Kebenaran Yang Belum Tersingkap...

Suku dari classmate aku..yg baju biru kat belakang tu ler cikgunya...Darian

Alhamdulillah, term 3 telah berlalu..lega rasanya, Insya Allah bulan November ini, term 4 pula akan menyusul...kali ni aku tak berapa enjoy dengan kelasku..bukannya apa, terlalu ramai (16 orang), so susah ler sikit cikgu nak beri perhatian pada semua pelajarnya, lagipun term 3 ini terpaksa melalui bulan Ramadan so aku agak pasif sikit dalam kelas berbanding term 2 yang lalu.

My friends Tatsana (Thailand) n Erika (Japan)
Masa tea break, ada ler sorang rakanku dari Taiwan ni panggil aku, pastu beliau pun menemuramah aku... pelik juga, masih ada insan dalam dunia ni tak tahu langsung pasal Islam.. kalau nak tahu apa soalannya, layan dialog di bawah (setelah dialih suara :-) ):

Taiwan : Apa yang awak pakai tu (sambil menunjukkan ke arah tudungku)

Aku : Ini scarf..kenapa? (Cikgu lamaku, Jan Tyler memanggil tudung sbg scarf)

Taiwan: Kenapa awak pakai benda tu?

Aku
: Orang muslim wajib pakai scarf..

Taiwan: Kena pakai setiap masa ke?

Aku: Taklah, dengan orang-orang tertentu je boleh buka seperti saudara-mara, kalau dengan orang luar, kami kena pakai. Kenapa, awak tak pernah tengok kat negara awak ke org pakai macam ni?

Taiwan: (menggeleng kepala)... kalau begitu, setiap orang yang pakai scarf tu orang muslimlah ye?

Aku: Sepatutnya, tapi ada juga muslim yang tak pakai.

Taiwan: (Dahinya berkerut..tak faham kot).......

Baru2 ni Mizah ada bgtahu aku, kawan2nya dan certain cikgu2 kat sekolahnya ada tanya kat dia "What is fasting"... Mizah pun jawab "We cannot eat from 5 am to 6 pm"...pastu kata Mizah kawan2nya kata mesti penat sebab takleh makan n minum...(nasib baik cikgu kelasnya faham apa itu Ramadan)..

Sekarang bila aku tengok berita NZ jer..tak habis2 keluar pasal antiIslam di Britain... geram gak aku, takut rakyat NZ pun turut sama memberontak..alasan mereka, nak mengingati tragedi 11 September... patutnya kalau betul2 nak ingat buatlah sesuatu yg lebih bermakna, ni tak, nak bikin rusuhan jer.. tak pasal2 org awam jadi korban. Teringat aku satu simpulan bahasa ni..Seekor lembu membawa lumpur, habis satu kandang terpalit sama...kes dia macam, disebabkan hanya seorang pengebom berani mati, habis semua umat Islam dapat nama buruk...

Realitinya orang2 yang aku cakapkan kat atas tu sebenarnya tak faham apa itu Islam... minda diaorang ni tertutup.... cuba kalau diaorang bukakan sikit minda tu, aku rasa 100% gerenti mereka akan nampak keindahan agama Islam.... Apa2pun....doakanlah kami diperantauan ni..agar segalanya berjalan lancar..Insya Allah (macam ayat dalam emel daaaaa....hehe)

P/S: 22 Ramadan, genaplah 5 tahun Arwah abah dipanggil Ilahi... Bila terdengar lagu raya..teringat sesangat kat family dan orang2 yang aku kasihi yang telah tiada, damailah kau di 'sana' .... :'-(

7 comments:

Unknown said...

nasib hidup merantau...sabor jerlah

Unknown said...

selamat menyambut hari lebaran di perantauan ..

Nida n' Hanafi said...

Hanafiah: Thanks wahai suamiku

Ummi: Selamat menyambut lebaran jua :-)

muqayankabut said...

Maksu,

Maksu buat kelas ngan diorang pasal islam ker. Ajak brdiskusi isu-isu yang mereka sangsi terhadap kita.

Nida n' Hanafi said...

Insya Allah...

Kebanyakan dari yg tak faham mengenai ISlam ni ialah free thinker..

Asmida said...

Pengalaman mengajar kita lebih banyak berfikir dan semakin banyak ilmu di dada......

Nida n' Hanafi said...

Betul bagi mereka yang cuba mengejar ilmu dan membukakan minda...