaksa keluar lagi apabila anak2ku bertukar sekolah. Kami dah habis hampir beratus dollar untuk beli stationery anak2 masa bermulanya sesi persekolahan bagi tahun ini.
Apabila berpindah ke rumah sewa baru Januari lalu, sekolah anak2ku (Pinehill School) sudah agak jauh. Namun pada masa itu kami tak terlintas nak pindahkan sekolah mereka, sebabnya aku lihat mereka happy dan sayang sangat kat Pinehill School dan tak sampai hati rasanya nak pisahkan mereka dengan kawan-kawan baik mereka.
Tapi bila study hubby agak terganggu kerana pukul 3 petang dah terpaksa pulang untuk mengambil mereka dari sekolah, tu yang terlintas untuk tukarkan sekolah mereka ke Oteha Valley School. Jarak sekolah baru ni dengan rumah takdelah jauh sangat, dalam 200 meter je.
Kalau nak tahu sistem sekolah NZ tak macam Malaysia. Kalau kat Malaysia senang, pindah ler ke ceruk mana pun uniform sekolah tetap sama, so tak payah ler nak beli baru. Buku-buku dari sekolah lama pun boleh sambung je, di NZ ni banyak cekadak sikit, setiap sekolah punya uniform berbeza dan buku-buku yang digunakan juga berbeza. Bayangkanlah kami telah membelanjakan $500 untuk uniform Pinehill School, dan kini kami terpaksa mengeluarkan belanja lagi untuk beli uniform Oteha Valley School pulak... hmmmmmmmmm.
Alhamdulillah, bila dah lama duk sini, kami sudah semakin maju dalam mencari barang-barang secondhand ni..hehe. Nasib baik ler kali ni kami takde ler sampai mengeluarkan $500 macam dulu, kami cuma melayang $55 sahaja......fuhhhhhh, legaaaaa.
Hari ni hari kedua anak-anakku bersekolah di Oteha Valley, petang semalam kawan sekolah lama Akak Azi ada telefon Akak Azi, dia bagitahu dia rindu sangat pada Akak Azi, lama juga mereka bergayut. Malam tu semalaman Akak Azi menangis sebab rindu pada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya di Pinehill School, dengan linangan airmata Akak Azi tatap wajah kawan-kawannya dalam kamera. Sedih aku melihat Akak Azi, dalam tidur pun airmata masih berlinang di pipi. Hari ni ditatap lagi wajah kawan-kawannya itu....kesian anak ibu :(.
Kakak Mizah dan teachernya, Mrs. Holly
Rakan sekelas Kakak Mizah
Inilah kawan baik Kakak Mizah, Stephanie (bertopi biru)... hari last Kakak Mizah di Pinehill, kawannya ini memeluk Kakak Mizah seerat-eratnya... :(
Akak Azi dan teachernya.. Mrs. Mowat
Akak Azi dan rakan sekelasnya
Keceriaan Akak Azi ketika di dalam kelas...
Kalau di sini pelajar-pelajar lebih selesa berkaki ayam, dan mereka juga dibenarkan untuk tidak memakai kasut ke sekolah, atau dalam ertikata lain BERKAKI AYAM KE SEKOLAH...haaa terkejut tak?????? (NZ ni negara yang bersih,tu yang rakyat di sini lebih selesa berkaki ayam)
24 comments:
lain tempat lain caranya kan.. tp nk wat camna kene gak ikut
sungguh happy kanns,
salamm,
Itu yang dikatakan - lain padang lain belalang! :)
Wahhh... seronok nyer budak2 tu dengan kawan2 dan cikgu cikgi depa..
Tu semua mahal pengalaman tu.
Semoga budak2 tu dapat sesuaikan diri dgn sekolah baru dan kehidupan semakin lancar di sana.
Tahun ni tahun akhir kah NIDA?
Salam Nida..
Moga perpisahan ini mengajar anak2 Nida erti ketabahan dan kematangan menempuhi hidup..Insya Allah mrk boleh survive utk meneruskan psekolahan di tempat baru..
salam Nida..
lama rasanya kak chaq tak menjenguk ke sini , rindu ler pulak...
kalu kak chaq rasa2nya mau seminggu berlinang airmata..
bila nk balik n mai rumah kak chaq.
mmm...hidup di perantauan mmg byk berbeza dgn negara sndr...moga kak nida sekeluarga tabah n ceria2 selalu.. :)
budak-budak cepat sesuaikan diri insyaAllah
kesian anak2 bila menghadapi perpisahan..
org oz jg suka berkaki ayam..tp bkn kat kelas, tp kat shopping complex..geli saya nengoknya..
nasib baik tak sebyk ari tu keluar duit ye. tp tetap rugi la $500 tu. takpe la, sekurg2nya husbnd akk tak terganggu sgt :)
memgla sedih sbb pindah skola...tp xpela kak...lme2 nt dorg biasela ngn kwn2 bru...yg penting dorg dpt study ngn elok kn?=D
maksu, post lama maksu pasal SES dan decile yang diamalkan di NZ lina jadikan conth dlm exm..hehe..tenkiu2, dpt A lina sbjek tu..paper edu, ada soalan tya pasal SES..=)
Tak pa..
nanti masa berlalu dan perlahan2 dia akan mendapat kawan baru dan terjalin ikatan baru kat sekolah baru..
