Mesra Gitu....

Apabila sebut je perkataan mesra mesti ramai yang mempunyai tafsiran sendiri, dalam konteks ini aku nak berkongsi satu pengalaman bershopping di sini...

Kali pertama aku bershopping di pak n save, banyak barang yang telah ku beli. Apabila tiba untuk membayar...terpinga-pinga juga aku bila barang-barang itu diletakkan semula ke dalam troli tanpa berplastik. Fikirku, bagaimanalah nak angkut nanti ke dalam kereta, mau tunggang langgang barang-barang itu bila ambil corner nanti.

Setelah termangu-mangu beberapa minit, ku perhatikan orang-orang kat sini akan meletakkan barang-barang mereka ke dalam kotak-kotak terpakai yang dilonggokkan di tepi. Sekurang-kurangnya, berlakulah pengurangan penggunaan plastik yang kita tahu boleh mencemarkan alam.

Kemudian aku pergi pula ke Ware House dan beberapa tempat lain, barulah ku tahu rupanya plastik hanya akan diberi sekiranya kita minta. Tapi plastik di sini amat nipis dan mudah koyak kerana dibuat daripada kanji, jadi mudahlah terbiodegradasi . Patutlah New Zealand ni sangat cantik dan bersih, mereka semua mesra alam, satu info menarik yang aku akan berkongsi dengan anak-anak muridku sekembalinya aku ke Malaysia kelak.

(gambar barang2 yang dishopping kat Pak n Save... semua sumbat dalam kotak, tapi rasanya ada gak terselit barang beli kat Toufu Shop rasany)

6 comments:

fairullah_apai said...

baguslah diorang betul2 jaga alam sekitar hhhuhuhu

Unknown said...

eh kak ida..dlm kotak tu kompem ke semua barang beli kat NZ tu..pesal ada botol maggi, kicap habhal's, biskut cap ping pong..hehehehe...

Nida n' Hanafi said...

hahaha... semua tu beli kat sini ler. semua ada cuma harganya jer mahal sikit.

Asmida said...

patut ler NZ nie negara yg bersih... sampai gitu sekali dia x bagi plastik.. he he eh...Nasib baik dia x saman siapa guna plastik berlebihan kan... he he he..

Unknown said...

kak ida...letak la shoutbox kat blog tu..boleh la sembang2 kat situ...hehehe

Azwan said...

kicap Tamin xda ke?