Bagi sesiapa yang kerap kena migrain, dapat ku selami kesakitannya kerana aku juga kira agak kerap mengalami sakit tersebut. Pernah masa di Malaysia dulu, masa tu migrain ku menyerang.. dah tak tahan sangat sakitnya sampai aku hantukkan kepala ke dinding...(kuranglah sikit masa tu..pastu sakit balik..hehe).
Aku start kena migrain masa sekolah menengah dulu, nak kata rajin sangat study, poyo je aku ni.. menurut hipotesis aku mungkin sebab aku ni jenis kurang darah, tu yang tak banyak darah beroksigen sampai ke otak... jadi mungkin bila too lack oxygen sampai ke otak, as a result sakit kepala ler jawabnya (hipotesis ye...bukan teori lagi)
Aku start kena migrain masa sekolah menengah dulu, nak kata rajin sangat study, poyo je aku ni.. menurut hipotesis aku mungkin sebab aku ni jenis kurang darah, tu yang tak banyak darah beroksigen sampai ke otak... jadi mungkin bila too lack oxygen sampai ke otak, as a result sakit kepala ler jawabnya (hipotesis ye...bukan teori lagi)
Kat sini nasib baik cuaca sejuk + tak panas.. so sakit tu boleh control lagi. Pernah suatu hari yang dimana migrain ku menjengah lagi, dah tak tahu nak buat apa... kepala berdenyut-denyut sakit (aku ni selagi boleh tahan cuba aku tahan dari ambil ubat pain killer, tak nak amalkan asyik bergantung pada pain killer jer..bahaya) , aku pun baring ler atas katil n cuba lelap tapi tak boleh , puas dok fikir, macammana nak releasekan sikit sakit ni.. aku pun terpandang ler buku yang aku baru beli ni... aku pun belek2 ler dengan harapan supaya mata ni mengantuk (maklumlah aku ni bila bukak buku konon2 nak baca, last2 buku yang baca aku...hahahahaha)
Yes! Dapat idea, dalam buku ni pun ada panduan kesihatan tau,.... for those yang kena sakit kepala cubalah cara ini.. ambil timun, letakkan kat mata and cuba relax... (macam ala2 spa le konon...cuma takde bunyi percikan air jer n bunyi muzik gamelan je..hehe)...berkesanlah juga walaupun tak 100% sakit tu hilang, at least kurang ler sikit denyutannya.
Tapi tak sempat aku nak lelapkan mata, beberapa minit kemudian ..anak2 balik ler pulak dari sekolah....apalagi diaorang ni, bila tengok ibu ni buat pelik2 sikit mula ler nak ikut (habis timun aku nak buat nasi lemak jadi mangsa).
Tapi tak sempat aku nak lelapkan mata, beberapa minit kemudian ..anak2 balik ler pulak dari sekolah....apalagi diaorang ni, bila tengok ibu ni buat pelik2 sikit mula ler nak ikut (habis timun aku nak buat nasi lemak jadi mangsa).
So inilah hasilnya....
Nilah rupa alien-alien yang baru mendarat di atas muka bumi....hehe
Diharapkan kepada sesiapa yang mempunyai petua atau nak try buat petua sendiri untuk menghilangkan sakit kepala ni (except makan ubat ye), silalah perturunkan petua tuan hamba itu kepada hamba... mudah2an mujarab... (macam ayat perhimpunan sekolah daaaa)
15 comments:
salam Nida..
kwn yg sama g antar ank sekolah pernah cerita dia kena migrain , br ler akak tahu keadaan sbnr mcm mana , ingt biasa2 aje...
sblm nie akak selalu sakit kepala gak,tp bkn smpai thp migrain ler,akak masuk bilik air , masukkn jari kt tekak n muntahkan ,angin banyak dlm badan ..masa tu kalu silap mkn mknan berangin siap ler .. tp sekarang ni dh kurang sangat ler rasa nya , x tau apa sbnr ubatnya , mgkn akak amal minum ecpi n madu khaula kot .raya br ni akak mkn banyak ketupat dh x rasa angin lg.mdh2an berterusan begini .
semoga Nida pun sihat dr penyakit migrain ..
Mudah2an..aminnnnnn...
saya pun bila kena migrain mesti jolokkan tekak supaya muntah.. lepas muntah baru ok sikit.. tapi esoknya sakit balik... yang paling tak tahan bila lihat cahaya.. silaunya macam nak pecah kepala.. :-(.
Thanks ye akak atas nasihat... saya amat menghargainya :-)
ececece..anis tu lawak tol aksi dia..entah kenapa minat sunnguuh kt anis nih..nnt balik sure dh besar nye..dh lupa dh kakiza nih ;p
Salam ziarah pagi Nida,
Biasalah pening kepala tu,kalau telalu lama kat pc pon boleh jadi juga he..he..
Tahu tak petua ubat pening kepala dan deman panas.Ambil daun bunga raya diramas-ramas dalam sebeldi air.
Selepas itu sapu kat kepala terutama atas rambut dan dahi.
Seeloknya buat mandi 3 kali sehari.
Petua ini telah diamal oleh datuk nenek kita dulu di mana masa dulu2 tiada klinik lagi.
