Bacalah Dari Sudut Yang Positif

Sejak akhir-akhir aku kerap melayan cerita2 based on true story. Kebanyakan cerita yang aku layan berkisarkan dunia sukan seperti baseball, basketball dan football (Amerika). Kisah bagaimana mereka berjaya walaupun pada awalnya dianggap mustahil untuk berjaya, kisah bagaimana seorang jurulatih terpaksa melatih sebuah pasukan underdog yang tidak diberi harapan langsung untuk menang, kisah bagaimana jurulatih mengajar anak didiknya untuk berdisiplin dan bersedia menghadapi dunia luar dan banyak lagi kisah teladan yang boleh kita ambil dari cerita-cerita begini.... tentang pentingnya 'we as a team'... bekerjasama dalam mengejar kejayaan.

Kisah yang dipaparkan mengingatkan aku pada sejarah kehidupan yang telah aku tinggalkan. Walaupun ianya adalah sejarah, namun kenangan manis itu tetap aku ingat dan akan aku kenang sampai bila-bila.

Maafkan aku andai entry ini agak berat dan panjang, tetapi ianya bukanlah untuk tujuan riak atau bangga diri, sekadar penghormatan pada diri aku sendiri, kerana kita kadangkala sering melihat pada kelemahan diri tanpa kita fikirkan kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri ini. Moga2 cerita aku ini dapat dijadikan iktibar dan semoga aku akan terus bermuhasabah agar tidak mudah berputus asa.

"Aku telah dipostingkan disalah sebuah sekolah menengah di Kuantan, minatku pada dunia pantun telah mendorong aku untuk melatih pasukan pantun sekolah itu. Namun malang bagi aku, setelah beberapa hari berlatih namun nasib tidak menyebelahi kami kerana guru yang bertanggungjawab telah lambat menghantar borang penyertaan. Hanya kekecewaan yang dapat kugambarkan ketika itu.

Setahun kemudian, aku dipindahkan ke sekolah terakhir sebelum aku ke sini (NZ). Niatku untuk membentuk pasukan pantun tak pernah padam, namun tugasku bukan semudah yang disangka kerana sekolah berkenaan tidak pernah menghantar pasukan pantun ke mana-mana pertandingan, dalam ertikata lain aku akan melatih mereka bermula dengan langkah pertama. Pengalamanku sebelum ini hanyalah sebagai pemantun dan tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai jurulatih. Ketika itu, aku bekerja keras siang dan malam melatih pelajar2 yang tidak pernah langsung terdedah dalam pertandingan pantun. Setelah tamat sesi persekolahan urusan melatih mereka pun bermula. Berlatih dari pukul 3 sehingga pukul 6 petang di sekolah dan kemudian bersambung di rumahku sehingga larut malam. Aku sangat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami diriku.

Alhamdulillah kami berjaya menjadi johan peringkat daerah dan ketiga peringkat negeri. Ku masih ingat perkataan yang dizahirkan oleh penyampai hadiah ketika aku turut sama naik ke pentas untuk menerima hadiah sebagai jurulatih "Wah, hebat sekolah awak dapat kalahkan sekolah asrama penuh". Ya, memang sekolah aku dari segi akademik tidaklah sebagus sekolah elit mahupun sekolah berasrama penuh.. namun bagiku anak-anak buah pantunku adalah permata bagi sekolah kami. Aku yakin suatu hari nanti, melalui dunia 'pantun', sekolah aku ini akan digeruni dan dipandang tinggi oleh sekolah2 hebat yang lain.

Alhamdulillah, selama 4 tahun aku menjadi jurulatih pantun disekolahku, 3 tahun (2004,2005,2007) kami menjadi johan daerah, naib johan pada 2006. Pada peringkat negeri pula, 2 kali tempat ketiga, sekali ke separuh akhir dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum aku terbang ke sini, aku telah berjaya membawa pasukan pantunku ke pertandingan akhir. Walaupun sekadar meraih naib johan, namun aku puas, puas kerana titik peluh dan pengorbananku telah terbayar. Dua tahun terakhir sebelum aku bertolak ke sini, aku telah menjadikan rumahku seperti asrama... tidur, belajar, berlatih, makan, minum dan segalanya di rumahku. Aku sedar, bukan mudah untuk melatih sebuah pasukan pantun yang bagus kerana aku pernah terlibat sebagai peserta pantun dahulu.. masa berlatih dan ketekunan itulah yang akan menjadi faktor kejayaan.
Aku dan pasukan pantunku (2007)

