Bukannya perangai tak senonoh tp kisah org Korea cari ilmu. Ketika suamiku baru pulang dari mengambil meja dan kerusi dari rumah Azwan ($20 jer), jiran di bawah rumahku ini meng'offer' rak-rak bukunya, apa lagi dua rak buku yang besar hanya bernilai $20 teruslah disambar oleh kami.
Sempat lagilah kami menemuramahnya, menurut ceritanya, beliau ke NZ semata-mata ingin menemani anak-anaknya belajar (2 sons). Apa lagi mestilah dalam fikiran kami anak-anaknya itu belajar di universiti, rupa-rupanya anaknya baru sekolah menengah. Terkejut juga kami..jiran kami sanggup jadi fully housewife menemani anak-anaknya disebabkan agar anak-anaknya dapat pendedahan belajar bahasa Inggeris di sini begitu juga dengan beliau, sempat juga dia ajak aku belajar bahasa Inggeris di church secara percuma, siap nak ambil aku lagi (tapi aku menolak dengan baik sebab takut juga belajar kat church ni), suaminya pula tak ikut, bekerja di Korea.
Kami tanya lagi kenapa mahu pindah dari rumah ini...nak tahu apa jawapannya...beliau pindah sebab nak cari pengalaman baru, suasana baru dan jiran baru, barulah ada perkembangan. Kagum sungguh aku dengan cara hidup mereka yang mengejar ilmu di serata dunia ni. Barulah bukan seperti katak di bawah tempurung......
Inilah meja dan kerusi yang kami beli dari Azwan...$10 setiap satu (kalau kat trade me pun harganya sekitar tu)...yang sebelah tu pula salah sebuah rak buku yang kami beli dari orang Korea tu, pun $10 juga..
4 comments:
eh.. respect betullah kat jiran kak long nie.. sanggip merantau mencari pengalaman dan ilmu.. Respect giler...
betul tu.... Along tunggu yu n as merantau ke NZ lak, kami tunggu ni
yea ha...insyaAllah, ada rezeki sampailah kami kesana.. cita2 ada tapi money tiada..(tengah kumpul nie).. he he he..
takpe kumpul slow2, nanti dah kaya leh belanja along kat sini....hehe
Post a Comment