Bakat Yang Tersekat

Pada Hari Raya kedua yang lepas, aku sekeluarga ke Pinehill School sempena art exhibition. Di sini kreativiti dan bakat pelajar-pelajar seawal usia 5 tahun ditonjolkan dan dipamerkan. Kadang-kadang bakat dalam diri sendiri sukar untuk disedari tetapi orang lain boleh melihat dan mengesan bakat yang ada dalam diri kita berbanding diri kita sendiri...dan dalam konteks ini, gurulah yang memainkan peranan utama.

Teringat aku masa praktikum mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Terengganu dulu, masa tu dengan bersemangat aku telah memberi ceramah motivasi ala2 Fadzilah Kamsah dalam sebuah kelas tingkatan 5 ni (jangan tak tahu, aku pernah bagi ceramah mengenai cara menulis cerpen Sains Fiksyen Perkampungan Penulis Muda peringkat Kebangsaan..)

Aku pun bertanya ler pada pelajar2 dalam kelas tu "Apa beza antara polis dan guru?" Tau je ler budak2 ni, jawapan mesti banyak melalut, so aku pun jawab ler sendiri soalan tu "Seorang polis akan mencari kesalahan orang lain (dah memang kerjanya menjaga keamanan), tetapi seorang guru akan mencari kelebihan orang lain (dah memang kerjanya mendidik). Tuhan telah kurniakan bakat dalam setiap hambanya, jadi seorang guru akan mencungkil bakat bagi setiap anak muridnya"..masa tu semua terdiam... Diam faham ke atau tak faham atau buat tak faham aku pun tak tahu..hehe.

Kadang2 aku sedih melihat budaya exam oriented ni, pelajar2 dipaksa belajar, menghafal pelbagai rumus, teori dan ntah apa2 lagi walaupun dalam diri mereka mempunyai kelebihan dalam aspek lain seperti melukis, bersukan, berkomunikasi dan banyak lagi kemahiran dalam diri mereka yang mereka sendiri tak tahu (mana nak tahunya, bakat itu tak sempat digilap, asyik kena baca buku untuk exam yang tak putus2). Tu yang kadang2 bila tak tahan sangat, jiwa mereka mula memberontak.. langgar disiplin sekolah, ponteng, lawan guru, tidur dalam kelas dan macam2 lagilah.

Pinehill School Art Exhibition
Hasil kerja dari kanak-kanak yang berusia antara 5-12 tahun

Bukanlah untuk dibandingkan sistem pendidikan mana yang bagus atau tak bagus, sekadar perkongsian pengalaman buat pengajaran (jika ada), sekolah primary di sini tiada exam yang formal, mereka diuji sepanjang masa dan dalam keadaan tidak formal (jadi anak2 belajar dalam keadaan yg enjoy, dan ibubapa pun tak pening kepala), malah hasil kerja tangan mereka dibuat pameran bagi tontonan orang ramai, selama seminggu pameran ini berjalan. Aku dan hubby tak melepaskan peluang untuk melihat hasil kerja anak2ku.

Walaupun tidak sehebat pameran pelukis yang terkenal, namun sebagai ibubapa sudah tentu bangga bila melihat hasil kerja anak mereka dipamerkan, apatah lagi ditonton juga oleh orang lain... Jadi melalui exhibition ini bakat mereka dalam bidang art ni akan terserlah..tak ler terpendam sahaja...

Hasil kerja Kakak Mizah
Hasil kerja Akak Azi

p/s: sekadar pandangan biasa dari insan biasa..mana yang salah, maaf dipohon..

Salam bersambut, ukhuwah bertaut:


8 comments:

Asiah said...

Yg pasti, cikgu dapat peluang melihat perbezaan sistem pendidikan kita dan negara lain. Garap la peluang keemasan ini, mudah2an kemudian hari nanti cikgu bole bawa perubahan bila kembali berbakti.. mana yg baik jadikan teladan, yg kurang jadikan sempadan..

bakhtiarazi said...

Bakat terpendam saya:

(1) Menyanyi dalam bilik air dengan menggunakan nada 'base' supaya tidak kedengaran oleh jiran sebelah rumah

(2) Tidur sambil membuat dengkuran bermelodikan lagu Faizal Tahir

(3) Makan laju2 sampai badan pun bagai dipam2.

Definisi 'terpendam' di sini ialah untuk tatapan/halwa telinga di peringkat ahli keluarga terdekat sajer. Bukan untuk dibawa ke luar rumah :p

Nida n' Hanafi said...

Kak Asiah:

Insya Allah saya cuba..kadang2 guru tersepit untuk mengejar syllabus, exam dah dekat...tak habis nanti pelajar2 salahkan guru sebab tak ajar tajuk tu, peratus rendah dalam mesyuarat akan ditanya kenapa & mengapa.. :-(

Cik Bakh:

Hahahaha...sama jer bunyinya dengan bakat terpendam Cik Piah.... tapi Cik Piah punya melodi ala2 Dato' SM Salim gitu, lembut sikit utk didengar dan yg penting tak menganggu teman kat sebelahnya....(ampunnnnnkanlah dinda wahai kekandaku Cik Piah)

Unknown said...

Kak Asiah: yup

Cik Bakh: chewaahhh

Cikgu Ida: cittt.....hehehe (takpe kanda tak marah pun)

tinta kasturi said...

pendidikan yang mengenepikan kesenian atau tidak menekankan bidang itu, menyebabkan perkembangan otak tidak seimbang kiri dan kanan. Lebih kiri dari kanan. Tu yang banyak senget memberontak bak kata tulisan dalm n3 ni.

Nida n' Hanafi said...

Tiada keseimbangan antara hemisfera otak kanan dan kiri.. pendidikan menyeluruh tidak disepadukan bersungguh-sungguh dalam diri pelajar....

bakhtiarazi said...

SM Salim? Pandang2 Jeling2 ker? Mmg la temannya tak terganggu sbb temannya pun sibuk membalas bait2 lagu tu kala tidur :p

p/s: En Piah sekeluarga ada di rumah ke 18hb nih? Mana la tau kout2 balik kampung :p

Nida n' Hanafi said...

Cik Bakh:
Alamak kantoi, mana tau ni.... sorokkkkkkkkkkkk

p/s: Insya Allah kami ada... balik kampung??? kami memang selalu pun balik kampung tapi ke Albany Village ler.. hehe