Dalam dunia moden hari ini masih ada ramai yang meamalkan dengan izin Allah telah sembuh.
Lagi pun tak payah keluar duit 1 sen pon.Kalau tak ok juga baru pergi klinik.
Saya tak berapa suka makan ubat klinik,kalau boleh nak elak sebab kesan sampingan janka panjang.Tapi kalau tahu kat doktor nasihat saya ini memang dia org marah,sebab ko...ko orang tak pergi klinik..tak dapat duitlah doktor
Lihat pic anak Nida yang come12 tu,ingat ke pakai kaca mata model baru pada mulanya....anak2kan cam tulah macam emak dia dulukan....
Izza:
Si Anis semkain lama memang semakin mengada + manja.. mentang2 ler duk berkepit bawah ketiak ibu dia ni jer..hehe. Bila tengok org2 tua mesti dia kata Atuk... rindu sangat Anis kat Tok Yah ngan Tok Mak dia..
Nurimo:
Pernah juga dengar petua tu... katanya bunga raya putih lagi mujarab.. tapi kalau kat sini mana yek nak cari pokok bunga raya, pokok silver fern@paku pakis banyak ler...hehe (lambang All Blacks pun guna pokok silver fern)
Hi mum.........................
Hehehe...en3 nih buat saya tersenyum sendirian
Salam Cikgu Shukri..
Alhamdulillah berjaya juga entri ni buat orang gembira dan tersenyum..
assalammualaikum
salam perkenalan & ziarah
sakit migrain?
petua tak adalah...
tapi saya tau penyebab migrain saya...
kalau saya tdo lepas subuh, bangun lepas matahari terbit, mesti migrain akan datang..
so, saya elakkan beberapa perkara, supaya migrain tak datang...
tak taulah nida, apa pencetus migrain nida tu...
ada kawan kat sekolah pulak,
dia amalkan swimming... dia kata migrain dia berkurang
sALAM UKHUWAH
Terima kasih kak atas nasihat dan pandangan...
Hampir setiap bulan saya akan kena migrain, cuma kuat atau tidak sahaja..kadang2 seminggu menderita sakit ni... Sekarang boleh tahan dari ambil ubat sebab tengah tak kerja... masa mengajar dulu, terpaksa juga saya telan pil, kalau tak susah juga nk mengajar. Selalunya cikgu2 kat sekolah ler jadi mangsa mengurut n picit kepala saya :-)
Salam Nida sekali lagi ,
Nampaknya lama dah sakit peningnya.
Mungkin doktor ,Nida dah puas jumpa dan makan pil sekadar menahan pening saja.
Minta emak cari air tawar rumah tok guru dan poskan,iktiarkan kata orang.
Kalau cara klinik tak berapa nak sembuh itu pilihannya.
Tak cuba ke cara tradisional sebelum ni...manalah tahu suruh emak tanya2 khabar kat-kat kampung,jumpa ubat tu.
Nak cakap jenis daun2 ubat,tak tahu daun apa ada kat sana.
Salam kenal Kak Nida,
Saya jalan-jalan kat blog malam2 tapi ternampak lebai Nurimo.Rupanya senyak-senyak dok main kat blog Albany.
Dalam blog dia ,orang dok perang,dia tak keluar langsung.
Insyaallah,kalau jumpa ubat saya bagi tahulah,nanti nak tanya khabar dulu.
Nurimo:
Wah terharunya....ada juga yang simpati akan nasib hamba ini... sungguh mulia budi pekerti tuan hamba ni..thanks ye tuan hamba...hehe. Moga2 perjalanan hidup tuan hamba diberkati olehNya...aminnn :-).
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba menumpang layu
Bertuah sungguh rakan ku dapat
luhur budinya 'lebai melayu'
(hehehehee...pantun le pulak)
Hassan:
hehehehehe..... selamat mampir ke blog akak wahai adik Hassan.
Biasalah pintu blog ni selalu terbuka... tu yang Nurimo selalu lepak sini, bila dah agak2 'panas' kat blog Harapannya, maka terbanglah dia ke Albany, Auckland ni jap...hehe
eek..eek berpantun pula Nida ni,pagi2.
Saya tak biasa pantung2 ni tapi cuba jawab juga he..he
Pantung Nida:-
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba menumpang layu
Bertuah sungguh rakan ku dapat
luhur budinya 'lebai melayu'
...............................
Pergi ke kedai bersama Aminah
Untuk membeli kuih pelita
Ziarah2 adalah sunnah
Mesra2 budaya kita
OK lah ya,nak gi minum tea tarik dulu...
sya pesakit migrain kritikal..smpai satu thp tuh, sya pernah pening smpai pengsan dlm bilik...tp seeloknya jgn bergantung kpd ubat...normally biler ader sintom2 nk migrain 10 minit sebelum diserang penyakit tuh, sya dh balik bilik cepat2...trus tdor, tutup bilik smpai tak der nmpak chy & tutup kipas...nasib baik roomates sumer memahami....huhu...sya ader sorang kwn baik, dier doktor kat Ipoh...dier ckp sya dpt migrain sbb faktor genetik...papa sya penghidap migrain, so sya sbg anak ader potensi 70% utk menghidap penyakit yg sma...chedih...sob3..:-(
Post a Comment