Untuk pengetahuan semua, aku juga telah mengheret suamiku terlibat sebagai jurulatih di sekolahku. Tapi bukan sebagai jurulatih pantun sebaliknya sebagai jurulatih sofball. Memandangkan suamiku pernah mewakili Malaysia ke Thailand ketika di universiti dahulu maka aku tidak mahu bakat yang ada pada suamiku dipendam begitu sahaja. Setiap petang aku sekeluarga berjemur di padang. Andai aku melatih pantun di tepi padang, suamiku pula melatih sofball di tengah padang dan anak2 turut sama memberikan sokongan kepada kami (walaupun ketika itu mereka terlalu kecil untuk memahami pengorbanan kami). Walaupun suamiku tidak mendapat apa-apa bayaran ketika itu, namun semangatnya untuk melatih pasukan sofballku telah menyentuh hatiku. Bayangkan sejurus pulang dari tempat kerja (5.30p.m), setelah selesai solat suamiku terus bergegas ke padang sekolahku, dengan pakaian kerja itulah beliau terus ke padang semata-mata untuk mencurah jasa dan bakti secara ikhlas tanpa meminta apa2 ganjaran.

Ini juga merupakan sejarah pertama sekolahku menghantar pasukan sofball ke perlawanan kerana sebelum ini tiada langsung istilah bermain sofball di sekolahku (pada tahun itu juga peralatan bermain sofball baru dibeli), pada awalnya kami hanya ingin menghantar pasukan perempuan bawah 15 tahun, setelah berlatih hampir sebulan, kami diberitahu tidak ada kategori bawah 15 tahun yang ada hanya bawah 19 tahun. Airmata ketika itu tidak dapat ditahan oleh pemain2, mampukah pasukan sofball dibawah kelolaan suamiku untuk melawan mereka yang jauh berpengalaman sedangkan mereka ini terlalu mentah dan baru berjinak2 dengan dunia sofball.

Tuhan itu Maha Adil, Alhamdulillah pada kali pertama menghantar pasukan dan walaupun saiz badan mereka tidak sebesar pasukan2 dari sekolah2 lain, kami berjaya meraih tempat ketiga daerah. Pasukan2 lain amat terkejut dan kagum pada usaha kami, dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum suamiku menyambung pelajarannya, sekolahku telah berjaya menjadi Johan!!!! Ketika itu aku selaku guru pengiring, agak sedih kerana suami tidak dapat hadir ketika perawanan lantaran terpaksa menghadiri kursus di universitinya. Airmataku tidak dapat ditahan apabila pemain2 menelefon suamiku dan mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan mereka pada dunia sofball dan seterusnya membawa mereka hingga ke tahap ini. Sebelum kami bertolak ke sini juga, beberapa pemain2 sofball ini ada datang ke rumahku untuk mengucapkan selamat berangkat kepada kami sekeluarga... (hadiah topi yang mereka bagi kepada suamiku masih disimpan sehingga kini).

Aku bangga pada diriku, pada suamiku, pada anak2 pantunku, pada pasukan sofball sekolahku dan pada anak2ku yang banyak berkorban untuk kami. Kami bermula dengan tangan kosong, dengan peralatan yang amat terhad (bayangkan sekolah kekurangan peralatan untuk sebuah pasukan sofball), dengan pakaian pantun yang tidak secantik pasukan lain pada awalnya... tapi hari ini kami mampu tersenyum kerana kami telah menitipkan sesuatu buat mereka ingat (seandainya ingat)...

Aku sentiasa mengingati diriku, usaha adalah tangga kejayaan, namun andai kita telah berusaha tapi masih gagal, percayalah Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita...Insya Allah....

Terima kasih sayang... terima kasih atas pengorbananmu demi menaikkan nama sekolahku.. moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupmu dalam mengejar cecita..aminnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

25 comments:

Ena said...

hehehe..

mengimbau kenangan lamer sesekali tersangat indah kan kak.. kdg2 terse utk kembali pd kenangan tu.. sgt seronok..
sangat hebat kan kak nida nie.. jurulatih gitu.. ena kene nuntut nngan akak la.. leh la berpantun & berpuisi.. memg best.. :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kenangan yg xmampu dibeli...
kan sis???

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Penat lelah tak terasa jika hati ikhlas dalam apa jua yg kita lakukan.. jika berjaya merupakan bonus utk kita.

Unknown said...

salam Nida...

wow bangga nya terasa bila dpt menjulang piala kejayaan...

anak bujang kak chaq arini demam teruk ... doakan dia cepat sembuh ,ptg td dh gi klinik . 13April ni dia ada pertandingan hafazan MTQ peringkat Zon

pak long said...

salam buat tuan umah....
fuhh..bersemangat pak long baca ent3 ni....sememangnya semangat kita nak tengok anak buah dibawah seliaan kita berjaya...itulah kenangan yang paling manis..biar pihak sekolah tidak menghargai kita..tapi buat anak buah ..itulah pengorbanan kita...
kita serupa tapi tak sama lapangan..
TAHNIAH...

