Dah Besau Dah Dia.



Wah..satu New Zealand hari ni (1 Jun) cuti sempena meraikan harijadi anakku yang pertama. Lapan tahun dah kakak Mizah tahun ni, (kebetulan sama tarikh lahir dengan Queen)..dua hari lepas, sibuk bukan main Mizah suh aku dan suami buatkan kad untuknya (mana aci main mintak2 ni, hehe), siap merajuk lagi sebab aku lambat buatkan kad untuknya (padahal lambat lagi besdaynya, dua hari lagi).. Hmmmm, terpaksalah layan jer ler kehendaknya. Semalam pun sibuk tanya esok (hari ni) aku nak masak apa untuknya, pastu nak suh aku buatkan kek pulak.., pening juga memikirkan resipi untuk dimasak. Kalau kat Malaysia senang sikit, ajak makan KFC jer, habis cerita..kat sini kenalah cipta KFC sendiri..harap2 menjadi, hehe..
Jadi buat anakku Nur Hamizah, ibu doakan semoga dipanjangkan umur untuk beribadat, jadi anak yang solehah, anak yang bijaksana, anak yang mampu mengharumkan nama agama, bangsa dan negara..Insya Allah. Buat anak-anak ibu, Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah, terima kasih kerana menceriakan kehidupan ibu dan abah serta menjadi anak-anak yang terbaik. We love you all...muahhhhhhhhhh!Happy Birthday Mizah ....
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Hamizah
Allah selamatkan kamu.....aminnnnnn
(Semoga Allah selamatkan semua umat Islam)

8 comments:

Hanafiah said...

Dah 8 tahun anak abah ni. Semoga Mizah terus jadi anak yang cemerlang dan membangakan ibu dan abah. Kami tahu Mizah akan sentiasa usaha yang terbaik untuk sesuatu. Takpe Mizah, kalau hasilnya tidak seperti diharapkan, ibu dan abah tak marah. Yang penting usaha Mizah.

Terima kasih juga Mizah sebab jadi akak yang baik, tolong kami jaga dan mendidik adik-adik.

Abah dan ibu sayang Mizah, Azi dan Anis. Semoga hidup kita sekeluarga akan terus dirahmati Allah.

Nida said...

TERIMA KASIH ABAH NI KAKAK MIZAH LAH HANTAR MESSAGE. ABAH BELAJAR LAH RAJIN-RAJIN YE!KAKAK AZI ANIS DOA KAN ABAH.KAMI SAYANG ABAH.

admie said...

alamak..mcm nak tergelak pulak baca mesej mizah tu...selalu mak pak yang pesan suh belajar rajin2...ni mcm terbalik pulak...ye la..anak n abah sama2 student ye...hehehhe...happy besday mizah...:)

Asmida said...

Happy besday to you...2x
happy besday to nurhamizah...
happy besday to you.......

Buat kakak Mizah.. semoga menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang dapat membantu ibu dan ayah..... Selamat dipanjangkan umur, sihat, dan sentiasa dilindungi Allah Selalu... SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 8....

Nida said...

Ada : Hahaha..tu lah pasal, mak dia juga yang rileks tak pening kepala nak belajar..hahaha..

Mak Ngah: Terima kasih, nanti kalau balik Malaysia, Mak Ngah belikan Mizah kek lapan tingkat ye.. :-)

Asmida said...

(nie mizah jawab ke mak dia jawabkan nie??).... Boleh3x...Nanti Kakak Mizah balik sini boleh tuntut kek 8 tingkat tu eh...tapi dengan syarat Mizah mesti belajar rajin2 dapat no 1 tau... (tapi kek muffin lah yer 8 tingkat : sorang 2 biji... Abah, Ibu, Kakak, Azie dan Anis).... Free 2 tingkat lah...baru cukup!....

Nida said...

Akaklah tulis..
ok, boleh juga

Bentayan said...

happy birthday to you (hamizah)