200 mtr dari rumah tu kira dekat sangat lah tu..
Silap2 boleh 'keloi' mak abah kat ruamh ..hee
budak2 pun rasa sedih bila brpisah dgn kwn2 apa lagi kita yg tua2 ni.
nida pun boleh jemput anak2 balik sek sbb x jauhkan. (ada lesen inter.)
senang abah dia nak study x yah terkancah2 lagi.
woiyo... mahal gila yea.. dorang macam sekolah swasta ke semua nak berganti baru je
seme nak bertukar abislah... tp nak wat cmner... kenela ikut kan???
sian anak2 nida sedih tggalkan kwn2 lama... xpelah, mula2 jerk... mesti hepy dpt kwn baru plak...
salam kak nida,
owh.. jenuh gak la kan camtu kalo seme sekalo nak tukar.. nasib baik manyak pulus ye kak.. lalala..
sonoknyer negok.. bile la nak sampai sane.. huhu
salam kak nida...
camtu la plak sistem kt sane ek..sume kene tukar baru..hemm..sian anak2 akak, rindu kat kwn2 lama ek..mula2 camtula, dh dpt kawan baru okla tu..
kak, 1st time bc ttg sekolah benarkan murid2 berkaki ayam ke sek..sungguh unik..hehe
kesian anak2 nida, terpaksa la dorang sesuaikan diri dengan suasana baru plak ya.....
semua tu memang take times....
hopefully dorang akan enjoy jugak satu hari nanti....
salam kak....
adat hidup, yg bertemu akan berpisah..tp yg berpisah mungkin akan bertemu kembali..yg penting, sumer tuh tetap kekal dlm ingatan...
p/s: tetiba teringat kat TAKERO SATO, kwn baik ms program pertukaran pelajar antarabangsa tak lama dulu..huhu
Salam..
Nasib baik di tempat kita tak mcm sana ye..kalau tak, ramai lagi yg tak pi sekolah dgn alasan tak mampu beli baju sekolah.
wah santainya uniform diorg. kat sini masih kena pakai blouse, tie, jumper + skirt. tp kalo dah summer, biasanya dah bole pakai polo T-shirt (yg uniform sek nya) + skirt.
btw, curious nak tanya nida, sek kat hemisfera selatan ni start bila ek? kalo kat hemisfera utara ni semua start sept - july, supaya musim panas tu (july - sept) tu betul2 diorg enjoy summer holiday. bkn apa, nak tahu diorg sekolah masa musim panas ke, sekolah masa musim sejuk di NZ :)
kat sini pun uniform berbeza2, mujurlah x mahal sgt.
Awla pun baru pindah sekolah 2 bulan yg lalu... skrg ni asyik duk tulis surat kat bestfriend lama dia... x pos pun. rindu betul ngan kawan2 lama
Kak Maiyah:
Betul tu.. terpaksa le ikut walau hati tak berkenan
Thunbergia:
Sini depa enjoy jer, takde exam n homework
Kak Cik:
lain padang, duit melayang :)
Kak Azie:
Belum lagi kak..Insya Allah kalau takde aral sampai 2012 kami di sini..
Kak Ummu Ammar:
w.salam... aminnnn, harap pengalaman ini mematangkan mereka.
Kak Chaq:
w.salam
tulah, tertanya jugak..hehe
samalah kita kak, kot2 dua minggu kot, bulan Julai ni kami balik..Insya Allah... tunggguuuuu :)
Deena:
aminnnn.. doakan kami di sini
a kl citizen:
mudah2an...
Hamizah:
Kat sini orang Kiwi bila summer ke sekolah pun berkaki ayam
Nadiah:
betul... yang penting hubby akak, anak2 Insya Allah boleh survive lg kat sekolah baru
Bezbuddy:
betul3x... tapi sini banyak aktiviti outdoor, tak macam malaysia, exam oriented
Lina:
ye ke??? Alhamdulillah berguna juga blog ni:)
Pak Lan:
alamak Pak Lan, Keloi tu apa ek... ada mirip ikan kaloi tak?hahaha
Zue:
Anak2 pergi dan balik sekolah dengan kawan2 mereka, jalan kaki ramai2.. Alhamdulillah dah banyak senang sekarang..
Cemomoi:
Sini uniform dan stationery memang ler bapak mahalnya.. dah ler lain sekolah lain uniform dan buku yg digunakan... :(
Syuhada:
tulah, pelikkan? Akak pun mula2 tengok pelik juga, lama2 dah biasa
Ain:
harapnya begitulah.. tapi seminggu ni nampak Alhamdulillah..mungkin sekolah NZ ni tak se'sterss' sekolah Malaysia kot
Hidayah:
Sedihkan.. tak sanggup rasanya nak mengalami perpisahan yg entah bila akan bertemu kembali...
Acik:
Betul tu kak... tapi seronoknya sini depa takde buku teks, so beg tak berat, dalam beg cuma bawa lunch box je. tu yg budak2 ni excited nak pi sekolah.
Oyis:
Sini cuti panjang start dec-feb sebab masa tu summer... jadi serupalah macam sana, nak suruh depa enjoy waktu summer
fa10:
Ni pun anak kedua Nida hampir hari2 cal kawan2 lama dia.. rindu sangat nampaknya
Post a Comment