KENANGAN ITU....


Tidak lama lagi tahun 2009 akan menjengah, tahun 2008 akan melabuhkan tirai. Bertambah lagi usia kita setahun menapak. Banyak sudah kenangan suka dan duka telah kita tinggalkan. Mungkin, Insya Allah kalau ada rezeki, pertengahan Januari tahun depan kami sekeluarga akan terbang ke New Zealand. Menetap di sana dalam 3 atau 4 tahun, bergantung kepada sejauhmana cepatnya suamiku menyiapkan PhDnya.
Apabila bercerita mengenai tahun 2008 ni, sudah semestinya terlalu banyak kenangan yang aku telah tempuhi. Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan buat kali keempat menjadi Johan Pesta Pantun peringkat Daerah Kuantan, aku selaku jurulatih pasukan tentu berasa bangga dengan kejayaan dan kegigihan anak-anak buah pantunku, dan paling manis sekali apabila SMK Pandan buat kali pertama berjaya ke akhir Pesta Pantun Peringkat Negeri Pahang. Tahun 2008 juga aku telah menemukan ramai kawan-kawan yang talah lama aku tidak dengar khabar beritanya....Nani, Iwan, Arwah Azwan Yusof, Bayah dan ramai lagi.... Sesungguhnya memori bersama kalian semasa di zaman persekolahan dahulu terlalu banyak untuk dikenang.... Kadangkala terfikir juga nak buat reunion, Insya Allah suatu hari nanti.
Pada Tahun 2008 menyaksikan adikku yang keempat menamatkan zaman bujangnya. Emak antara orang yang paling sibuk, maklumlah nak menerima menantu baru. Kecoh juga kami adik-beradik, mana tidaknya, kali pertama kami mengadakan majlis perkahwinan di Masai sejak arwah abah tiada. Kesiannya melihat emak yang sentiasa sibuk dalam membesarkan adik-adikku, semoga adik-adik Along menjadi insan yang berjaya dalam hidup dan anak yang soleh dan solehah...banggakan emak.... Buat emak, Along nak nyatakan bahawa emaklah segalanya buat kami adik-beradik, terima kasih kerana membesarkan kami dengan sepurna. Banyak sudah airmatamu yang tertumpah dalam mendidik kami, Insya Allah kami akan pastikan airmata yang tumpah bukanlah sia-sia, kami akan gantikan dengan kejayaan dan kebahagiaan buatmu.... Along sayang EMAK! Terima kasih atas segalanya....

1 comment:

Azwan said...

SALAM...
tahniah... awak berjaya buktikan yang awak seorang guru pantun terbaik.. teringat zaman sekolah dulu.. zaman awak masuk pertandingan pantun..

kirim salam saya pada adik²(fairul, wati, jaja)