Kuah Tumpah Ke Nasi...

"Hah!"....begitulah keadaannya hari2...hampir setiap kali aku mengambil anak2 dari sekolah, sure mereka akan menyergah aku dari belakang... nasib baiklah ibumu ni masih muda nak...kalau tak dah lama koma sakit jantung (ermmmmm.....muda lagi ker??????). Agaknya diaorg ni ikut hobi aku suka terperanjatkan hubby, tu yang menurun kat mereka..hehe

Hari tu, seperti biasa aku menunggu anakku ditepi kelasnya, kali ni mereka tak boleh sergah aku sebabnya aku sampai dulu sebelum mereka keluar dari kelas. "Ibu, wait here ok, I have something surprise for you "..kata Akak Azi sebaik sahaja keluar dari kelasnya. Detik hatiku berkata (chewaaahhhh, macam novel cinta lak..hehe)...."Apa juga ler Akak Azi nak buat ni"...(p/s:sila baca ayat tersebut dalam hati ye..)

Nak tahu apa yang dia bawa?...Tadaaaaaaaaaaaaaaa, dua kuntum bunga yang aku tak tahu namanya :
Akak Azi cakap "One for you and another one for abah" :-)

Aku ingat abis kat situ jer.... tapi sepanjang perjalanan balik sibuk diaorg petik bunga2 di tepi jalan, mentang2lah tengah musim spring ni. Setiap kali nampak bunga yang cantik sikit maka berhentilah puteri2ku ini memetik bunga....(maklumlah jakun, kat Malaysia kat tepi jalan banyak lalang, kat sini banyak bunga2).

Then, bila sampai rumah dua beradik ni terus ambil gelas, pastu mereka isi air dan bunga dalam gelas tu... "Kakak Mizah dengan Akak Azi nak buat apa ni?" aku yang dalam kehairanan+kepelikan+kemusykilan+keinginan tahuan dan segala ke...ke... yang lain (sila jangan guna ayat bombastic ini dalam mana2 peperiksaaan awam ye) pun bertanyalah... Nak tahu apa jawapan mereka..

"Akak Azi nak buat projek sains"....
"Haah bu, nanti bunga ni boleh tumbuh" Kakak Mizah menyambung....

Aik! Selama ni kat universiti aku ambil bidang Bioteknologi Tumbuhan, takde pulak pensyarah aku ajar cara begini nak tumbuhkan pokok..heheehe...

Dalam bekas putih tu Kakak Mizah punya projek sains, Akak Azi punya yang dalam bekas biru. Sempoi...tak guna tanah .

Esoknya...satu miracle telah berlaku, bunga yang asalnya masih belum kembang telah kembang! Apalagi melonjak sakan ler anak2ku ni...
"Yes! projek sains Kakak Mizah dan Akak Azi dah berjaya"..
Tergelak aku melihat telatah dua beradik ni......

Agaknya darah "Bioteknologi Tumbuhan" aku dah mengalir dalam badan dia orang kot..hehe... Kemana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... :-) Takpelah nak...lepas ni ibu suruh abah ajar cara tanam pokok ye...

(Kadang2 aku terfikir mampukah aku mendidik anak2 dengan sebegitu baik, mencurahkan segala ilmu yang terbaik buat anak2ku dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawabku sebagai isteri kepada dia sebagai suami.....)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

11 comments:

bakhtiarazi said...

Sungguh kreatif dan bijak budak zaman ini. Eh, kita dulu pun bijak gak <= sambil merujuk tanam pokok daun tapak itik dicelah2 buku sampai tumbuh akar. Pastu baru tanam kat pasu....

Nida n' Hanafi said...

Haahlah..teringat lagi masa darjah 4 dulu..cikgu suruh tanam pokok tu... tapi kawan2 yang lain semua jadi..saya punya jer tak jadi...:-(, tangan panas kot (salahkan tangan, padahal sebab ambil daun yang memang dah nak layu..hehe)

Ummu Mishkah said...

Memang kuah tumpah ke nasi dah ni! Moga jadi ibu terbaik buat mereka... Saya pun ada buat projek daun tapak itik tu.... :)

Yanmie said...

salam kak,

thanks yea dh singgah dan follow blog yan, yan pun dh add dan follow..kreatif jugak yea anak2 akak nie..mcm yg akak kata kemana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..hihi..klu tumpah ke lantai sure mak dia marah..hihihi

Nida n' Hanafi said...

Ummumishkah:
Insya ALLAH..
Hehe....rasanya satu Malaysia dah cuba eksperimen daun tapak itik tu..

Yan:
Thanks bagi komen... betu3x, kalau tumpah ke lantai jawabnya sebakul ler kena marah...

Nurimo said...

Oleh kerana anak-anak menjadi bunga masyarakat yang kelak akan mekar ,jadi anak-anak itu berhak pula mendapat penjaggan asuran serta didikan.Asuhan di waktu kecil itu sudah pasti terpikul keatas bahu ibu bapanya.Melentur buluh biar dari rebung.

Sekali sekala,kalu tupah kuah kelantai jangan cubit selalu anak tu he...he

PATUNG ANAK KEPADA MAMA

Buak epal di luar pagar,
Ambil galak tolong tunjukkan,
Saya anak baru berlajar,
Kalau salah mama tunjukkan.

Mamakan cik gu...

Maiyah said...

like mother like daughter ler.. salam kenal :)

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Harap bunga bangsa terus mengharumkan nama bangsa, agama dan negara ke persada dunia...aminnnn..

Pandai juga berpantun ye.... mamanya cikgu sekolah menengah... dah biasa garang2... tu yg anak2 asyik kena marah n cubit je..hehe

Maiyah:
Salam ukhuwah, thanks for the comment...really appreciate it...

p/s: tapi anak2 banyak juga menurun perangai ayahnya...hehe

muqayankabut said...

Maksu,

Apa perangai Ayahnya tu...hehe.

Paknep tak dengar citer? sihat ker Paknep?

terokai seni said...

kongsikan le tip didik anak jadik saintis kitorang nak tau gak

Nida n' Hanafi said...

Miqdad:

Yang paling menurun ialah diaorang pandai melukis macam abahnya.. kalau Mak Su ler, nak lukis gambar orang balik2 asyik jadi orang lidi jer..

p/s: Pak Nep sihat...cuma lately quite miserable sikit, next month nak kena bentang proposal...

Cemomoi:
Entah ye....tapi saya selalu tengok bintang n cerita pasal space kat mereka.. tu yg anak2 suka sangat nak explore dunia sains ni