Wasatiah Gurlzz said...

sgt kagum melihat kemampuan akak mengharungi sumer nii...semoga akak kekal mencintai dunia 'PANTUN'..

mungkin ada sedikit persamaan antara kiter sbb sya juga minat pantun dn pernah mewakili sekolah semasa pertandingan pesta pantun, sayembara puisi dsb..

cumer kekangan ms dn kurang latihan insentif menjdkan sya kurang mahir bab2 nii..almaklumlah sekolah sya majoriti pelajar bkn melayu..so sya tdk mencipta nama dlm bidang pantun, sebaliknya sya lebey dikenali dlm bdg debat..mungkin kelebihan sya di situ...hehehe

p/s: lps nii kalo nk berpuisi or berpantun, mintak tlg akak jeek lah eik..hik3

ch@ said...

arrr...sedih n3 kakNida ni, nangis kite membacanya....taktau nangis sebab pe, terharu kot...;)

Kakcik Seroja said...

Salam NIda..

nanti bila Nida balik ke Malaysia.. kita berbalas pantun secara nyata, nak? hehehe.. :)

Murni Alfathunnisa said...

Sedih la pulak..huhu. N'way Nida..both u & ur hubby had done a very2 good job...congrats! Jasa spt tu tk mungkin dpt dilupakan student2 u...;)

Anonymous said...

terernye akak...congrats!hebat sgt2 =D

Maiyah said...

wah.. x leh lawan berpantun ni hehe
p/s: hadiah dah sampai.. makasih

Ain said...

tahniah untuk nida dah hubby....

kagum sangat2 dengan pengorbanan kalian berdua....

thanks atas panggilan kejap tadi....

soooo cute dan comelll la kakak mizah, terharu sangat2 sudi buat panggilan dari jauh....rasa macam tak percaya pun ada...hehehe

nanti kalau sourvenior dari nida, sampai ain inform k...

thanks dear....

azieazah said...

Untuk pengetahuan NIDA (sekali lagi), Kak Azie memang baca blog NIDA dari mula hingga hari ini..

Memang ada baca kisah pertandingan pantun ini dan sangat kagum. Sebab itu Kak Azie sangat faham apa yang NIDA sampaikan. Betapa sungguh manis kenangan itu, betapa sungguh indah pengalaman itu.

Tahniah... Nanti balik boleh buat lagi tu..

terokai seni said...

pengalaman yang sangat hebat, tahniah dari santis menjiwai sastera bangsa dan berkesempatan pula mendidik genarasi baru mencintai warisan kita... teruskan usaha murni semoga berjaya sokmo

terokai seni said...

pengalaman yang sangat hebat, tahniah dari santis menjiwai sastera bangsa dan berkesempatan pula mendidik genarasi baru mencintai warisan kita... teruskan usaha murni semoga berjaya sokmo

terokai seni said...

pengalaman yang sangat hebat, tahniah dari santis menjiwai sastera bangsa dan berkesempatan pula mendidik genarasi baru mencintai warisan kita... teruskan usaha murni semoga berjaya sokmo

rosnanie said...

salam nida, bergenang air mata saya bila membaca entry nida kali ni. Tahniah nida dan suami, pengorbanan anda berdua memang sangat besar ertinya.

Guru said...

pasangan yang ideal sekali.
sememangnya pengorbanan nida sekeluarga sangat besar dan tak ternilai.

Allah jua yang membalasnya.

Aida Ali said...

Salam Nida. Wow hebat tahniah3X

Nadiah Sidek said...

nadiah pun skrg ni suka tgk cerita2 based on true story. akk mmg minat ye puisi2?

tinta kasturi said...

salam puan,

kisah yg penuh inspirasi,
boleh nanti tulis entry petua atau tip nak berpantun ni,
dah buat nnti acknowledge me ok?
itu pun kalau ada kelapangan la ye,
saya peminat bahasa melayu,
tp masih kurang eksplor lagi,
semangat2 je lagi, belum betul2 mendalami

Chik Na said...

bertuah sungguh anak murid yang punya guru yang cekal dan hebat macam Nida

Hamizah said...

tahniah buat psgan yg sama2 hebat..

Syuhada Kamal said...

salam kak nida,

terharu sy bc kisah akak ni..thniah atas sume kejayaan yg akak n anak2 murid akak capai..mmg hebat!!..berkat tak kenal erti putus asa..akhirnya membuahkan kejayaan..:)

Zaitun said...

Salam kenal

Sama2 berbakat.