Frust Ke...?

Minggu lepas, sedang aku leka snap gambar-gambar di sekitar bandar Auckland ni (masa tu misi utama nak ke Auckland Domain, kira masa ambil gambar ni belum mission accomplish ler), tiba-tiba aku diperanjatkan (betul ke bahasa ni? ) dengan satu insiden yang agak-agak 18SG tapi sebelum tu, meh kita tengok dulu hasil keras tangan aku ni...yang macam Menara KL tu, tulah Sky City...
Haa....berbalik pada topik kita tadi (macam forum daaa....), apakah insiden itu?.. kalau nak tahu, mari kita sama-sama saksikan gambar di bawah ini....tapi ingat ianya adalah 18SG, so pastikan tiada anak-anak yang di bawah umur menontonnya... terutama para remaja sekolah, takut nanti bila putus cinta ada lak yang akan tiru aksi ni..
Nampak tak apa yang ku nampak? Tak? Hmmm...tengok bawah ni pulakCuba perhatikan kat atas bangunan tu..haa, kalau nak tahu.. kat atas tu ada seorang remaja yang sedang menelefon (awek dia kot)...cuba bayangkan macam mana kalau tergolek, tak ke macam nangka busuk..

2 comments:

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

orang giler kot tuh hehehe

Nida said...

giler bayang...kesian hensem2 pun giler..hehe