Jemput-Jemput Ibu...

Salam buat semua...

Esok hari Isnin.... maka kembalilah kami ke rutin bekerja seperti biasa dan tamatlah sudah masa santai bersama anak-anak dihujung minggu ini.

Petang tadi kami sajikan anak-anak dengan jemput-jemput udang dengan homemade sambal cecah. Sebenarnya... menu sebegini sering kami sajikan bila kami rindukan kampung halaman. Baik aku mahupun suami... kami berdua sangat merindui sambal sebegini yang sering dibuat oleh ibu. Apatah lagi buat suami ku yang sudah kehilangan kedua ibu bapanya.

Kami gembira bila melihat anak-anak makan hingga habis. Namun, jauh dibenak fikiran, aku terfikir...adakah satu masa nanti anak-anak akan turut merindui masakan kami...?

No comments: